Sebahagian besar daripada kita sudah sedia maklum akan 7 keajaiban dunia zaman purba. Zaman beredar, maka terdapat keperluan untuk mengemaskini senarai tersebut kepada 7 keajaiban dunia zaman moden.

Oleh itu, pada tahun 2000, sebuah syarikat dari Switzerland telah memulakan initiatif untuk memilih dan menyenaraikan 7 binaan yang layak dianggap sebagai keajaiban dunia zaman moden ini. Pemilihan tempat-tempat ini dilakukan dengan membuat undian di seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut merupakan 7 bangunan atau ciptaan yang dianggap sebagai keajaiban dunia zaman moden. Bagi yang berkemampuan dari segi kewangan, mungkin lokasi-lokasi ini boleh dimasukkan dalam "wishlist" tempat yang ingin dikunjungi.

1. Tembok Besar China

tembok besar china 806

Tembok Besar China terletak di kawasan Beijing dan dipercayai telah dibina sejak abad ke 7 lagi. Ianya telah dibina sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Ming sebagai tembok pertahanan bagi menangkis daripada serangan musuh. Selain itu, ia turut berfungsi mengawal laluan masuk berdagangan dan penghijrahan keluar masuk manusia.

Pembinaan tembok ini mengambil masa 2 millenia lamanya dan dianggarkan sepanjang 21,196 km. Tembok in dibina daripada batu dan tanah liat. Selain itu, satu perempat daripada tembok ini adalah tembok semulajadi yang terdiri daripada kawasan pergunungan.

2. Chichén Itzá

chich n itz

Chichén Itzá meruapakan sebuah bandar era tamadun Maya di Mexico yang namanya diambil daripada satu etnik Maya yang dikenali sebagai Itza. Kawasan ini mempunyai banyak kuil dan binaan monumen. Yang paling terkenal sekali adalah satu binaan yang dikenali sebagai "The  Castle".

Ianya adalah sebuah binaan berbentuk piramid dan dinding luarnya seperti tangga. Terdapat 365 anak tangga pada binaan ini, mewakili jumlah hari dalam setahun mengikut kalenda solar. Hal ini menunjukkan kemajuan zaman ini dalam bidang astronomi.

3. Bandar Petra

petra

Bandar Petra ini terletak di kawasan yang sekarang ini dikenali sebagai negara Jordan. Tapak arkeologi di Timur Tengah ini dipercayai "hilang" selama 5 abad sebelum ditemui oleh pengkaji sehingga ia digelar "Lost City". Bandar ini ditemui pada 1912 oleh sekumpulan ahli arkeologi.

Ianya dahulu merupakan penempatan bagi orang Nabate, suku kaum orang Arab yang terkenal dengan perdagangan rempah ratus. Perkataan "Petra" bermasksud batu dalam bahasa Greek, bersesuaian dengan kawasan ini kerana keseluruhan kawasan ini diukir pada batu pasir.

4. Machu Picchu

machu picchu

Machu Picchu merupakan tapak popular dimana kesan tinggalan zaman Tamadun Incan di Peru dapat dilihat. Disini, anda boleh melihat kesan tinggalan tapak teres, plaza dan kuil. Terletak di kawasan pergunungan Andes, akses ke sini adalah dengan berjalan kaki dan menaiki helikopter sahaja.

Ia dipercayai telah dibina pada 1450 AD dan diperbuat daripada batu gunung dengan dinding batu kering yang digilap. Ia secara tidak sengaja ditemui oleh Hiram Bingham, seorang penjelajah Amerika, apabila petani tempatan memberitahunya tentang kejadian runtuhan. Machu Picchu terletak di kawasan aktiviti seismik yang tinggi.

5. Christ the Redeemer

christ the redeemer

Terletak di Brazil, patung Christ the Redeemer adalah sebuah monumen sebagai simbol kepercayaan agama Kristian. Ia adalah patung yang amat besar berbentuk Jesus yang dibuat selepas Perang Dunia Pertama.

Patung ini mempunyai ketinggian 38 meter dan merupakan yang tertinggi di dunia. Bahagian ibu jarinya telah hilang akibat dipanah petir. Kawasan ini juga sering menjadi lokasi tumpuan pelancong yang datang Brazil.

6. Colosseum

colosseum

Terletak di Rom, Itali, Colosseum adalah amfiteater terbesar di dunia dan diperbuat daripada konkrit dan pasir.  Ia dibina pda zaman dinasti Flavia pada tahun 80 AD dan boleh menampung sehingga 5,000 penonton. Ia menganjurkan acara-acara seperti perlawanan gladiator dan memburu haiwan.

Jangan terkejut perlawanan yang melibatkan air juga boleh diadakan disini memandangkan air boleh dipam ke colosseum untuk menjadikannya seolah-olah satu kolam besar. Hari ini, binaan keajaiban dunia ini adalah tarikan pelancong yang popular dan berfungsi sebagai simbol ikon zaman Imperial Rom.

7. Taj Mahal

taj mahal 230

Dibina oleh Maharaja Mughal, Shah Jahan, ianya sebagai ingatan kepada isterinya yang ketiga, Noor Jahan, Taj Mahal adalah lambang cinta epik antara kedua pasangan ini. Terletak di Agra, India, monumen indah ini diperbuat daripada marmar putih, batu jasper dan kristal.

Pembinaan Taj Mahal disiapkan pada tahun 1632. Pembinaan kuil ini menelan belanja  $827 juta pada nilai hari ini. Pada tahun 1983, Taj Mahal diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. Hari ini, ia menarik 7 hingga 8 juta pengunjung tahunan setiap tahun.

Kredit:

  1. Daily Express
  2. Britannica Encyclopaedia
  3. World Atlas



Hakcipta iluminasi.com (2017)