lembu tenusu 655

Selama berabad-abad, agrikultur telah menjadi salah satu pekerjaan utama bagi manusia ianya kerana membolehkan mereka menghasilkan makanan sepanjang tahun dan sumber lain untuk membuat barang-barang tertentu yang digunakan setiap hari.

Perkembangan ini secara semula jadi membawa kepada konsep pertanian. Lama kelamaan manusia mula sedar bahawa pertanian di ladang membolehkan mereka mengusahakan tanah secara teratur atau memelihara haiwan untuk mendapatkan makanan dan sumber daya dengan lebih mudah.

Hari ini, ladang moden tidak seperti dulu kerana kemajuan industri yang dibuat dan perkembangan teknologi telah mempengaruhi proses pertanian. Oleh itu, tidak menghairankan bahawa beberapa ladang besar telah menjadi struktur mega dalam usaha untuk menghasilkan sbanyak mungkin hasiln sambil menggunakan sumber yang lebih sedikit.

Kali ini, kami ingin kongsikan pula senarai 7 ladang ternakan terbesar di dunia. Jangan terkejut, keluasan ladang dalam ladang ini sangat terbesar sehingga ada yang lebih besar daripada sesebuah negara. 

7. Home Valley, Australia - 3,500,000 ekar

home valley station

Ladang ini adalah ladang ternakan utama di Australia Barat. Ia beroperasi mulai tahun 1957 dan merupakan tempat percutian yang terkenal sejak tahun 2006 dan mempunyai landasan kapal terbang. Sebahagian dari ladang ini juga pernah dipaparkan dalam filem Australia yang dibintangi oleh Nicole Kidman.

Ladang ini kini dimiliki oleh Indigenous Land Corporation bersama dengan Karunjie Station dan Durack River Station yang berdekatan dimana ketiga-tiga ini meliputi kawasan seluas 3,500,000 ekar.. Ladang ini juga menggunakan "HV8" sebagai jenamanya dan banyak papan tanda ke ladang menggunakan logo HV8.

6. Davenport Downs, Australia - 3,700,000 ekar

davenport downs

Davenport Downs adalah ladang ternakan lembu terbesar di Queensland dan ladang keempat terbesar di Australia selepas Anna Creek station, Alexandria Station and Clifton Hills Station. Bersama dengan Springvale Station yang dikendalikan secara agregat dengan Davenport, ladang ini meliputi kawasan seluas 3,700,000 ekar.

Davenport Downs kini dimiliki oleh Paraway Pastoral Company. Syarikat Paraway membeli Davenport pada tahun 2009 dan Springvale yang berdekatan pada tahun 2011.

5. Alexandria, Australia - 4,000,000 ekar

alexandria station australia

Ladang yang terletak di bahagian utara Australia ini merupakan sebuah ladang ternakan lembu dan mempunyai keluasan kira-kira 4,000,000 juta ekar. Ladang lembu ini mampu menampung sekitar 55,000 ekor lembu.

Ladang ternakan ini dikendalikan oleh hanya 50 pekerja yang tinggal di ladang ini yang terletak berhampiran dengan Sungai Playford. Ladang ini mempunyai beberapa spesis lembu ternak antaranya Brahman, Belmont dan Charbray.

4. Clifton Hills, Australia - 4,200,000 ekar

clifton hills station

Ditubuhkan pada tahun 1876 dengan hanya 1,000 ekor lembu pada ketika itu, ladang  ini telah menjadi ladang lembu kedua terbesar di Australia dan di dunia. Ladang ini adalah salah satu ladang pertama yang menggunakan pengangkutan jalan sebagai alat untuk membawa haiwan ternakan selain dari pengangkutan kereta api.

Ia terletak kira-kira 132 kilometer di selatan Birdsville dan 200 kilometer di sebelah barat laut Innamincka. Sejak dahulu lagi, pemilikan ladang ini sudah banyak kali bertukar dan pada akhir November 2018, ladang ini telah dibeli melalui perkongsian oleh Viv Oldfield yang sudah memiliki ladang Pandie Pandie Station yang bersebelahan.

3. Anna Creek Station, Australia - 6,000,00 ekar

anna creek station

Anna Creek Station merupakan ladang ternakan lembu terbesar dunia dan mempunyai keluasan 5,851,000 ekar dan keluasan Ini lebih dari tujuh kali ukuran ladang terbesar Amerika Syarikat, King Ranch di Texas yang mempunyai keluasan  30,000 ekar. Ladang ini mengalami beberapa tahun yang sukar pada awal dekad 2000-an kerana kemarau yang melanda wilayah Australia dengan teruk.

Ladang ini mampu menampung hingga 16,500 ekor lembu pada musim yang baik. Ladang ini terkenal dengan spesies lembu Santa Gertrudis yang lebih tahan terhadap cuaca panas dan kering. Pemilik baru ladang ini telah menambah semula ladang ini dengan spesis lembu lain dan kini lebih memfokuskan untuk pasaran domestik.

2. Ladang Tenusu Moden Anhui, China - 11,000,000 ekar

ladang tenusu moden anhui

Ladang ini adalah ladang tenusu yang terbesar di dunia ketika pertama kali dibuka pada tahun 2011. Ladang ini dimulakan dengan 40,000 ekor lembu tetapi mengalami kerugian pasaran yang penting pada 2014 kerana tuduhan dibuat bahawa ladang ini menjual lembu yang positif dengan penyakit tuberkulosis lembu.

Ladang tenusu ini terletak di Anhui dan mempunyai keluasan 11,000,000 ekar, kira-kira setengah daripada saiz ladang tenusu di Mudanjiang, China. Ladang ini adalah pelopor dalam pertanian tenusu berskala besar di China dan antara yang pertama menggunakan model perniagaan pertanian tenusu bebas di China untuk memastikan hasil dan kecekapan kos yang lebih tinggi berbanding dengan petani kebun kecil.

1. Ladang Mega Mudanjiang, China - 22,500,000 ekar

ladang terbesar dunia

Ladang tenusu ini kini memegang gelaran ladang tenusu terbesar di dunia. Kira-kira 100,000 ekor lembu disini membekalkan susu kepada produk tenusu. Perluasan ladang tenusu ini berlaku pada tahun 2015 ketika Rusia melarang produk susu dari EU sebagai tindak balas terhadap krisis Ukraine.

China muncul untuk memenuhi permintaan produk tenusu di pasaran Russia dengan membuka ladang yang berukuran 22,500,000 ekar ini. Ladang ini terletak di Heilongjian dan mampu menghasilkan kira-kira 800 juta liter susu setiap tahun. 

Kredit:

  1. World Atlas
  2. AgronoMag
  3. ABC News


Hakcipta iluminasi.com (2017)