Gloomy Sunday yang juga dikenali di Hungary sebagai “Hungarian Suicide Song” ialah sebuah lagu yang dicipta oleh seorang pemain piano dan juga komposer bernama Rezso Seress pada 1933. Pada asalnya, muzik instrumental itu diberi nama “The World is Ending” oleh Seress yang menceritakan penderitaan akibat peperangan.

Seorang penulis puisi, Laszlo Javor kemudian menggantikan lirik lagu tersebut dan ditukar tajuknya menjadi “Sad Sunday” yang menggambarkan watak seorang lelaki yang ingin membunuh diri bagi menemui kekasihnya yang telah mati. Kemudian dirakamkan di dalam bahasa Hungary oleh Pal Kalmar pada 1935 dan ditukar lagi tajuknya kepada “Gloomy Sunday”.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada mulanya ramai penerbit menolak lagu tersebut dengan mengatakan ia terlalu sedih. Namun, kejutan berlaku apabila lagu itu menjadi popular dalam sekelip mata. Seress kemudian menghubungi bekas kekasihnya yang menjadi inspirasi beliau menulis lagu tersebut tetapi malangnya, bekas kekasihnya itu membunuh diri dengan meminum racun pada keesokan harinya dengan nota di sampingnya bertulis "Gloomy Sunday."

lagu gloomy sunday membuatkan ramai orang membunuh diri 59383

Sumpahan "Lagu Bunuh Diri"

Seiring masa berlalu, hampir 19 kematian dilaporkan berkaitan dengan lagu “Gloomy Sunday” ini di Hungary. Dua orang dilaporkan menembak diri sendiri ketika mendengar sebuah kugiran memainkan lagu ini. Beberapa orang yang lain pula dilaporkan lemas dan dijumpai nota lagu ini bersama-sama mereka. Orang mula menggelarkannya “Lagu Bunuh Diri” dan khabar angin mengatakan lagu itu telah disumpah.

lagu gloomy sunday membuatkan ramai orang membunuh diri

Pihak berkuasa Hungary kemudian telah melarang mana-mana stesen radio memainkan lagu itu, namun kes bunuh diri berkaitannya tetap dilaporkan.

Di Berlin, seorang wanita muda yang bekerja sebagai penjaga kedai ditemui menggantungkan diri sendiri hingga mati. Di bawah kakinya terdapat sesalinan nota lagu “Gloomy Sunday”. Di New York, seorang lagi wanita menyedut gas beracun dan ditemui mati bersama nota yang meminta lagu “Gloomy Sunday” dimainkan di upacara pengebumiannya. Sementara itu di London pula, seorang wanita mengambil pil secara berlebihan dan mati sambil mendengar lagu “Gloomy Sunday” dimainkan berulang kali. Banyak lagi kes-kes kematian lain yang dilaporkan.

Versi bahasa Inggeris

Reputasi menggerunkan lagu itu telah tersebar ke seluruh pelosok dunia dan menarik minat penerbit dari Amerika Syarikat yang melihatnya sebagai satu peluang meraih keuntungan.

Buat pertama kalinya lagu itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan banyak versi dihasilkan menggunakan alunan suara ramai penyanyi Amerika. Antara versi paling popular ialah nyanyian Billie Holiday pada tahun 1941. Dikhabarkan kes bunuh diri berkaitan lagu itu terus kerap berlaku sehinggakan stesen radio sesetengah negeri enggan memainkannya.

Pada tahun 1940-an, England juga telah mengeluarkan larangan dengan alasan ia terlalu menyayat hati untuk rakyat. Larangan itu kemudiannya telah dimansuhkan pada tahun 2002.

Permulaan sebuah legenda

Gloomy Sunday dikatakan boleh mempengaruhi pendengarnya membunuh diri. Setelah dikaitkan dengan hampir lebih daripada 100 kes bunuh diri, komposer lagu ini juga tidak terkecuali dari sumpahan lagunya sendiri. Dia dihantui oleh kes bunuh diri yang melibatkan lagunya itu. Dia telah menulis sebuah nota:

Aku berdiri di dalam kejayaan yang membinasakan ini sebagai pesalah dan ia amat menyakitkan. Aku lepaskan segala kekecewaan dalam hatiku ke dalam lagu ini dan kepada mereka yang mempunyai perasaan sepertiku juga. Melalui lagu ini mereka menemui penderitaan masing-masing.

lagu gloomy sunday membuatkan ramai orang membunuh diri

Pada bulan Januari 1968, Seress telah membunuh diri dengan terjun dari pangsapurinya di Budapest. Ini sekali gus menjadikannya sebuah legenda. Khabar angin mengenai Gloomy Sunday semakin tersebar walaupun ada yang meraguinya sehingga ke hari ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)