undang undang satu anak di china

China sememangnya terkenal dengan undang-undang yang agak tegas. Antara yang paling terkenal adalah polisi seorang anak sahaja bagi sebuah keluarga. Ia merupakan polisi perancangan keluarga yang diperkenalkan pada tahun 1979, dan mula menjadi longgar bermula tahun 2015.

iluminasi.com ingin kongsikan 8 undang-undang yang tersangat pelik China.

1. Anak yang dewasa wajib melawat ibu bapa

BESARKAN TEKS     A-  A+

undang undang china mewajibkan anak anak melawat ibu bapa tua

China telah memperkenalkan Undang-Undang Hak Warga Emas pada tahun 2013. Dan antara salah satu undang-undang tersebut adalah anak-anak diwajibkan untuk melawat ibu bapa mereka yang semakin berusia.

Walaupun pelik namun ia merupakan satu undang-undang yang berfungsi untuk tujuan sosial yang sangat penting. Ia bertujuan mengurangkan kesepian yang dialami oleh warga emas kerana sistem berkeluarga di China adalah sangat penting.

Namun undang-undang ini dikatakan tidak terlalu efektif kerana ia tidak menyatakan berapa kerap si anak perlu melawat ibu bapa. Menurut seorang peguam, Zhang Yan Feng, ia lebih kepada mesej kepada orang ramai supaya tidak melupakan orang tua.

undang undang china mewajibkan anak anak melawat ibu bapa tua 2

Jika kes ini dibawa ke mahkamah, kemungkinan ia akan berakhir dengan aman. Namun jika tiada penyelesaian, secara teknikalnya, mahkamah boleh memaksa pesalah (anak) untuk melawat ibu bapa beberapa kali dalam sebulan.

2. Pegawai lelaki tidak dibenarkan mempunyai setiausaha wanita

setiausaha wanita tidak dibenarkan diambil di china

Undang-undang yang diperkenalkan pada tahun 2003 ini merupakan undang-undang di Wilayah Sichuan. Ia hanya dikenakan kepada penjawat awam sahaja, namun ia merupakan peraturan yang sangat serius yang dilaksanakan di seluruh wilayah ini.

Menurut China Youth Daily, tujuan undang-undang ini dilaksanakan adalah bagi memastikan kerja berjalan. Dengan kata lain, agar pekerja lelaki tidak terganggu dengan kehadiran setiausaha wanita yang membuatkan mereka tidak bekerja seperti yang sepatutnya.

3. Kakitangan kerajaan wajib melawat kampung kuno

kampung purba china wajib dilawati pegawai kerajaan

Sebuah daerah di wilayah Guizhou mempunyai undang-undang tersendiri apabila mengarahkan penjawat awam untuk melawat kampung kuno. Penjawat awam ini seperti berlakon menjadi pelancong, yang bertujuan menarik dan meningkatkan jumlah kehadiran pelawat dan pelancong sebenar.

Mereka terpaksa menaiki beberapa bas untuk ke kampung yang terletak kira-kira 32 kilometer dari bandar.

4. Tempat kelahiran adalah tempat tinggal selamanya

tempat kelahiran menjadi tempat tinggal selamanya

Di China, terdapat sistem kerajaan yang dikenali sebagai Hukou, dimana ia mempunyai segala rekod rakyat China. Sistem ini telah dikritik oleh kumpulan hak-hak manusia. Sistem ini diinspirasikan oleh adat China purba di mana ia mewujudkan sistem kasta di seluruh wilayah di China.

Sebagai contoh, jika anda lahir di kampung, anda hanya dibenarkan tinggal di kawasan kampung yang sama selama-lamanya. Tujuan utamanya adalah bagi mengelakkan para petani daripada berpindah ke bandar secara beramai-ramai, yang mungkin menyebabkan kekurangan pengeluaran makanan.

Namun ia menjadi isu sosial di mana ia dikatakan bertujuan mengelakkan rakyat dari kelas-kelas tertentu untuk menapatkan pendidikan dan bertukar karier. Undang-undang ini walaubagaimanapun ditentang, dan beberapa pembaharuan telah dilakukan.

Malah beberapa ahli berpangkat tinggi Parti Komunis menyuarakan agar ianya dimansuhkan.

5. Penjawat awam wajib membeli produk tempatan

penjawat awam di china diwajibkan membeli barangan termpatan

Melawat kampung kuno bukanlah satu bukanlah satu-satunya undang-undang yang memaksa penjawat awam. Di wilayah Hubei, penjawat awam diarahkan untuk membeli produk tempatan tertentu.

Dan jika tidak mengikut arahan, mereka berkemungkinan kehilangan kerja. Tujuannya adalah untuk membantu ekonomi tempatan.

Namun ia dilaporkan gagal dengan teruk sekali, memaksa pihak berkuasa untuk memansuhkannya beberapa minggu kemudian.

6. Tak boleh sewenang-wenangnya menggunakan internet

facebook disekat di china

Kerajaan Republik China mengawal media dengan begitu berhati-hati. Rakyat China menggunakan internet yang telah ditapis kerajaan, dan tiada langsung kandungan seksual. Malah, pemilikan bahan-bahan lucah dikenakan hukuman 3 tahun penjara, dan lebih teruk bagi syarikat-syarikat yang mengeluarkannya.

Laman-laman sesawang juga agak perlahan untuk diakses dan e-mel ditapis secara langsung. Akses kepada laman media seperti Youtube, Facebook, Twitter dan medial sosial yang lain telah disekat. 

Malah, Google juga tidak boleh diakses.

7. Angsa berfungsi seperti pegawai polis

angsa digunakan diberi peranan sebagai pegawai polis di china

Walaupun ia bukannya undang-undang, namun ia merupakan ciri-ciri yang unik dalam sistem perundangan China. Di beberapa kawasan pedalaman di China, pihak polis menggunakan angsa untuk melindungi harta benda dan menangkap penjenayah.

Ia dikatakan lebih efektif daripada menggunakan anjing.

Rujukan : 

1. BBC

2. Investopedia

3. Fashion Beans




Hakcipta iluminasi.com (2017)