jambatan tertinggi dunia 371

Kemajuan teknologi kejuruteraan sivil membolehkan manusia mencipta jambatan. Sedar atau tidak, jambatan merupakan salah satu ciptaan manusia yang memudahkan kita bergerak dengan lebih pantas dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Walaupun binaan ini hanyalah pendek, ada kalanya ia dapat menjimatkan berjam-jam masa perjalanan. Sebagai contoh, jambatan boleh menjadi alternatif kepada penggunaan pengangkutan air atau menjadi jalan pintas untuk melintasi sungai atau kawasan gaung.

Di Malaysia, jambatan Pulau Pinang adalah antara jambatan ikonik yang ada. Pernahkah anda tertanya-tanya, apakah jambatan tertinggi di dunia? Kali ini, kami ingin berkongsi 7 jambatan tertinggi di dunia.

7. Jambatan Baluarte - 390 meter

jambatan baluarte 778

Jambatan Baluarte merupakan sebuah jambatan di Mexico yang terletak di antara kawasan bandar Concordia di Sinaloa dan Pueblo Nuevo di Durango dan merupakkan sebahagian daripada lebuh raya Durango-Mazatlán, Mexico.

Jambatan ini mempunyai panjang keseluruhan 1124 meter dengan bahagian jalannya berada pada ketinggian 390 meter. Jika disusun berdasarkan kategori jambatan tertinggi dengan sokongan kabel, jambatan Baluarte berada pada kedudukan ketiga.

6. Jambatan Paip Hegigio Gorge - 393 meter

jambatan paip minyak

Dalam senarai ini, jambatan ini paling unik kerana ianya bukan dibina untuk kegunaan pengangkutan, sebaliknya menghubungkan paip bagi penyaluran minyak. Maka, tidak hairanlah jika dilihat daripada udara, hanya kelihatan seperti dawai yang melintasi gaung yang dalam. 

Dengan ketinggian 393 meter, jambatan ini berada pada kedudukan keenam tertinggi di dunia dan jambatan saluran paip tertinggi. Jambatan ini adalah jambatan gantung sepanjang 470 meter di atas Sungai Hegigio. Iadigunakan untuk mengangkut minyak petroleum dari pelantar minyak di Tenggara Mananda di kawasan dataran tinggi Selatan Papua New Guinea.

5. Jambatan Qingshui - 406 meter

jambatan qingshui

Jambatan Sungai Qingshui atau Jambatan Qingshuihe adalah jambatan gantung yang terletak di Guizhou, China. Jambatan ini berukuran 406 meter di atas Sungai Qingshuihe dan merupakan jambatan gantung ketiga tertinggi di dunia.

Ia juga merupakan salah satu jambatan terpanjang dengan jarak utama 1130 meter. Jambatan ini dibina untuk meningkatkan sistem pengangkutan di wilayah ini dan akan mempersingkat jarak perjalanan antara Weng'an dan Guiyang dari 160 km ke 38 km sahaja. Jambatan ini dibuka untuk lalu lintas pada 31 Disember 2015.

4. Jambatan Sungai Yachi - 434 meter

jambatan sungai yachi

Jambatan Sungai Yachi adalah jambatan dengan sokongan kabel yang terletak di Guizhou, China. Jambatan ini adalah yang keempat tertinggi di dunia. Ia juga merupakan salah satu jambatan kabel yang terpanjang dengan jaraknya 800 meter.

Jambatan ini disokong oleh 2 buah menara. Menara di bahagian barat setinggi 258.2 meter sementara menara di timur pula berketinggian 243.2 meter. Jambatan yang dibuka pada tahun 2016 ini melintasi Sungai Yachi antara Qianxi di Bijie dan Qingzhen di Guiyang.

3. Jambatan Puli - 485 meter

puli bridge

Jambatan Puli adalah sebuah jambatan gantung berhampiran Xuanwei, Qujing, China. Jambatan ini yang mempunyai ketinggian 485 meter berada pada kedudukan ketiga jambatan tertinggi di dunia.

Jambatan ini merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Hangzhou-Ruili G56 antara Liupanshui dan Xuanwei dan dibuka pada bulan Ogos 2015. Jambatan dan lebuh raya ini telah mengurangkan masa perjalanan dari Xuanwei ke sempadan Guizhou dari empat jam menjadi satu jam.

2. Jambatan Sungai Sidu - 496 meter

sidu river bridge

Jambatan Sungai Sidu adalah jambatan gantung sepanjang 1222 meter yang melintasi lembah Sungai Sidu berhampiran Yesanguan di Badong, Provinsi Hubei, China. Dengan ketinggian 296 meter, jambatan ini berada di tangga kedua dalam senarai ini. 

Jambatan sepanjang 1222 meter ini dibina dengan kos 720 juta (sekitar $1000 juta) dan dibuka kepada orang ramai pada November, 2009. Pemandangan di sekitar jambatan ini dengan keadaan geografi gunung-ganang menjadikannya tarikan pelancong untuk bergambar. 

1. Jambatan Duge - 565 meter

duge bridge 494

Dengan ketinggian 565 meter, jambatan Duge berada di tempat pertama dalam senarai ini. Jambatan Duge adalah jambatan dengan sokongan kabel yang terletak di sempadan antara wilayah Guizhou dan Yunnan.

Dibuka pada 2016, jambatan ini adalah yang tertinggi di dunia dengan kedudukan jalan setinggi 565 meter di atas Sungai Beipan. Jambatan ini adalah sebahagian dari Lebuhraya Hangzhou – Ruili G56 yang menghubungkan antara Qujing dan Liupanshui.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Science Alert


Hakcipta iluminasi.com (2017)