Oleh pada 16 Nov 2017 kategori

Piala Dunia 2018 sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak seluruh dunia tetapi ada juga yang kecewa kerana pasukan pilihan mereka tidak berjaya melayakkan diri ke pertandingan ini. Walaupun mempunyai pemain-pemain yang hebat, tetapi ia tidak menjamin tempat ke Piala Dunia 2018.

5. Wales

wales tak lepas bermain piala dunia 2018

Negara Wales merupakan salah sebuah negara bersatu di United Kingdom mempunyai pemain-pemain hebat untuk mencipta gol. Penyerang utama Wales dan Real Madrid, Gareth Bale banyak menghasilkan gol manakala Aaron Ramsey yang bermain untuk Arsenal pula banyak mencipta hantaran kepada penyerang mereka.

Selain Bale dan Ramsey, Wales juga mempunyai pemain hebat seperti Joe Allen, Ashley Williams dan Ben Davies. Namun, skuad dengan pemain bintang ini tidak melayakkan mereka ke Piala Dunia setelah mereka gagal meraih dua tempat teratas liga kumpulan D Piala Kelayakkan Dunia 2018 untuk benua Eropah. Kekalahan 1-0 kepada Ireland menyebabkan Wales tersingkir daripada mendapat tempat di Piala Dunia 2018.

4. Amerika Syarikat

amerika syarikat tidak layak menyertai piala dunia 2018

Kali terakhir Amerika Syarikat tidak melayakkan diri ke Piala Dunia ialah pada tahun 1986 dan kegagalan ini kembali menghantui peminat bolasepak Amerika Syarikat. Bintang muda negara mereka, Christian Pulisic tidak berjaya membawa pasukannya ke Piala Dunia 2018 setelah kalah 2-1 kepada Trinidad & Tobago.

Kekalahan mengejutkan ini menyebabkan kedudukan mereka turun ke tempat ke-5 sekali gus mengugurkan tempat ke Piala Dunia 2018 secara automatik. Jika mereka mendapat tempat ke-3, ia masih lagi memberi peluang untuk mereka buktikan di perlawanan kelayakan terakhir tetapi tempat tersebut diambil oleh Panama.

3. Chile

chile tidak tersenarai bermain piala dunia 2018

Pasukan bolasepak negara Chile merupakan sebuah pasukan yang sangat hebat kerana mereka berjaya mengalahkan Argentina dua kali berturut-turut dalam perlawanan akhir bola sepak Piala Amerika pada tahun 2015 dan 2016. Bintang utama Chile, Alexis Sanchez dan Arturo Vidal berjaya membantu pasukan untuk layak ke final Piala Amerika.

Namun pada kelayakan Piala Dunia 2018, mereka tidak berjaya menempah tempat ke Piala Dunia di Rusia setelah kalah kepada Brazil 3-0 hasil jaringan Gabriel Jesus dan Paulinho. Kekalahan itu menyebabkan mereka jatuh ke tempat ke-6 liga kumpulan memberi laluan kepada Argentina untuk layak ke Piala Dunia 2018.

2. Belanda

belanda semakin hambar

Belanda dikecewakan pada Piala Dunia 2010 selepas mereka dikalahkan oleh Sepanyol ketika perlawanan akhir kejohanan tersebut. Pemain seperti Arjen Robben, Wesley Sneijder dan Robin Van Persie tidak berjaya membawa pasukan mereka menjadi johan dan sekadar meraih tempat kedua.

Prestasi pasukan Belanda dikatakan agak menurun jika dibandingkan dengan skuad terdahulu kerana mereka merupakan sebuah pasukan yang digerunkan oleh pihak lawan suatu ketika dahulu. Apa yang lebih menyedihkan, mereka berkongsi mata yang sama dengan pasukan yang layak ke Piala Dunia iaitu Sweden namun disebabkan perbezaan gol, Sweden layak ke perlawanan akhir kelayakan menentang Itali.

Tambahan pula, perbezaan gol yang besar itu berlaku di saat-saat akhir apabila Sweden mengalahkan Luxembourg 8-0 menyebabkan Belanda ketinggalan di belakang. Untuk melayakkan diri ke Piala Dunia, Belanda harus menang sekurang-kurangnya 11-0 dengan Sweden namun mereka hanya berjaya menjaringkan 2 gol.

1. Itali

siapa sangka itali tak berjaya sertai piala dunia

Ini merupakan berita paling menyedihkan buat semua peminat bolasepak kerana lagenda bolasepak, Gianluigi Buffon tidak akan bermain di Rusia untuk Piala Dunia 2018. Mereka meraih tempat ke-2 dalam liga Kelayakan Piala Dunia bagi Benua Eropah dan ini melayakkan mereka untuk bertanding dalam perlawanan akhir kelayakkan Piala Dunia 2018.

Mereka terpaksa bertempur Sweden setelah Sweden mengatasi Belanda untuk mendapatkan tempat untuk perlawanan terakhir. Ia terdiri daripada dua perlawanan terakhir dan hasil agregat akan dinilai bagi menentukan pasukan yang akan layak ke Piala Dunia 2018.

Itali dikejutkan ketika perlawanan pertama apabila Sweden berjaya menyumbat satu gol ke gawang mereka. Keputusan berakhir dengan 1-0 berpihak kepada Sweden. Perlawanan kedua dibanjiri oleh peminat Itali di Stadium San Siro AC Milan, Itali namun Itali gagal menjaringkan gol dan keputusan berakhir 0-0.

Agregat 1-0 berpihak kepada Sweden memberi kemenangan kepada mereka dan apa yang paling menyedihkan ialah penyokong Itali harus melihat kekalahan negara tercinta mereka di tempat sendiri. Kegagalan ini merupakan prestasi terburuk sejak 1958 kerana ia merupakan tahun terakhir Itali gagal layak ke Piala Dunia

Pengurus Itali, Gianpero Ventura dikecam hebat kerana dia seperti memandang rendah pasukan Sweden. Apabila pengurus Itali itu ditanya tentang perlawanan akhir kelayakan menentang Sweden, dia menjawab "Saya tidak berfikir sama ada kami akan bermain di Piala Dunia atau tidak, saya sudah berfikir tentang peringkat kumpulan di Piala Dunia."

Malaysia

malaysia 352

Pasukan bolasepak masih lagi perlu bekerja keras untuk melayakkan diri ke Piala Dunia. Kedudukan berada di tangga tercorot sepanjang zaman di tempat ke 170 setelah banyak kali mengalami kekalahan kepada pasukan-pasukan Asia lain. Malaysia hanya menang 1 perlawanan daripada 8 bagi Kelayakkan Piala Dunia 2018.

sumber: FIFA


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)