Oleh pada 09 Feb 2020 kategori

saintis yang jalankan ujian gila pelik pada diri sendiri

Pada masa kini, untuk menjalankan uji kaji atau eksperimen terhadap sesuatu hidupan, terdapat garis panduan ketat yang perlu dipatuhi oleh para saintis. Namun, pada masa dahulu garis panduan ini tidak wujud dan segelintir saintis dengan sewenang-wenangnya menjalankan uji kaji terhadap diri mereka dengan beranggapan ianya mungkin tidak memudaratkan diri mereka. 

Kali ini, kami ingin berkongsi pula senarai beberapa orang saintis yang telah melakukan eksperimen pelik terhadap diri mereka. Malah, ada yang mengalami kecederaan dan dimasukakn ke wad akibat implikasi yang dialami daripada eksperimen yang dijalankan.

1. Allan Blair

labah labah black widow

Labah-labah Black Widow sememangnya terkenal dengan reputasi sebagai labah-labah yang menghasilkan sengatan sangat berbisa. Sengatannya juga dikatakan 15 kali lebih berbisa daripada ular orok-orok. Namun, kerana saiznya yang kecil, sengatan ini tidaklah membunuh dan ramai orang memandang rendah akan bahaya haiwan ini.

Allan Blair merupaka seorang professor di University of Alabama dan beliau tidak begitu mempercayai kajian statistik dan kajian sains yang direkodkan mengenai haiwan ini. Maka, beliau telah membiarkan haiwan ini mengigitnya. Akibatnya, beliau telah dimasukkan ke hospital selama 2 hari. 

Hasil daripada eksperimen yang dilakukan pada dirrinya sendiri ini, beliau telah menulis dengan panjang lebar mengenai pengalamannya dan merekodkan segala simptom yang dirasainya sendiri.

2. Tim Friede

Bagi kebanyakan orang, ular dilihat sebagai haiwan yang sangat berbisa dan boleh menyebabkan kematian. Realitinya, tidak semua jenis ular adalah berbisa. Bagi Tim Friede pula, merasai kesan patukan ular sudah menjadi kebiasaan baginya. Sepanjang 16 tahun, beliau sudah dipatuk oleh lebih 160 ekor ular.

Tujuannya melakukan uji kaji sebegini adalah bagi membina imunisasi terhadap bisa ular dan membantu dalam penciptaan vaksin terhadap racun atau bisa patukan ular. Beliau pernah koma akibat dipatuk oleh 2 ekor tedung selar sebelum pasukan perubatan berjaya menyelamatkannya.

3.  Giovanni Battista Grassi

jangkitan cacing parasit

Giovanni Battista Grassi merupakan saintis yang telah melakukan eksperimen yang mengerikan terhadap dirinya sendiri. Selain kajian mengenai malaria, beliau juga banyak mengkaji mengenai cacing parasit. Antara eksperimen yang paling mengerikan pernah dilakukannya adalah memakan telur cacing parasit yang diambil daripada mayat manusia yang sudah  mati kira-kira 1 tahun sebelum itu.

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji cacing spesis Ascaris lumbricoides, sejenis cacing gergasi yang mampu membesar sehingga 14 inci dalam tubuh manusia. Selepas 22 hari, beliau mendapati telur cacing itu ditemui dalam najis yang keluar daripada tubuh badannya.

4. Frederick Hoelzel

penyakit pica

Pica merupakan sebuah penyakit yang diketahui umum yang menyebabkan pesakit gemar memakan makanan yang bukan untuk dimakan seperti batu, kayu, rumput dan sebagainya. Frederick Hoelze tidak mempunyai penyakit ini tetapi ingin mengetahui sendiri apakah kesannya sekiranya beliau memakan barang-barang yang pelik ini.

Eksperimen terawalnya adalah untuk mengurangkan berat badan dan pada masa yang sama tidak berasa lapar. Oleh itu, beliau telah memakan daun, batang pisang, bulu burung dan sebagainya. Selain itu, beliau juga telah bekerjasama dengan Anton Julius Carlson untuk mengkaji berapakah masa untuk bendasing yang dimakan ini untuk melepasi sistem pencernaannya sebelum dikeluarkan sebagai najis.

5. Nathaniel Kleitman

manusia gua 155

Nathaniel Kleitman juga dikenali sebagai orang gua zaman moden. Saintis daripada Amerika Syarikat ini terkenal dengan uji kajinya mengenai pola tidur manusia. Antara eksperimennya yang terkenal adalah tinggal di dalam gua dan cuba memecahkan norma kitaran hidup manusia selama 24 jam.

Di dalam gua, beliau dan pembantunya ingin "membuang" kitaran hidup siang dalam malam dengan mengelakkan pendedahan kepada cahaya matahari. Beliau ingin memperkenalkan kitaran hidup 30 jam dimana 10 jam untuk tidur, 10 jam untuk berehat dan 10 jam untuk bekerja. Ternyata eksperimen ini gagal dan badan mereka tidak mampu beradaptasi dengan kitaran 30 jam yang ingin diperkenalkan ini.

6. Max von Pettenkofer

bakteria kolera

Max von Pettenkofer adalah seorang saintis yang sanggup mengorbankan dirinya untuk kajian mengenai penyakit kolera. Beliau sanggup menelan bakteria ini dan beranggapan usahanya ini adalah pengorbanan besar demi sains, sama seperti seorang askar yang berjuang di medan perang.

Eksperimen ini dilakukan tidak lain hanyalah untuk membuktikan bahawa infeksi terhadap bakteria kolera semata-mata tidak berbahaya dan terdapat pelbagai faktor kesihatan lain yang perlu diambil kira untuk menyebabkan kematian kepada manusia. Malah, beliau meminum air yang mengandungi bakteria ini di hadapan Robert Koch, saintis yang mempunyai pendapat yang bertentangan dengan dirinya.

7. Nicholas Senn

nicholas senn

Kanser merupakan antara pembunuh utama manusia pada masa kini. Malah, saintis masih mencari penawar bagi penyakit ini. Antara kajian terawal mengenai kanser dilakukan oleh Nicholas Senn untuk membuktikan bahawa sel kanser ini tidak boleh menjangkiti antara manusia sepertimana virus boleh tersebar melalui sentuhan, pernafasan dan sebagainya. 

Dalam eksperimannya ini, beliau telah mengambil tisu sel kanser daripada seorang pesakitnya. Kemudian, sel kanser ini diletakkan pada torehan kecil yang dilakukan pada lengannya sendiri. Setelah luka pada tangannya sembuh, didapati kanser tersebut tidak "menjangkitinya". Laporan mengenai dapatan kajian ini telah diterbitkan oleh Journal of the American Medical Association.

Kredit:

  1. AL
  2. Discover Magazine
  3. Science Direct
  4. Gizmodo
  5. Smithsonian Mag


Hakcipta iluminasi.com (2017)