Secara umumnya, kanak-kanak adalah golongan manusia yang belum mencapai akil baligh. Walau bagaimanapun, sesetengah negara mungkin mempunyai had umur atau definisi yang lebih spesifik apa yang dimaksudkan dengan seseorang kanak-kanak.

Peranan dan kepentingan golongan ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya kepada sesebuah negara. Bagi memelihara golongan ini, Malaysia telah meratifikasikan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak pada tahun 1995 yang memberi tumpuan kepada kebajikan, kelangsungan hidup, perlindungan dan penyertaan setiap kanak-kanak di Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi ibu bapa pula, mereka mempunyai tanggungjawab yang besar mendidik dan membentuk peribadi anak-anak mereka. Malangnya, tidak semua kanak-kanak dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak sebaya dengan mereka. Akibat dihimpit kemiskinan, konflik, masalah keluarga dan sebagainya, golongan ini menjadi mangsa perhambaan di zaman moden ini.

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi sedikit sebanyak contoh bagaimana golongan kanak-kanak dimanipulasi dan dilayan seperti golongan hamba pada masa kini.

1. Buruh kasar di kawasan perlombongan

pelombong kanak kanak

Aktiviti melombong boleh dikatakan antara pekerjaan yang sangat berisiko tinggi. Tempoh kerja yang panjang, penggunaan tenaga fizikal dan kawasan kerja yang merbahaya adalah antara perkara biasa yang perlu dihadapi oleh seseorang pelombong.

Malangnya, di sesetengah tempat di Afrika, Amerika Latin, Eropah dan Asia, kanak-kanak dipaksa bekerja di lombong-lombong haram. Seawal umur 5 tahun lagi, mereka sudah dikerah untuk bekerja di lombong dan hanya diberikan bayaran yang sangat sedikit.

Pendedahan kepada pekerja melombong seawal kanak-kanak ini bukan sahaja merbahaya, malah boleh membantutkan perkembangan fizikal dan mental golongan ini. Malangnya, lokasi lombong-lombong haram yang terpencil dan tersorok selain amalan rasuah menyebabkan kebanyakannya terlepas daripada perhatian pihak berkuasa.

2. Paksaan menganggotai pasukan tentera

askar kanak kanak

Paksaan terhadap kanak-kanak ke dalam pasukan tentera bukanlah sesuatu yang baru. Malah, kuasa besar seperti Amerika Syarikat sendiri pernah menghantar kanak-kanak pergi ke medan perang sewaktu zaman Perang Dunia dahulu. Malangnya, penggunaan kanak-kanak dalam peperangan masih lagi diamalkan terutamanya di kawasan-kawasan konflik yang masih berperang, contohnya sewaktu perang saudara di Sierra Leone.

Kanak-kanak biasanya diseludup masuk memandangkan mereka masih muda, bertenaga dan mudah diajar. Daripada kecil lagi, pemikiran mentah mereka akan dibasuh dengan idealogi-idealogi peperangan bagi meningkat semangat mereka.

Bagi kanak-kanak yang terperangkap dengan pihak musuh ketika peperangan, mereka akan dipaksa pula bekerja sebagai buruh paksa dalam sektor pembinaan dan pengangkutan. Walaupun masih mentah dalam pemikiran, mereka yang ditangkap oleh musuh akan dilayan seperti banduan dewasa yang lain.

3. Buruh paksa di ladang ganja

ladang dadah

Suatu ketika dahulu, akhbar Al-Jazeera pernah membuat pendedahan mengenai penyeludupan kanak-kanak daripada China dan Vietnam ke Great Britain untuk dijadikan buruh di ladang ganja. Kebanyakan ladang ini terletak di Scotland dan dikawal oleh gangster. Kanak-kanak ini ditipu dengan tawaran bekerja di Eropah tetapi sebaliknya diseludup sebagai buruh paksa.

Kanak-kanak seawal 13 tahun akan diletakkan di kawasan penanaman ganja yang terletak dalam bangunan yang tertutup dan di kawal rapi ini. Dikatakan sekitar 300 orang diseludup masuk setiap tahun bagi tujuan ini. Kanak-kanak ini biasanya akan dipaksa untuk bekerja bagi membayar hutang mereka dan diugut ahli keluarga mereka akan dibunuh sekiranya mereka cuba melarikan diri.

Kerajaan tempatan telah banyak kali menyerbu ke ladang-ladang ini. Malangnya, nasib kanak-kanak ini tidak dibela sebaliknya mereka juga ditangkap kerena didapati bersalah bekerja menanam ganja. Nasib mereka ini umpama bagai jatuh ditimpa tangga.

4. Buruh paksa dalam industri perkhidmatan

kuli bidang perkhidmatan

Pada tahun 2013, organisasi International Labour Organization (ILO) pernah mendedahkan serama 10.5 juta kanak-kanak dimana 71% daripadanya adalah perempuan telah diseluduh sebagai buruh paksa dalam industri perkhidmatan. Lebih mengejutkan, kanak-kanak ini juga diseludup seawal 5 tahun.

Kanak-kanak ini dipaksa masak, menjaga tanaman, membersih rumah dan melakukan segala kerja pembersihan di tempat mereka bekerja. Perkara ini berlaku di banyak negara termasuklah Amerika Syarikat. Dianggarkan 50,000 orang kanak-kanak dilayan seperti hamba dan buruh paksa di Amerika Syarikat dan sekitar 17,500 diseludup masuk ke negara itu setiap tahun.

Malangnya, eksploitasi seperti ini sukar dikesan. Sebagai contoh, satu kes dimana seorang kanak-kanak bernama Shyima yang telah diseludup oleh sepasang suami isteri ke California. Dia tidak dibayar gaji, dipaksa tidur di garaj, menjadi orang gaji dan sebagainya. DIseludup ketika masih kecil, ketika diselamatkan dia didapati tidak boleh membaca.

5. Buruh paksa di ladang koko

kanak kanak ladang koko

Industri coklat pernah gempar suatu ketika dahulu apabila pendedahan terdapat banyak pengeluar syarikat coklat gergasi mendapatkan sumber koko daripada ladang-ladang koko di Ivory Coast yang banyak menggunakan khidmat buruh paksa. Malah, pekerja di ladang-ladang ini begitu miskin sehingga mereka sendiri tidak pernah merasai rasa coklat yang dijual di pasaran.

Ghana dan Ivory Coast mengeluarkan 60% serbuk koko di dunia dan penggunaan kanak-kanak sebagai tenaga buruh sudah menjadi kebiasaan. Sebahagian besar daripada kanak-kanak ini diseludup masuk dan dipaksa bekerja di ladang-ladang ini. Dianggarkan 500,000 hamba kanak-kanak bekerja dalam industri ini.

Kanak-kanak yang diseludup masuk ini biasanya anak yatim dan gelandangan. Mereka diseludup dengan janji palsu bahawa kehidupan mereka akan lebih baik. Fizikal kanak-kanak ini yang masih kecil dan tempat kerja yang sangat mencabar menyebabkan mereka terdedah dengan pelbagai kecederaan.

Kredit:

  1. Al-Jazeera
  2. NBC News
  3. United Nations Human Rights
  4. The Telegraph
  5. CNN



Hakcipta iluminasi.com (2017)