syefura othman rara 925

Pastinya setiap seorang daripada kita pernah merasakan tidak yakin dan berasa diri anda tidak menarik. Ini kerana definisi menarik itu bergantung kepada keadaan dan juga persepsi orang di sekeliling anda.

Dan biasanya, anda akan merujuk kepada orang sekeliling untuk mengetahui sama anda anda seorang yang menarik atau tidak. Namun, disebalik itu, ramai yang sebenarnya tidak menyedari bahawa diri mereka sangat menarik, dan dengan itu iluminasi.com ingin berkongsi 5 tanda bahawa seseorang itu sangat menarik tanpa disedari.

1. Orang memandang anda berkali-kali

7 tanda anda seorang yang menarik tanpa disedari 2 775

Anda mempunyai kecantikan dan daya tarikan yang sangat bersahaja yang membuatkan orang melihat anda dua kali apabila anda melepasi mereka. Ia merupakan petunjuk yang sangat halus dan ini mungkin sebabnya anda tak menyedarinya. 

Tapi jika anda belajar untuk memberi perhatian, pasti anda akan perasan.

2. Kurang mendapat pujian 

7 tanda anda seorang yang menarik tanpa disedari 4

Kebiasaannya, orang akan mengandaikan bahawa mereka yang cantik adalah mereka yang sentiasa menerima pujian tentang kecantikan mereka. Namun sebenarnya, orang yang paling menarik adalah mereka yang tidak perlu diberitahu tentang betapa menariknya mereka.

Orang ramai beranggapan bahawa mereka yang menarik menyedari daya tarikan mereka sendiri dan ia tidak perlu diberitahu atau dipuji lagi.

3. Jika dipuji, ia tidak berlebihan

nurul izzah anwar

Anda tidak begitu kerap menerima pujian dari orang lain. Namun apabila dipuji, pujian tersebut biasanya dilakukan dengan begitu kasual dan tidak keterlaluan. Ini kerana orang beranggapan bahawa anda sudah biasa dengan pujian tersebut setiap masa jadi tak perlu untuk memuji berlebihan.

4. Orang tak percaya anda kurang keyakinan diri

7 tanda anda seorang yang menarik tanpa disedari 7

Biasanya, orang beranggapan bahawa mereka yang cantik dan menarik mempunyai keyakinan yang sangat tinggi dan tak ada rasa ragu terhadap diri sendiri langsung.

Ini kerana, bagi seseorang yang menarik seperti anda, adalah sangat sukar untuk orang lain untuk mempercayai bahawa anda masih mempunyai rasa tak yakin terhadap diri sendiri sama seperti orang lain.

5. Mempunyai kehidupan gembira

7 tanda anda seorang yang menarik tanpa disedari 5

Hanya orang yang gembira dan positif sahaja akan kelihatan sangat menarik. Jika hidup anda dibelenggu dengan kesedihan dan negatif, tak ada orang akan melihat anda sebagai seorang yang menarik.

Apabila anda gembira, anda akan memancarkan aura yang baik dan secara tak langsung aura tersebut membuatkan orang sekeliling turut gembira. Jadi jika anda berasakan anda hidup dalam kegembiraan, maka percayalah anda seorang yang menarik!


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)