Orang Maori di New Zealand berasal dari Polinesia timur dan tiba dengan sampan di tanah yang kini dikenali sebagai New Zealand antara 1250 dan 1300 AD. Selama berabad-abad, mereka membangunkan masyarakat yang kaya dan kompleks dengan budaya pahlawan yang garang dan menakutkan.

Orang Eropah menyifatkan pahlawan Maori sebagai lelaki besar (walaupun wanita juga boleh menjadi pahlawan) yang mempunyai tatu yang menyeluruh di seluuh muka. Walaupun mereka kelihatan menakutkan, penampilan fizikal mereka yang unik ini hanyalah permulaan kepada apa yang menjadikan pahlawan ini begitu menakutkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mungkin ramai yang tidak mengenai orang Maori dan latabelakang mereka, tetapi pastinya ramai yang pernah melihat tarian Haka yang dipopularkan oleh pasukan ragbi New Zealand yang dikenali sebagai All Blacks. Bagi yang tidak tahu, tarian Haka ini asalnya dari orang Maori.

Kali ini, mari lihat beberapa fakta menarik mengenai kaum Maori, orang asli New Zealand.

1. Tatu sebagai status sosial

tatu maori

Tatu merupakan identiti orang Maori dan sudah menjadi kebiasaan mereka akan mentatu hampir keseluruhan bahagian muka. Namun tahukah anda setiap tatu tersebut adalah berbeza dan mempunyai maksud tertentu?

Tatu digunakan sebagai simbol komunikasi antara suku kaum untuk mengenal pasti sejarah keluarga, status sosial dan pertalian seseorang. Tatu itu dihasilkan menggunakan 'Ta Moko' iaitu proses membuat tatu tradisional yang dimasukkan ke dalam kulit menggunakan gigi jerung. Sehingga kini kemahiran ini masih diamalkan dan beberapa ahli puak yang mempunyai warisan besar (rangatira - ketua) akan mempunyai moko pada dagu dan muka mereka.

2. Ritual pengebumian unik

ritual pengebumian maori

Orang Maori mempunyai kaedah yang sangat luar biasa untuk mengebumikan mayat mereka. Bermula pada awal budaya mereka, orang Maori mula mengebumikan mayat sebanyak dua kali. Pertama, selepas satu atau dua minggu berkabung, mayat dibalut tikar dan kemudian akan dikebumikan dan dibiarkan reput.

Kemudian, setahun kemudian, mayat-mayat itu digali dan tulang-tulangnya dikikis untuk mengeluarkan sisa daging. Tulang-tulang itu kemudian dicat merah menggunakan pigmen semula jadi dan dibawa ke penempatan yang berbeza di mana mereka sekali lagi meratapi kematian. Kemudian diadakan lagi upacara sebelum mereka dikebumikan semula.

3. Strategi perang

strategi perang maori

Setiap kumpulan yang dihantar untuk berperang, dikenali sebagai hapu, biasanya tidak pernah terdiri daripada lebih daripada 100 lelaki dan dalam beberapa kes wanita juga berperang. Kadangkala beberapa kumpulan hapu akan bergabung, tetapi dengan lebih ramai pahlawan, mereka menjadi kurang teratur.

Orang Maori akan menyerang puak lain adalah dengan mengembara ke penempatan musuh secara senyap, atau berpura-pura mereka hanya dalam ekspedisi memburu. Apabila mereka hampir, mereka akan menyerang, selalunya pada waktu subuh. Semua lelaki dibunuh kerana ini menghapuskan peluang bahawa mana-mana ahli suku boleh kembali dan membalas dendam.

4. Kepala musuh sebagai trofi kemenangan

pahlawan maori

Kepala mempunyai kepentingan yang istimewa kepada orang Maori dan mereka akan mengambil kepala musuh mereka yang telah dibunuh. Sebaik sahaja mereka mempunyai kepala musuh, mereka akan mengeluarkan otak dan matanya. Seterusnya, semua lubang telah dimeterai dengan serat rami dan getah.

Kepala direbus atau dikukus dalam ketuhar. Kemudian, kepala dijemur di bawah sinar matahari selama beberapa hari dan kemudian dirawat dengan minyak ikan yu. Satu sebab mengapa mereka mengekalkan kepala musuh mereka adalah supaya mereka boleh mengejeknya kemudian hari. 

5. Tarian Haka

Salah satu tradisi paling ketara yang digunakan oleh pahlawan Maori dan masih digunakan oleh  pasukan sukan kebangsaan mereka hari ini ialah tarian asli tradisional yang dipanggil Haka. Semasa tarian, para pesert akan menyanyi, menghentak kaki, menjelirkan lidah, dan mencelikkan mata.

Tarian ini digunakan dalam dua cara yang berbeza. Yang pertama ialah ia digunakan untuk menakut-nakutkan pihak lawan. Cara lain ia digunakan ialah ia dilakukan sebagai ritual sebelum pertempuran. Sekiranya terdapat sesuatu yang tidak kena dengan tarian itu, maka orang tua pasti bahawa itu adalah petanda yang buruk. Ini memberi mereka peluang untuk sama ada meninggalkan atau mengubah suai rancangan mereka.

6. Budaya pembunuhan bayi

pembunuhan bayi

Seperti budaya pahlawan yang lain, orang Maori membunuh bayi. Wanita lebih cenderung dibunuh kerana puak ini memerlukan lebih ramai lelaki kerana setiap lelaki adalah pahlawan dan perlu ada jumlah pahlawan yang baik untuk memastikan keselamatan kaum Maori.

Selain itu, lelaki lebih berkemungkinan terbunuh dalam pertempuran, bermakna akan berlaku ketidakseimbangan dalam nisbah jantina di kemudian hari. Pembunuhan bayi juga biasa berlaku jika terdapat apa-apa yang tidak kena dengan bayi itu.

7. Hongi - cara bertegur sapa

hongi

Cara tradisional orang Māori bertegur sapa dikkenali sebagai "hongi" dilakukan oleh dua orang yang menekan hidung mereka bersama-sama dan sesetengahnya termasuk sentuhan pada dahi. Hongi selalu digunakan pada perjumpaan tradisional dalam kalangan orang Māori dan pada upacara besar, seperti pōwhiri.

Hongi mungkin disusuli pula dengan jabat tangan. Dalam hongi, "ha" (nafas kehidupan) antara kedua pihak ditukar dalam pertunjukan simbolik perpaduan. Hongi boleh dipersembahkan oleh Māori dan bukan Māori, dan antara warga New Zealand dan pelawat asing.

Kredit:

  1. New Zealand School
  2. Wikipedia
  3. Maori Source



Hakcipta iluminasi.com (2017)