covid 19 943

Berita tentang perkembangan COVID-19 ditunggu-tunggu dan dikongsikan setiap hari tak kira di mana-mana sama ada di TV, media sosial mahupun di aplikasi sembang seperti Whatsapp.

Ia seolah-olah membuatkan berita-berita lain tidak lagi penting ketika mana majoriti daripada populasi manusia lebih fokus kepada pandemik ini.

Dan dengan itu, iluminasi.com ingin kongsikan 7 perkara penting yang berlaku dalam minggu ini.

1. Kucing peliharaan tidak imun terhadap jangkitan COVID-19 

kucing tak imun covid 19

Masih banyak yang kita tak tahu tentang COVID-19 dan dari mana ia berasal, namun kita tahu bahawa novel coronavirus adalah virus zoonotic.

Ini bermakna bahawa virus ini boleh "melompat" dari haiwan kepada manusia, dan sebaliknya.

Dalam 2 kes berasingan di New York City, kucing peliharaan disahkan dijangkiti COVID-19.

Ia merupakan 2 kes pertama berkaitan dengan haiwan peliharaan di Amerika Syarikat, namun kedua-dua kucing tersebut mengalami penyakit pernafasan ringan dan dijangkakan akan pulih.

Kucing pertama didiagnos selepas menunjukkan tanda-tanda jangkitan pernafasan. Tiada seorang pun daripada rumah tersebut yang disahkan sebagai pembawa virus, jadi tidak diketahui dari mana dan bagaimana kucing ini dijangkiti.

Kucing kedua disahkan positif namun seekor lagi kucing dalam rumah yang sama dikatakan tidak mengalami sebarang jangkitan.

Walaupun begitu, penemuan baharu ini tidak menyimpulkan bahawa kucing boleh memindahkan virus ini kepada manusia selepas dijangkiti.

2. Penguasaan Benjamin Netanyahu ke atas Israel dipanjangkan

pergolakan politik israel 315

Pergolakan politik di Israel mungkin akan berakhir berikutan perjanjian yang dibuat di antara Benjamin Netanyahu dan saingan politiknya pada 20 April.

Perjanjian antara Perdana Menteri Israel dan lawannya, Benny Gantz, dibuat ketika kedua-dua mereka bekerjasama untuk memerangi penyebaran COVID-19.

Israel telah berada dalam pergelutan politik selama lebih dari setahun, mengakibatkan tiga pilihan raya dilakukan yang mana gagal membentuk kerajaan.

Perjanjian baru itu menjadikan Netanyahu sebagai Perdana Menteri sehingga 2021, dan dia akan mengundurkan diri bagi menyokong Benny Gantz.

Walaupun Gantz pernah menjadi pencabar Netanyahu, tetapi perjanjian ini untuk menubuhkan kerajaan perpaduan membubarkan kebuntuan politik bertahun-tahun lamanya.

Namun, para pengkritik dengan pantas menyatakan bahawa langkah ini memberikan kelebihan Netanyahu.

Netanyahu telah menjadi sasaran pendakwa raya yang ingin menjatuhkannya dari kekuasaan atas tuduhan rasuah, yang mana dia dapat melawan dari kedudukan yang cukup kuat sebagai perdana menteri.

3. Harga pasaran minyak menjunam ke paras negatif 

harga minyak mentah negatif

20 April adalah hari yang bersejarah dalam dunia perdagangan minyak, apabila harga satu tong minyak mentah jatuh ke paras $0 dan kemudiannya terus menjunam kepada -$37.63 setong.

Ini adalah harga terendah bagi minyak mentah sejak New York Mercantile Exchange (NYMEX) membuka niaga hadapan minyak (futures) untuk diperdagangkan pada tahun 1983.

Penurunan ini disebabkan oleh penjualan besar-besaran, yang berlaku ketika mana pelanggan berhenti membeli minyak kerana kekurangan tempat untuk menyimpannya.

Lokasi penyimpanan hampir penuh di seluruh dunia kerana semakin ramai orang menghentikan aktiviti disebabkan oleh penjarakan sosial dan sekatan perjalan akibat penyebaran COVID-19.

Perjanjian minggu lalu untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 9.7 juta tong sehari pada bulan Mei dan bulan Jun mungkin merupakan pemotongan tertinggi yang pernah disetujui, tetapi ia sangat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah pengeluaran keseluruhan.

Langkah itu sama sekali tidak membantu perdagangan niaga hadapan minyak, kerana keperluan tenaga terus merosot.

Presiden Trump memerintahkan Rizab Petroleum Strategik AS untuk "menyimpan sebanyak 75 juta tong ke dalam rizab itu sendiri" dengan harapan dapat memperbaiki defisit perdagangan.

Dengan kos tong pada paras negatif, pembeli akan dibayar untuk mengambil alih minyak dari simpanan pengeluar dan bukan sebaliknya. [11]

4. Kajian mendakwa Hydroxychloroquine tidak memberikan manfaat kepada pesakit COVID-19

hydroxychloroquine didakwa tak berkesan rawat covid 19

Pasukan perubatan di seluruh dunia telah menguji kemungkinan keberkesanan hidroksiklorokuin sebagai ubat yang mampu membantu pesakit yang dijangkiti COVID-19, tetapi satu kajian yang dikeluarkan baru-baru ini.

Dinyaatakan bahawa ubat tersebut bukan sahaja tidak memberikan sebarang manfaat dalam memerangi penyakit ini, tetapi juga menyebabkan lebih banyak bahaya.

Kajian itu, yang dibuat dari tinjauan carta perubatan veteran, disiarkan di medrxiv.org dan belum dikaji semula atau diterbitkan dalam jurnal perubatan.

