Oleh pada 23 Jun 2018 kategori

Piala Dunia adalah acara yang diadakan 4 tahun sekali yang mana ditunggu-tunggu oleh seluruh pelusuk penduduk dunia. Ia merupakan kejohanan yang menyatukan dunia melalui satu sukan.

Sehingga tahun 2018, sebanyak 21 kali kejohanan Piala Dunia dianjurkan dan Brazil adalah satu-satunya pasukan yang berjaya melayakkan diri dalam semua yang dianjurkan. Dalam kemeriahan menikmati acara ini, iluminasi.com ingin kongsikan 8 fakta menarik mengenai Piala Dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Sejarah Piala Dunia

8 fakta menarik mengenai piala dunia fifa

Piala Dunia yang pertama diadakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930. Kejohanan ini dicipta oleh Jules Rimet, Presiden FIFA ke-3 dari 1921 hingga 1954.

Beliau mendapat ilham untuk mengadakan pertandingan ini melalui kejayaan Sukan Olimpik, yang mahu menyatukan negara-negara melalui bola sepak.

Hanya 13 negara sahaja yang mengambil bahagian, termasuk 4 negara Eropah yang melintasi Lautan Atlantik menggunakan bot untuk bersaing dalam kejohanan ini iaitu Belgium, Perancis, Romania dan Yugoslavia. 

jules rimet 8 fakta menarik mengenai piala dunia fifa

Negara lain yang turut menyertai adalah dari benua Amerika iaitu Amerika Syarikat, Peru, Paraguay, Chile, Mexico, Argentina, Bolivia, Brazil dan Uruguay. Tuan rumah Uruguay menewaskan Argentina pada perlawanan akhir dengan jaringan 4-2.

Ketika Perang Dunia Kedua berlangsung, Piala Dunia tidak dilangsungkan pada tahun 1942 dan 1946. Sukan Olimpik juga tidak dilangsungkan.

2. Sejarah penjaring terbanyak Piala Dunia

miroslav klose penjaring terbanyak 8 fakta menarik mengenai piala dunia fifa

Penjaring terbanyak sepanjang masa dalam Piala Dunia adalah penyerang Jerman, Miroslav Klose yang menjaringkan sebanyak 16 gol dalam 24 perlawanan dalam 4 Piala Dunia iaitu pada tahun 2002, 2006, 2010 dan 2014.

Tempat kedua adalah milik pemain Brazil iaitu Ronaldo yang diberikan gelaran "The Phenomenon" dengan 15 gol dalam hanya 19 perlawanan pada 4 kejohanan pada tahun 1994, 1998, 2002 dan 2006

ronaldo penjaring kedua terbanyak 8 fakta menarik mengenai piala dunia fifa

Bagi rekod jaringan gol dalam satu kejohanan sahaja, ia dipegang oleh pemain Perancis iaitu Just Fontaine. Beliau menjaringkan 13 gol pada Piala Dunia 1958, menjadikannya penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia.

3. Sejarah gol terpantas dan jaringan terbanyak Piala Dunia

Gol terpantas dalam kejohanan Piala Dunia berlaku pada tahun 2002 yang hanya mengambil masa 11 saat sahaja untuk dijaringkan. Bekas pemain antarabangsa Turki, Hakan Sukur menjaringkan gol menentang Korea Selatan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. 

Turki menang dalam perlawanan tersebut dengan jaringan 3-2.

Kemenangan terbesar dalam Kelayakan Piala Dunia adalah pada tahun 2011, yang menemukan Australia dan American Samoa yang melihatkan kemenangan memihak kepada Australia dengan jaringan 31-0.

4. Rekod individu Piala Dunia

rekod peribadi pele 8 fakta menarik mengenai piala dunia fifa

Pemain yang bermain untuk pasukan yang paling banyak menjuarai Piala Dunia adalah Pele yang mewakili Brazil, yang telah memenangi sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970.

Beliau juga penjaring termuda dan pemenang kejohanan yang hanya berusia 17 tahun.

rekod peribadi dino zoff 8 fakta menarik mengenai piala dunia fifa

Rekod pemain paling tua yang pernah memenangi Piala Dunia dipegang oleh Dino Zoff. Beliau memenangi Piala Dunia 1982 bersama Itali ketika berusia 40 tahun.

Dan jurulatih paling berjaya dalam sejarah Piala Dunia adalah Vittorio Pozzo yang berjaya membawa Itali memenangi 2 Piala Dunia berturut-turut pada tahun 1934 dan 1938. 

