pusat tenaga solar terbesar

Tenaga solar adalah salah satu tenaga yang boleh diperbaharui yang semakin mendapat permintaan. Di Malaysia, kita juga sudah mempunyai beberapa pusat tenaga solar untuk membekalkan tenaga elektrik kepada kilang-kilang industri berat dan kawasan penempatan setempat. 

Keperluan untuk tenaga boleh diperbaharui sangat penting kerana sumber tenaga semulajadi tidak boleh diperbaharui lambat-laun akan habis seperti arang batu, minyak, dan gas asli. Penggunaan sumber-sumber tenaga tidak boleh diperbaharui juga meningkatkan jejak karbon di persekitaran yang menyebabkan peningkatan gas rumah hijau.

Itulah sebabnya ramai pihak mula melaburkan lebih banyak wang untuk membangunkan teknologi yang boleh memanfaatkan sumber tenaga boleh diperbaharui ini antaranya tenaga solar. Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan pula senarai 7 pusat tenaga solar terbesar di dunia berdasarkan kapasiti tenaga yang dibekalkan. 

7. Pusat Tenaga Solar Mohammed bin Rashid Al Maktoum

pusat tenaga solar mohammed bin rashid al maktoum 993

Pusat Tenaga Mohammed bin Rashid Al Maktoum adalah pusat tenaga solar yang dibina di kawasan seluas 77 km persegi di Saih Al-Dahal, kira-kira 50 kilometer di selatan bandar Dubai. Projek ini adalah salah satu projek terbesar di dunia berdasarkan model pengeluar tenaga bebas (IPP).

Projek tenaga solar ini diumumkan oleh Mohammed bin Rashid Al Maktoum pada Januari 2012 dan akan dibina secara berperingkat-peringkat. Kapasiti keseluruhan projek ini dirancang untuk mencapai 3000 megawatt apabila siap sepenuhnya kelak.

6. Pusat Tenaga Solar Noor Abu Dhabi

pusat tenaga solar noor abu dhabi

Pusat Tenaga Solar Noor Abu Dhabi adalah loji janakuasa yang terletak berhampiran Abu Dhabi di Sweihan. Noor jika diterjemahkan dari Bahasa Arab bermaksud cahaya. Ia mempunyai 3.2 juta panel solar. Projek ini diketahui memberi tenaga bersih untuk 90,000 individu di Abu Dhabi.

Ia menggunakan teknologi robot untuk membersihkan panel solar tanpa menggunakan air. Robot ini akan melakukan perjalanan sejauh 1600 kilometer setiap hari untuk membersihkannya. Ia dikendalikan oleh Sweihan PV Power Company yang berada di bawah Syarikat Tenaga Nasional Abu Dhabi (TAQA).

5.Pusat Tenaga Solar Gurun Tengger

pusat tenaga solar gurun tengger

Pusat Tenaga Solar Gurun Tengger adalah pusat fotovoltaik kelima terbesar di dunia sejak bulan Disember 2020. Ia terletak di Zhongwei, Ningxia, China. Ia meliputi kawasan seluas 43 km persegi. Pada tahun 2018, pusat tenaga solar ini mempunyai kapasiti terbesar sebanyak 1,547 MW.

Pusat tenaga solar ini dimiliki oleh China National Grid dan Zhongwei Power Supply Company. Pembinaan dimulakan pada tahun 2012 dan pusat janakuasa ini mula beroperasi pada tahun 2017.

4. Pusat Tenaga Solar Benban

pusat tenaga solar benban

Pusat Tenaga Solar Benban adalah stesen janakuasa fotovoltaik dengan jumlah kapasiti 1650 MWp dengan pengeluaran tahunan sekitar 3.8 TWh. Ia terletak di Benban di gurun barat, kira-kira 650 km ke selatan Kaherah dan 40 km barat laut Aswan.  Benban kini merupakan pusat tenaga solar ke-4 terbesar di dunia.

Pada bulan September 2014, projek ini dimulakan sebagai sebahagian daripada Strategi Tenaga Lestari kerajaan Mesir 2035. Pada mulanya, NASA telah membantu mencari lokasi terbaik untuk mendirikan pusat solar ini. Projek ini adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan yang menyasarkan untuk menjana 20% elektrik dari sumber yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2022.

3. Pusat Tenaga Solar Pavagada

pusat tenaga solar pavagada

Pusat Tenaga Solar Pavagada adalah pusat tenaga solar seluas 53 kilometer persegi di Pavagada Karnataka. Selesai pada tahun 2019, kawasan ini berkapasiti 2050 MW. Pada April 2021, ia adalah pusat tenaga solar fotovoltaik ketiga terbesar di dunia setelah Pusat Tenaga Solar Bhadla 2245 MW di Rajasthan dan Pusat Tenaga Solar Huanghe 2200 MW di China.

Jumlah kos projek adalah $2.1 bilion. Pavagada dipilih sebagai lokasi untuk projek ini kerana beberapa sebab. Kawasan ini terlepas dari radiasi matahari yang tinggi, keluasan tanah yang tersedia dan menerima sedikit hujan. Wilayah ini juga kurang penduduk dan kebanyakan penduduknya adalah petani miskin.

2. Pusat Tenaga Solar Huanghe

pusat tenaga solar huanghe

Pusat Tenaga Solar Huanghe adalah stesen jana kuasa fotovoltaik 2,200 yang terletak di Golmud, Provinsi Qinghai, China. Pembinaannya dimulakan pada bulan Ogos 2009 dan ia mula beroperasi pada 29 Oktober 2011. Projek ini memenangi Anugerah Projek Kuasa Berkualiti China 2012.

Selain itu, di Golmud juga terdapat pusat tenaga solar Qinghai dengan kapasiti 20 MW yang disiapkan pada tahun 2011 oleh syarikat Longyuan Power serta beberapa pusat tenaga solar lain. 

1. Pusat Tenaga Solar Bhadla

pusat tenaga solar bhadla

Pusat Tenaga Solar Bhadla adalah pusat tenaga solar terbesar di dunia sejak tahun 2020 dan dibina di kawasan seluas 5,700 hektar di Bhadla, Rajasthan, India. Pusat tenaga solar ini mempunyai kapasiti keseluruhan 2245 MW dan telah menawarkan tawaran kadar terendah untuk tenaga solar di India pada Disember 2020 pada $0.34 per kilowatt-jam.

Bhadla terletak kira-kira 200 km di utara Jodhpur dan sekitar 320 km di barat ibu negara Jaipur. Wilayah ini digambarkan sebagai "hampir tidak dapat dihuni" kerana iklimnya. Suhu normal di Bhadla adalah antara 46 dan 48°C dengan angin panas dan ribut pasir sering terjadi. 

Kredit:

  1. Wikipedia


Hakcipta iluminasi.com (2017)