Jambatan biasanya dibina untuk memudahkan manusia menuju ke suatu lokasi merentangi sungai, jalan dan lain-lain tanpa perlu melalui pusingan yang lebih jauh jaraknya. Kini, seiring dengan perkembangan teknologi dan pemodenan zaman, fungsi jambatan juga sudah berubah. Para arkitek bersaing untuk mewujudkan reka bentuk dan fungsi jambatan yang unik dan kreatif.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Disebabkan rekaan yang luar biasa, jambatan-jambatan berikut juga telah menjadi daya tarikan pelancong untuk melihat sendiri binaan ini dengan lebih dekat. Kami kongsikan 7 jambatan aneh yang boleh anda lawati jika berkunjung ke negara-negara ini:

1. Moses Bridge, Belanda

jambatan unik kreatif di seluruh dunia jambatan membelah sungai inspirasi nabi musa 2

Diinspirasikan daripada kisah Nabi Musa yang mampu membelah lautan, kerajaan Belanda telah mencipta jambatan yang unik ini. Kebiasaannya jambatan berada di atas sungai, namun jambatan yang terletak di Halsteren ini berada selari dengan permukaan sungai. Anda pasti akan teruja melintasi jambatan yang 'membelah' sungai.

jambatan unik kreatif di seluruh dunia jambatan membelah sungai inspirasi nabi musa

Material yang digunakan untuk membina jambatan ini ialah kayu accoya iaitu sejenis kayu khusus yang kalis air dan disaluti kerajang. Anda tidak perlu risau sekiranya air di kiri dan kanan jambatan melimpah kerana terdapat pam khas yang dapat menyesuaikan ketinggian sungai. Jambatan ini menjadi destinasi kegemaran pelancong yang berkunjung ke kompleks Fort de Rouvere di Belanda.

2. Zhangjiajie Glass Bridge, China

jambatan kaca zhangjiajie

Jika anda sukakan adrenalin, anda harus pergi ke China untuk melihat jambatan ini! Anda boleh menguji keberanian dengan berjalan di atas jambatan kaca yang menghubungkan dua tebing ini. Disebabkan lantainya yang diperbuat menggunakan kaca, anda dapat melihat pemandangan menggayatkan di bawah kaki secara langsung.

jambatan unik kreatif di seluruh dunia jambatan kaca zhangjiangjie china

Mula dibuka sejak Ogos 2016, jambatan kaca di Zhangjiajie ini berjaya menarik ribuan pelancong ke sini. Dibina sepanjang 430 meter dengan lebar 6 meter dan berketinggian 300 meter dari permukaan tanah, jambatan yang dibangunkan oleh Haim Dotan iaitu seorang arkitek dari Israel ini boleh menampung sehingga 800 orang pada satu-satu masa.

3. Jambatan Akar, India

jambatan unik kreatif di seluruh dunia jambatan akar india

Siapa sangka, di sebuah perkampungan kecil bernama Cherrapunji yang terletak di India, terdapat sebuah jambatan yang menakjubkan. Ia terhasil daripada akar pokok Ficus elastica iaitu sejenis pokok getah.

Kadar hujan yang tinggi menyebabkan banyak aliran air terbentuk di kampung ini. Ini memberikan idea kepada penduduk tempatan untuk membina jambatan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Mereka kemudian menggunakan kaedah istimewa suku Khasi dalam pembinaan jambatan semula jadi ini. Walaupun terhasil daripada akar pokok, ia cukup kuat untuk menampung sehingga 50 orang di atasnya.

4. Mur Island Bridge, Austria

jambatan unik kreatif di seluruh dunia mur island austria 2

Jika jambatan itu biasanya digunakan semata-mata untuk menyeberangi jalan, lain pula kisahnya dengan jambatan yang membahagi Sungai Mur di Austria ini. Di tengah-tengah jambatan ini anda boleh menemui satu lokasi istimewa untuk berjemur, minum kopi, menonton teater terbuka dan juga membawa anak anda bermain di kawasan permainan khusus untuk kanak-kanak.

jambatan unik kreatif di seluruh dunia mur island austria

Jambatan unik yang direka oleh arkitek dari New York, Vito Acconci ini berjaya menjadi tarikan pelancong yang datang ke pulau Aiola di Austria.

5. Animal Bridge, Canada

jambatan unik kreatif di seluruh dunia banff taman negara jambatan haiwan liar

Kebiasaannya jambatan dibina untuk kegunaan manusia, namun jambatan yang terletak di Taman Negara Banff, Kanada ini dibina khusus untuk makhluk lain. Jambatan pejalan kaki yang dibina spesifik untuk binatang liar di taman negara tersebut bertujuan untuk mengurangkan risiko haiwan dilanggar kenderaan di atas jalan raya. Idea pembinaan jambatan seumpama ini bermula di Perancis pada tahun 1950-an. Kini, banyak negara telah menggunapakai idea yang sama untuk memelihara keselamatan haiwan di negara masing-masing.

6. Rolling Bridge, England

jambatan unik kreatif di seluruh dunia rolling bridge london

Tahukah anda terdapat sebuah jambatan di England yang boleh digulung seperti permaidani? Jambatan unik yang direka oleh arkitek British, Thomas Heatherwick ini mula dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2004. Jambatan gulung ini dibina merentasi Grand Union Canal, Paddington Basin di London.

Saiz jambatan ini tidaklah terlalu besar kerana ia hanya digunakan oleh pejalan kaki. Pada setiap tengah hari Rabu, Jumaat dan Sabtu, jambatan sepanjang 12 meter ini akan bergulung untuk memberi laluan kepada pengguna di situ.

7. Magdeburg Water Bridge, Jerman

jambatan magdeburg german

Selain jambatan istimewa di Kanada untuk haiwan liar, di Jerman pula ada jambatan khusus untuk bot dan pengangkutan air. Magdeburg Water Bridge (Kanalbrücke Magdeburg) adalah jambatan yang dibina untuk memudahkan kapal yang ingin menyeberang ke Sungai Elbe. Jika sebelum ini kesemua kapal perlu bergerak sejauh 12 kilometer, kini masa perjalanan dipendekkan dengan adanya jambatan ini.

akueduk jambatan unik kreatif di seluruh dunia magdeburg jerman

Pembinaan jambatan ini telah bermula seawal 1930-an lagi. Walau bagaimanapun, setelah tercetusnya Perang Dunia Kedua, pembangunan itu dihentikan sehinggalah tahun 1997. Akhirnya, akueduk yang menelan belanja €501 juta ini berjaya dibuka pada tahun 2003.




Hakcipta iluminasi.com (2017)