Beliau merupakan satu-satunya jurulatih yang berjaya mencapai kejayaan seperti itu.

5. Hadiah wang tunai bagi pasukan yang bertanding

hadiah piala dunia fifa 8 fakta menarik mengenai piala dunia fifa

Untuk kempen Piala Dunia kali ini, wang tunai sebanyak RM1.6 bilion diperuntukkan bagi pasukan-pasukan yang bertanding.

Bagi 16 pasukan yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir di Rusia, sebanyak RM32 juta akan diberikan setiap pasukan yang RM32 juta untuk mengambil bahagian dan RM6 juta lagi untuk kos kejohanan.

Jika pasukan berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua namun tewas di peringkat kalah mati, ganjaran tambahan sebayak RM16 juta diberikan.

Pasukan yang tewas di peringkat suku akhir pula akan menerima RM16 juta lagi, dan 4 pasukan terakhir akan menerima jumlah yang berbeza mengikut prestasi masing-masing.

Pasukan yang bertanding untuk tempat ke-3 dan ke-4 akan berkongsi RM184 juta, dengan RM96 juta diberikan kepada tempat ke-3 dan RM88 juta kepada tempat ke-4.

Perlawanan akhir menawarkan wang tunai sebanyak RM264 juta yang mana sebanyak RM152 juta dihadiahkan kepada juara dan naib juara mendapat sebanyak RM112 juta.

6. Kejohanan ini meningkatkan kadar kelahiran di negara tuan rumah 

piala dunia tingkatkan kadar kelahiran 8 fakta menarik mengenai piala dunia fifa

9 bulan selepas Jerman menjadi tuan rumah Piala Dunia 2006, kadar kelahiran negara itu meningkat sebanyak 10%.

Peningkatan 10% mungkin kelihatan seperti tak begitu banyak, namun kadar kelahiran adalah sesuatu yang sangat stabil, bermakna peningkatan itu adalah sangat tinggi.

Sejak tahun 2006, kadar kelahiran Kesatuan Eropah hanya berubah sebanyak 0.07%, dan apa yang lebih pelik, kadar kelahiran di Jerman adalah yang paling rendah dalam Kesatuan Eropah.

Antara dua penyebab utama yang dilihatkan mengakibatkan situasi ini adalah pengambilan alkohol dan keseronokan tidak terkawal ketika berlangsungnya kejohanan ini.

7. Piala Dunia Rusia 2018 menelan kos belanja termahal

piala dunia fifa rusia paling mahal 8 fakta menarik mengenai piala dunia fifa

Dengan berlangsungnya Piala Dunia 2018 di Rusia, ia telah memecahkan rekod sebagai kejohanan Piala Dunia paling mahal dalam sejarah, menewaskan Piala Dunia 2014 di Brazil. 

Anggaran sebanyak RM56.84 bilion dibelanjakan oleh Rusia, mengatasi RM46.43 bilion di Brazil. Antara kos dalam kejohanan Piala Dunia yang lain adalah seperti berikut:

  1. Piala Dunia AS 1994 - RM120 juta
  2. Piala Dunia Perancis 1998 - RM1.36 bilion
  3. Piala Dunia Jepun/Korea Selatan 2002 - RM20 bilion
  4. Piala Dunia Jerman 2006 - RM24 bilion
  5. Piala Dunia Afrika Selatan 2010 - RM16 bilion 

Ia juga merupakan Piala Dunia pertama yang diadakan di Eropah Timur, dan kali ke-11 dilangsungkan di Eropah.

8. Acara sukan paling banyak ditonton di dunia

sukan paling banyak ditonton di dunia 8 fakta menarik mengenai piala dunia fifa

Hampir 3.2 bilion penduduk di seluruh dunia, iaitu kira-kira 46% daripada populasi dunia, menonton lebih daripada 1 minit pada Piala Dunia 2010. Menurut FIFA, ia menjadikan kejohanan ini sebagai "acara sukan yang paling banyak ditonton di seluruh dunia."

Walaupun angka 46% daripada seluruh dunia bersatu untuk menonton satu kejohanan tunggal, namun boleh dikatakan hanya 2 bilion atau 29% daripada populasi dunia sahaja yang menonton lebih daripada 30 minit.

Rujukan:

1. Goal

2. Statista

3. Mantelligence

4. Fifa




Hakcipta iluminasi.com (2017)