hukuman mati 2

Pelbagai kaedah dibangunkan untuk menangani penjenayah kejam di seluruh dunia dan antara salah satunya adalah hukuman mati.

Hukuman mati dilihatkan sebagai hukuman yang setimpal bagi penjenayah yang membunuh seseorang. Malaysia antara salah satu negara yang melaksanakan hukuman ini.

iluminasi.com kongsikan 5 fakta menarik tentang individu yang dihukum mati.

1. Perkahwinan banduan hukuman mati

damien wayne echols dan lorri davis

(Damien Wayne Echols dan Lorri Davis)

Walaupun lelaki dan wanita yang dihukum mati tidak akan pernah hidup lagi, namun tindakan berkahwin antara satu sama lain agak kerap berlaku.

Malah, berpuluh-puluh perkahwinan telah berlangsung setiap tahun di Amerika Sahaja.

Satu perbezaan antara upacara biasa dan upacara perkahwinan bagi banduan hukuman mati adalah tiada kata-kata "hanya mati yang akan memisahkan kita" dalam sumpah mereka.

Salah satu kes perkahwinan yang terkenal ialah di antara Damien Wayne Echols dan Lorri Davis.

Pada tahun 1994, Damien adalah salah seorang daripada 3 lelaki yang didapati bersalah membunuh 3 kanak-kanak berusia 8 tahun di Memphis Barat, Arkansas.

Kekejaman itu menarik perhatian banyak pihak media pada masa itu dan tahun-tahun yang seterusnya.

Pada Disember 1999, Damien dan Lorri telah berkahwin di Penjara Arkansas dalam majlis Buddha. Mereka masih menjadi suami isteri dengan selamat pada hari ini dan tinggal di Salem.

Selepas 18 tahun dipenjara, Damien dibebaskan atas pengakuan Alford (pengakuan bersalah di mahkamah jenayah, di mana seorang defendan dalam kes jenayah tidak mengakui perbuatan jenayah dan menegaskan tidak bersalah).

Pengakuan itu bermakna mereka harus mengakui bahawa terdapat bukti yang cukup untuk membuktikan mereka bersalah, tetapi cukup faktor untuk membolehkan pembebasan mereka sambil mengekalkan ketidakbersalahan mereka.

2. Kelebihan yang diterima banduan hukuman matiĀ 

xbox

Aspek yang agak menghairankan tentang kehidupan penjara adalah akses kepada kemewahan dan keistimewaan.

Mereka diberikan pelbagai bentuk kelebihan termasuklah hiburan yang bermula daripada radio hingga kepada Xbox.

Ini sudah tentu mencetuskan kemarahan keluarga mangsa yang telah mengecam tindakan yang membenarkan banduan-banduan menghias penjara mereka seperti bilik hotel, dan tidak seperti tempat hukuman.

Banduan yang dihukum mati dibenarkan di beberapa tempat untuk memiliki pemain CD, pembuat kopi, perpustakaan dan akses DVD, malah memelihara kucing.

Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa keistimewaan ini adalah bersebab iaitu sebagai ganjaran berkelakuan baik dan boleh ditarik balik jika tidak mematuhi peraturan.

Kerana sebaik sahaja penjenayah kejam ini ditangkap, mengawal mereka juga merupakan satu pertempuran yang sangat sukar.

3. Kes meloloskan diri

charles victor thompson

(Charles Victor Thompson)

Walaupun banyak langkah keselamatan dan pengawasan yang diambil, kes melepaskan diri oleh banduan hukuman mati tidak terkecuali untuk berlaku.

Seperti kata pepatah lama, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Mungkin salah satu kes paling berani adalah oleh Charles Victor Thompson, yang dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1998 kerana membunuh teman wanitanya dan lelaki lain.

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana dia boleh melarikan diri. Terowong? Helikopter? Atau seperti dalam siri Prison Break? Tidak.

Charles Thompson hanya berjalan keluar melalui pintu. Apa yang perlu dia lakukan adalah menyeludup masuk pakaian seragam dan mengaturkan pertemuan dengan peguamnya.

