Tidak semua website atau laman sesawang yang wujud di internet akan wujud selama-lamanya. Untuk membuka sebuah website, anda perlu membeli domain (alamat URL) dan hosting untuk membolehkan website akan diakses oleh pengguna internet daripada seluruh dunia.

Kedua-dua domain dan hosting ini adalah berbayar, dimana anda perlu memperbaharuinya setiap tahun. Apabila sesebuah syarikat tutup, sesebuah website kurang popular atau semakin tidak relevan, maka biasanya pemilik website tersebut tidak akan memperbaharui domain dan hosting mereka. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menariknya, terdapat beberapa lagi website popular yang telah wujud sejak tahun 90-an masih lagi wujud sehingga ke hari ini. Mari lihat 7 daripada laman sesawang popular tahu 90-an yang masih lagi wujud dan berfungsi serta masih boleh diakses sehingga ke saat ini. 

1. Bloomberg

bloomberg

Sehingga tahun 1993, hanya terdapat segelintir laman web yang tersedia di seluruh dunia. Lewat tahun itu, Bloomberg akan menyertai barisan syarikat inovatif lain yang memiliki laman web korporat mereka sendiri. 

Ditubuhkan pada tahun 1981, Bloomberg muncul dalam talian pada tahun 1993 dan sehingga hari ini, ia kekal dalam talian menggunakan tapak webnya sebagai salah satu cawangannya untuk menyediakan perkhidmatan kewangan, perisian dan perusahaan lain.

2.  The Internet Movie Database (IMDb)

imdb

The Internet Movie Database bermula sebagai pangkalan data filem yang dikendalikan oleh peminat pada kumpulan Usenet "rec.arts.movies". Ia kini merupakan salah satu pangkalan data dalam talian terbesar bagi maklumat terkini tentang filem, pelakon dan kru, dan sebagainya.

Laman web IMDb asal telah dilancarkan pada tahun 1993 semasa fasa awal kemunculan Internet dan dihoskan oleh jabatan sains komputer Universiti Cardiff, Wales. IMDb kini merupakan syarikat Amazon dan menampilkan reka bentuk laman web yang lebih moden.

3. MTV

mtv

Dilancarkan pada Ogos 1981, MTV ialah salah satu jenama muzikal televisyen paling ikonik dan popular yang menguasai gelombang udara pada tahun 80-an dan 90-an. Domainnya telah didaftarkan sejak tahun 1993 oleh VJ Adam Curry.

Laman web MTV masih erjalan dan lebih aktif pada hari ini. Menggunakan "Wayback Machine", anda boleh melihat arkib untuk melihat imej tapak web MTV yang terdahulu. Anda juga boleh menggunakannya untuk melihat rupabentuk banyak laman sesawan lain pada masa lalu

4. Exploratorium

the exploratorium

Exploratorium ialah sebuah muzium seni, sains dan teknologi popular yang terletak di Piers 15 dan 17 di San Francisco. Ia diasaskan oleh Frank Oppenheimer dan dibuka pada tahun 1969 di Istana Seni Halus. Muzium ini secara puratanya menerima sekitar 1.1 juta pelancong setiap tahun. 

Exploratorium juga merupakan salah satu muzium pertama yang dibuka dalam talian dan kini salah satu laman web tertua yang masih hidup. Laman web Exploratorium telah menjalani perubahan menyeluruh dan kini menampilkan reka bentuk tapak web yang moden dan intuitif.

5. ALIWEB

aliweb

Sebelum wujudnya laman web enjin carian Google, terdapat ALIWEB, yang bermaksud Archie Like Indexing for the Web. Ia telah dibangunkan oleh Martijn Koster pada tahun 1993 dan mula dilancarkan dalam talian pada tahun berikutnya.

Pautan yang dimuatkan dalam ALIWEB kebanyakannya memaut ke banyak tapak web dari halaman utamanya yang dipaparkan dalam halaman hasil cariannya. Lama web ini pada asasnya adalah versi awal enjin carian. Laman web kali terakhir telah dikemas kini kali terakhir pada September 2001. 

 6. WebCrawler.com

webcrawler

Sama seperti ALIWEB, Webcrawler.com telah dilancarkan pada tahun 1994. Ia juga merupakan enjin carian pertama yang menyediakan carian teks penuh dan merupakan salah satu contoh tertua enjin carian.

Dicipta oleh Brian Pinkerton, Webcrawler.com ialah enjin carian yang lebih mantap daripada ALIWEB, tetapi masih tidak setanding dengan Google dan Bing. Laman web itu masih memberikan suasana 90-an yang tidak dapat dilupakan.

7. CERN

cern

Ditubuhkan pada September 1954 di Geneva, Switzerland, CERn (European Organization for Nuclear Research)  ialah pertubuhan Eropah yang bertanggungjawab dalam penyelidikan nuklear. Ia juga menempatkan makmal fizik terbesar di dunia.

Laman web CERN adalah yang pertama di dunia. Tapak ini sebenarnya dicipta oleh Berners-Lee pada tahun 1989 semasa dia membangunkan internet di CERN. Ditubuhkan pada tahun 1954, organisasi ini berpusat di pinggir bandar barat laut Geneva di sempadan Franco–Swiss dan mempunyai 23 negara anggota.

Kredit:

  1. Make Use Of



Hakcipta iluminasi.com (2017)