Keju merupakan sejenis makanan popular yang dipercayai sudah wujud sejak ribuan tahun lalu. Keju boleh dinikmati dengan pelbagai cara anntarany dimakan bersama sandwich, dijadikan sebagai bahan utama membuat pizza, ditabur atas pisang goreng dan banyak lagi.

Terdapat puluhan jenis keju dari seluruh dunia dan antara yang popular dan kerap kta dengar adalah mozzarella dan cheddar. Malah, satu ketika dahulu kami pernah menulis artikel mengenai 7 keju paling popular dan kegunaannya. Kali ini, kami ingin kongsikan pula senarai keju paling mahal di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

7. Caciocavallo Podolico

caciocavallo podolico

Jika diterjemahkan secara harfiah, ia bermaksud "Keju Kuda". Keju buatan dari Itali ini sebenarnya dibuat dari susu lembu, berasal dari jenis lembu yang jarang ditemui bernama Podolica yang hanya diperah susunya pada bulan Mei dan Jun dan diternak di Itali, khususnya di wilayah Bacilicata, Calabria, Campagna dan Puglia.

Keju ini berbentuk pir dan biasanya diikat berpasangan. Keju ini dapat dimakan segera setelah siap tetapi adalah kebiasaan akan diparut pada pasta setelah dua hingga tiga tahun untuk mendapatkan rasa yang benar-benar matang. Ia mengandungi Omega 3 yang tinggi yang bukan sahaja sihat, tetapi juga enak.

6. Old Ford

old ford 458

Dihasilkan oleh syarikat Neal's Yard Dairy di England, keju super rare ini berasal dari susu kambing yang dipasteur. Teksturnya padat namun lembut. Mulanya keju ini akan melalui proses penuaan sebelum kemudiannya ditekan dengan tangan untuk memberikan bentuknya. Rasa sangat unik dan sedikit masin.

Bergantung pada bila ia dihasilkan, proses penuaan mengambil tempoh berbeza-beza. Pada musim panas keju matang dalam masa tiga bulan tetapi pada musim sejuk memerlukan sedikit lebih lama, biasanya lapan bulan untuk mendapatkan tekstur yang lebih padat dan rasa yang lebih kuat.

5. Extra Old Bitto

extra old bitto

Satu lagi keju dari Itali, yang ini berasal dari Lembah Valtellina di Itali. Keju ini sangat unik dan rasanya berbeza mengikut perubahan musim. 10 hingga 20 peratus keju ini berasal dari susu kambing Orobica dari Bergamo Alps dan selebihnya dari susu lembu.

Keju ini melalui proses penuaan 10 tahun atau sekurang-kurangnya 70 hari. Pembuat keju masih menggunakan kuali tembaga yang  dibakar di atas kayu. Lembu yang digunakan tidak diberi makanan tambahan dan oleh kerana itu keju ini bebas bahan tambahan. Jenama ini mempunyai tarikh pengeluaran yang spesifik dan sangat mengekalkan tradisi sejarah mereka.

4. Wyke Farms Cheddar

wyke farm cheddar

Salah satu jenama tertua dalam senarai ini, keju cheddar ini telah dihasilkan di ladang milik keluarga di Somerset, UK sejak tahun 1860-an. Walaupun merupakan sejenis keju cheddar, rasanya tidak seperti keju cheddar yang dijual di pasar raya yang harganya lebih mampu milik.   

Keju ini diadunkan bersama dengan truffle Perancis dan daun emas dan rasanya lebih tajam daripada cheddar lain. Akan melalui proses penuaan minimum satu tahun, dikatakan bahawa cheddar ini adalah keju cheddar yang Asli dan telah memenangi banyak penghargaan untuk rasa khas dan kualiti yang unggul.

3. White Stilton Gold

white stilton gold

Keju biru ini yang sebenarnya kelihatan putih dilindungi di bawah undang-undang Eropah dan terhad kepada pengeluaran di tiga daerah di UK. Hanya wilayah Derbyshire, Leicestershire, dan Nottinghamshire yang berhak menggunakan susu lembu tempatan yang dipasteur untuk menghasilkan keju Stilton versi yang sangat mahal ini.

Habuk keemasan yang bersinar memberikan keju biru ini rasa khas dan aroma yang unik. Keju ini tidak ditekan dan dimampatkan, membentuk tekstur yang tersendiri dan berbentuk silinder yang menjadi kebiasaan bagi keju yang dihasilkan di 3 wilayah ini. Sekiranya wang bukan masalah bagi anda, keju ini antara yang wajib dicuba. 

2. Moose

keju rusa

Keju ini seperti namanya, diperbuat dari susu rusa. Dari Bjurholm di Sweden, muncul keju yang jarang ditemui ini. Susu untuk pembuatan keju ini diperah dari 3 ekor rusa dan hanya diperah susunya dari Mei hingga September, menghasilkan kira-kira lima liter susu sahaja setiap hari yang menjadikan keju ini sangat terhad penghasilannya. 

Rusa yang dipelihara ini juga dijaga dengan sangat baik, jika tidak susu yang dihasilkannya akan berkurang. Rasanya unik dengan kandungan protein dan lemak tinggi yang berasal dari susu rusa.

1. Pule

pule

Pule merupakan keju termahal di pasaran sekarang. Dihasilkan di Serbia, keju ini berasal dari baka keldai Balkan yang jarang ditemui hidup di kawasan pemeliharaan haiwan di Zasavica. Dengan menggunakan resipi yang sama yang telah digunakan sejak tahun 1700-an, keldai ini akan diperah susunya tiga kali sehari dan hanya dengan tangan.

Oleh kerana keldai hanya menghasilkan sedikit susu, ia dianggap berharga. Susu keldai juga mengandungi kira-kira 60 kali ganda jumlah vitamin C susu lembu tetapi hanya satu peratus lemak. Terkenal dengan manfaat kesihatannya, Pule mempunyai tekstur lembut yang rapuh.

Kredit:

  1. Spoon University
  2. Ventured



Hakcipta iluminasi.com (2017)