Jenis tinjauan dan penerbitan rasmi sebegitu akan dibuat kemudian, serta terdapat kajian tambahan yang sedang dilakukan pada masa ini untuk menentukan keberkesanan Hydroxychloroquine dalam merawat pesakit dengan jangkitan COVID-19.

Kajian ini menganalisis 368 pesakit, yang mana 97 daripadanya berhadapan dengan kadar kematian sebanyak 27.8% setelah mengambil ubat tersebut, sementara 158 yang tidak mengambil ubat ini mempunyai kadar kematian sekitar 11.4%.

Ini sekaligus membuatkan para penyelidik beranggapan bahawa penggunaan ubat ini meningkatkan kadar kematian pesakit COVID-19.

Kajian ini dilakukan oleh penyelidik di Columbia VA Health Care System di South Carolina, University of South Carolina, dan University of Virginia. 

5. Kesihatan Kim Jong-un semakin merosot 

kesihatan kim jong un merosot

Kim Jong-un, pemimpin Republik Rakyat Demokratik Korea Utara, dikhabarkan sakit teruk pada ketika ini, walaupun maklumat mengenai kesihatan dan status pemimpin ini telah lama diklasifikasikan pada tahap rahsia tertinggi.

Berita ini bermula selepas dilaporkan bahawa Kim Jong-un menjalani prosedur kardiovaskular yang tidak dinyatakan dengan jelas pada 12 April yang lalu.

Kim tidak menghadiri sambutan tahunan memperingati datuknya, Kim Il-sung, yang merupakan pengasas Korea Utara.

Disebabkan ini, ia telah menimbulkan khabar angin dan kepercayaan bahawa ada sesuatu yang tidak kena tentang Kim Jong-un.

Pada 21 April, ketika khabar angin mengenai keadaannya terus tersebar dalam talian, Presiden Trump mengulas mengenai situasi ini dengan berkata, "Terdapat laporan yang dikeluarkan dan kami tidak tahu. Kami tak tahu. Hubungan saya dengan beliau baik-baik sahaja, dan saya mendoakannya agar sentiasa sihat. Kerana jika beliau berada dalam keadaan yang dilaporkan, ia sangat serius. Jika orang lain berada dalam kedudukannya, kami mungkin sedang berperang dengan Korea Utara. Tapi kami tidak berperang, dan mungkin tidak akan berperang dengan Korea Utara,". 

6. Iran lancarkan satelit ketenteraan pertama

iran lancarkan satelit ketenteraan pertama noor

Pada 22 April, ketika dunia dan negara ini sedang bergelut dengan krisis COVID-19, Iran telah melancarkan satelit ketenteraan pertamanya.

Perkara ini disahkan oleh U.S. Space Command pada jam 4:03 petang melalui muat naik mereka di Twitter.

Skuadron Kawalan Angkasa ke-18 ini memuat naik bahawa ia mengesan dua objek, satelit NOUR 01 dan badan roket yang membawanya ke orbit stabil.

Iran tidak berdiam diri mengenai kejayaannya dengan TV Negara Iran, melaporkan bahawa "satelit ketenteraan pertama Iran, Noor, dilancarkan pagi ini dari Iran melalui dua peringkat. Pelancaran ini berjaya, dan satelit mencapai orbit,".

Satelit itu diletakkan 264 batu di atas permukaan Bumi, menurut Pengawal Revolusi Iran yang bertanggung jawab melancarkan satelit dua peringkat ini dari Gurun Tengah Iran.

Pada masa yang sama berita pelancaran mula membuat tersebar dalam talian, Presiden A.S. Trump memuat naik tweet bahawa beliau memerintahkan "Tentera Laut Amerika Syarikat untuk menembak jatuh dan memusnahkan mana-mana dan semua kapal perang Iran jika mereka mengganggu kapal AS di laut,".

Tidak jelas jika kedua-dua insiden ini mempunyai sebarang kaitan, namun ketegangan antara kedua-dua negara ini semakin meningkat akhir-akhir ini.

Kapal perang Iran dikatakan kerap mengganggu kapal AS di perairan antarabangsa di luar pesisir pantai Iran.

7. Youtube menapis video yang tidak disokong oleh WHO

youtube tapis video tak disokong oleh who

Pada 22 April, dalam satu temubual dengan CNN, Susan Wojcicki yang merupakan CEO Youtube, menerangkan perubahan dalam dasar laman sesawang tersebut, yang akan menyebabkan penghapusan semua jenis video.

Secara khusus, Susan menjelaskan bahawa sesuatu yang "tidak berasas dari segi perubatan," seperti video-video yang dimuat naik mendakwa bahawa pengambilan vitamin C atau kunyit sebagai kemungkinan penawar COVID-19, sedang dihapuskan.

Dia juga mengatakan bahawa sebarang maklumat yang tidak disokong oleh cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai novel coronavirus jugak akan dihapuskan dari platform berkenaan.

Kesan daripada ini adalah jelas kerana ia berkaitan dengan pengaruh kerajaan China dalam WHO yang membimbangkan.

YouTube sentiasa membuang video dari laman web mereka jika ia mereka melanggar garis panduan komuniti.

Tindakan ini semakin diperkuatkan dengan perubahan dasar baru untuk memastikan bahawa maklumat yang bertentangan dengan pandangan Google tidak akan berjaya atau kekal berada di laman web ini.

Contoh lain yang berikan oleh Susan adalah video yang dihapuskan baru-baru ini iaitu berkaitan dengan dakwaan bahawa menara 5G baharu menyebarkan virus.



Hakcipta iluminasi.com (2017)