Selepas pertemuan itu, Charles menukarkan pakaian dan berjalan keluar. Ketika dia sampai ke meja hadapan, Charles dihentikan oleh seorang pengawal.

Namun, dia sudah bersedia untuk saat itu. Dia menunjukkan lencana banduan kepada pengawal tersebut dan memberitahu bahawa dia bekerja untuk peguam negara.

Menurut sumber, pengawal itu perasan bahawa kad itu bukan kad peguam kerana memiliki penglihatan kabur. Dengan ini, mudah bagi Charles melarikan diri tanpa melakukan sebarang tindakan berbahaya.

Malang sekali, Charles ditangkap 3 hari kemudian selepas mabuk teruk di sebuah kedai alkohol.

4. Hukuman tak mengenal usia

george junius stinney jr

(George Junius Stinney Jr)

Hukuman mati tidak terbatas pada satu jantina sahaja. Sehingga 1 Januari 2013, terdapat 63 wanita yang dihukum mati di Amerika Syarikat sahaja.

Walau bagaimanapun, nisbahnya adalah sangat berat sebelah. 63 wanita ini hanya merangkumi 2% sahaja daripada jumlah hukuman mati keseluruhan iaitu 3,125 orang.

Sejak hukuman mati diperkenalkan semula pada tahun 1976, 13 wanita telah dihukum mati di Amerika Syarikat, berbanding 1,360 lelaki dalam tempoh yang sama.

Walau bagaimanapun, yang paling mengejutkan adalah usia juga bukanlah penghalang kepada seseorang untuk dijatuhkan hukuman mati.

George Junius Stinney Jr. hanya berusia 14 tahun ketika dia dihukum mati, individu termuda yang menerima hukuman ini di Amerika Syarikat pada abad ke-20.

George telah disabitkan membunuh 2 gadis di South Carolina dan dihukum dengan kerusi elektrik. Walau bagaimanapun, pada Januari 2014, keluarga George telah menghubungi gabenor untuk membuka semula kes itu untuk membersihkan namanya.

Namun, George telah disabitkan oleh juri hanya selepas 10 minit perbicaraan, walaupun tidak ada saksi semasa perbicaraan.

Ia mungkin sukar untuk dipercayai, tetapi Amerika Syarikat hanya menghapuskan pelaksanaan hukuman mati kepada golongan bawah umur pada 1 Mac 2005.

Selain Amerika, hanya 7 negara lain yang pernah menghukum mati kepada penjenayah bawah umur sejak 1990 adalah Iran, Pakistan, Arab Saudi, Yaman, Nigeria , Republik Demokratik Congo dan China.

5. Penyeludupan dan rasuah

richard tabler

(Richard Tabler)

Penyeludupan barang haram ke dalam penjara bukanlah sesuatu yang baru. Kaedah penyeludupan telah menjadi semakin terperinci dan licik serta sukar untuk dikesan.

Walau bagaimanapun, anda mungkin beranggapan bahawa kawalan keselamatan jauh lebih ketat untuk banduan hukuman mati, menghalang hal sebegini berlaku. Namun, ia tidak benar.

Rokok dan dadah sebenarnya boleh diseludup melalui surat. Namun, masalah terbaru adalah berlakunya penyeludupan telefon bimbit ke dalam tangan banduan hukuman mati.

Antara salah satu cara untuk ini adalah merasuah pegawai penjara.

Pada tahun 2008, satu insiden sebegini berlaku di Texas di mana seorang banduan bernama Richard Tabler merasuah pengawal sebanyak RM8,400 untuk menyeludup telefon bimbit.

Banduan itu berkongsi telefon tersebut dengan sembilan banduan lain, yang merangkumi 2,800 minit panggilan dalam tempoh 30 hari.

Richard membuat panggilan kepada senator negari dan memberitahu mengetahui nama anak perempuannya dan mengancam untuk menyebabkan kecederaan terhadap anaknya.


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)