Gambar-gambar selebriti adalah sangat bernilai, terutama yang menggambarkan mereka dalam keadaan yang paling teruk. Trend sedemikian menerangkan mengapa perniagaan paparazzi adalah perkara yang berkembang dengan begitu pesat.

Gambar seorang bintang Hollywood terkenal yang terlibat perkara buruk boleh bernilai berpuluh-puluh ribu ringgit dan pihak akhbar serta laman web gosip lebih bersedia untuk berkongsi dengan sejumlah wang yang besar bagi mendedahkan gambar-gambar tersebut kepada orang awam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

gambar bayi artis selebriti paling mahal gila

Namun, tak semua gambar sebegitu bernilai tinggi. Pihak akhbar, majalah dan laman web gosip terkenal untuk bersama-sama kongsi berjuta-juta ringgit untuk menjadi yang terawal mendedahkan gambar-gambar bayi selebriti yang baru lahir.

iluminasi.com kongsikan 8 gambar anak selebriti terkenal yang paling mahal pernah dijual.

8. Honor Marie Warren - RM6.2 juta

honor marie warren

Jessica Alba merupakan seorang selebriti yang sangat jelita dengan penampilan yang menakjubkan serta daya tarikan yang unik. Maka apabila dia melahirkan anak pertamanya, Honor Marie Warren, ia membuatkan orang ramai tak senang duduk. 

Majalah OK! yang ingin menjadi yang pertama mendedahkan wajah anak pasangan popular ini kemudiannya membayar RM6.2 juta bagi satu sesi penggambaran.

Gambar Jessica Alba sedang mendukung Honor menjadi penghias muka depan majalah tersebut keluaran Julai 2008.

7. Max Liron Bratman - RM6.2 juta

max liron bratman

Apabila diva Christina Aguilera melahirkan anaknya, Max Liron Bratman pada tahun 2008, orang ramai tidak sabar untuk melihat bayi yang sangat dinanti-nantikan itu.

Christina dan suaminya ketika itu, Jordan Bratman telah dibayar RM6.2 juta oleh majalah People untuk mendapatkan hak foto eksklusif anaknya. Christina dan Max muncul dalam majalah People keluaran Februari 2008.

6. Dannielynn Birkhead - RM8.3 juta

dannielynn birkhead

Hampir semua orang percaya bahawa Howard K. Stern adalah bapa kepada anak perempuannya, Anna Nicole Smith iaitu Dannielynn Hope Marshall Stern.

Dilahirkan pada bulan September 2006, Howard menegaskan bahawa masa kehamilannya Dannielynn bertepatan dengan hubungan mereka.

Walau bagaimanapun, selepas bertarung di mahkamah dalam tempoh yang agak lama, ternyata Larry Birkhead, jurugambar fesyen dan hiburan, adalah bapa sebenar Dannielynn seperti yang dibuktikan oleh ujian DNA.

Sejurus selepas berita diketahui, majalah OK! segera menawarkan RM8.3 juta untuk gambar pertama gadis itu dengan ayahnya yang sebenar, Larry Birkhead.

5. Pax Thien Jolie-Pitt - RM8.3 juta

pax thien jolie pitt

Pada Mac 2007, pasangan popular Brad Pitt dan Angelina Jolie bertemui dengan Pax Thien di rumah anak yatim di Kota Ho Chi Minh, Vietnam, yang mana mereka terpikat serta-merta dengan kanak-kanak tersebut.

Mereka memutuskan untuk mengambil Pax sebagai anak angkat, menjadikannya sebagai anak angkat ke-3 dalam keluarga Jolie-Pitt. Gambar pertama telah dijual kepada majalah People dengan harga RM8.3 juta.

Gambar-gambar tersebut juga dijual kepada majalah OK! namun jumlahnya tidak didedahkan.

4. Levi Alves McConaughey - RM12.5 juta

levi alves mcconaughey

Menghiasi muka hadapan majalah OK! keluaran 2008 adalah pelakon Matthew McConaughey bersama anak sulungnya Levi Alves bersama pasangannya Camila Alves.

Untuk gambar eksklusif ini diterbitkan dalam majalan, OK! telah membayar sebanyak RM12.5 juta kepada pasangan ini. Matthew dan Camila mempunyai 3 orang anak, termasuk seorang lagi lelaki dan perempuan.

3. Shiloh Nouvel Jolie-Pitt - RM14.5 juta

shiloh nouvel jolie pitt

Satu lagi senarai dari keluarga Jolie-Pitt, di mana gambar bayi Shiloh Nouvel yang pertama telah dibayar oleh majalah People sebanyak RM17 juta. Shiloh Nouvel adalah anak kandung pertama Angelina Jolie dan Brad Pitt.

Pasangan ini menyumbangkan hasil jualan gambar Shiloh untuk manfaat kanak-kanak di Afrika. Hak kepada gambar-gambar Shiloh kemudiannya dijual kepada majalah Hello! yang berpangkalan di United Kingdom dengan harga RM14.5 juta.

2. Maximilian & Emme Muñiz - RM25 juta

maximilian emme mu iz

Pada February 2008, selebiriti dan penyanyi terkenal Jennifer Lopez telah melahirkan anak kembar, Maximilian David dan Emme Maribel Muñiz, di mana bapa bayi tersebut adalah Marc Anthony.

Majalah People dilaporkan membayar RM25 juta untuk menerbitkan gambar eksklusif kembar tersebut yang mana muncul dalam keluaran Mac 2008.

1. Knox & Vivienne Jolie-Pitt - RM58.2 juta

knox vivienne jolie pitt

Apabila Angelina Jolie mengumumkan bahawa dia menjangkakan melahirkan kembar pada bulan Mac 2008, orang ramai tidak dapat menampung kegembiraan mereka.

Setelah melahirkan Knox Leon dan Vivienne Marcheline Jolie-Pitt pada bulan Ogos tahun yang sama, banyak majalah hiburan membuat tawaran untuk mendapatkan gambar eksklusif bayi-bayi tersebut.

Majalah People dan Hello! telah bekerjasama dan menawarkan wang yang tersangat lumayan untuk ditolak, iaitu RM58.2 juta untuk mengambil gambar Knox Leon dan Vivienne Marcheline Jolie-Pitt.

Wang yang diterima tersebut kemudiannya disumbangkan kepada Yayasan Jolie-Pitt.




Hakcipta iluminasi.com (2017)