Oleh pada 13 Dec 2022 kategori

Bagi peminat bola sepak yang menonton Piala Dunia 2022 di Qatar, harga tiket yang dibayar adalah hampir 40% lebih mahal berbanding edisi terdahulu pada tahun 2018 di Rusia.

Untuk Piala Dunia Rusia 2018, para peminat membayar purata RM1,121 untuk satu tiket, berbanding purata mencecah RM1,501 untuk satu tiket Piala Dunia Qatar.

Malah, tiket untuk edisi kali ini adalah yang termahal bagi sejarah Piala Dunia untuk 20 tahun yang terakhir.

berapa harga tiket qatar world cup 2022

Tiket untuk Piala Dunia Jerman 2006 dianggap sebagai yang paling murah, dengan kos purata sekitar RM525 sahaja.

Purata harga tiket perlawanan final yang berlangsung di Olympiastadion di Berlin adalah RM1,161.

Piala Dunia di Qatar adalah yang termahal dalam sejarahnya, di mana pembinaan enam stadium baharu dan pengubahsuaian lengkap dua arena lain di negara ini dikatakan menelan belanja sekitar RM13.25 bilion.

stadium ikonik lusail lokasi perlawanan akhir piala dunia qatar 2022 707

(Stadium Ikonik Lusail lokasi perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022)

Harga untuk setiap tiket bagi setiap peringkat perlawanan di Piala Dunia Qatar adalah seperti di bawah:

PerlawananKategori 1Kategori 2Kategori 3Kategori 4Kurang Upaya
Pembukaan: Qatar vs EcuadorRM2,730RM1,943RM1,334RM243RM243
Peringkat kumpulanRM972RM729RM305RM49RM49
16 terakhir (kalah mati)RM1,215RM910RM424RM84RM84
Suku akhirRM1,882RM1,272RM910RM362RM362
Separuh akhirRM4,223RM2,911RM1,577RM605RM605
Tempat ketiga & keempatRM1,882RM1,334RM910RM362RM362
AkhirRM7,098RM4,430RM2,668RM910RM910

Jumlah keseluruhan tempat duduk bagi kesemua 64 perlawanan yang berlangsung di 8 buah stadium sekitar Qatar adalah sebanyak 3,523,229.

Jika kesemua tiket ini terjual, purata perolehan Qatar untuk tiket sahaja bagi Piala Dunia kali ini adalah sekitar RM5,288,366,729 atau lebih mudah, RM5.29 bilion.

Rujukan:

1. First Post

2. Sports Brief

3. Hukoomi

4. 90 Min




Hakcipta iluminasi.com (2017)