Pada masa kini, pendaftaran hak cipta untuk sesuatu idea atau ciptaan baru adalah perkara yang biasa didedangari. Pendaftaran hak cipta atau paten ini biasanya bertujuan untuk mengelakkan persaingan, mendapat pembayaran royalti dan banyak lagi.

Menariknya, sejak dahulu lagi sebenarnya ramai individu yang tidak mempatenkan ciptaan mereka kerana beranggapan ramai orang boleh mendapat manfaat daripada ciptaan mereka dalam kehidupan seharian. Tindakan mereka ini selayaknya dipuji kerana mereka tidak meletakkan duit sebagai keutamaan.

Harini, mari lihat beberapa barangan atau ciptaan yang digunakan kebanyakan dari kita dalam kehidupan seharian yang tidak dipatenkan. Bayangkan sekiranya ciptaan-ciptaan ini dipatenkan, kita mungkin perlu membayar harga yang tinggi semata-mata untuk menggunakan barangan ini.

1. John Walker - Mancis

pencipta mancis 508

John Walker menubuhkan perniagaan kecil sebagai ahli kimia dan pakar ubat pada tahun 1818, di 59 High Street, Stockton. Tidak lama kemudian beliau mendapat idea untuk mencipta satu alat untuk mendapatkan api dengan mudah untuk tujuan harian.

Walaupun sudah ada banyak formula kimia yang boleh menghasilkan api secara letupan, menghasilkan api kecil dan menghantarnya ke sekeping kayu untuk pembakaran perlahan terbukti. Namun, penemuan mancis dilakukan secara tidak sengaja akibat geseran yang berlaku di tempat kerjanya. 

Beliau tidak lama kemudian menyedari nilai praktikalnya dan mula mengeluarkan mancis yang disalut dengan sulfur dan campuran sulfida antimoni, klorat potash dan getah. Walaupun dinasihatkan untuk mempatenkannya, beliau tidak pernah mempatenkan ciptaannya bagi membolehkannya digunakan dan dihasilkan oleh sesiapa sahaja.

2. Daisuke Inoue - Mesin karaoke

sejarah karaoke 485

Daisuke Inoue ialah seorang ahli perniagaan Jepun yang pernah bermain dram di sekolah menengah. Apabila dia mendapati bahawa dia tidak begitu mahir dalam hal itu, dia mengambil alih pengurusan perniagaan kumpulannya. Kumpulan itu akan menyediakan muzik latar di kelab-kelab di mana ahli perniagaan akan ke atas pentas dan menyanyi.

Lalu lahirlah idea mesin karaoke, yang bermaksud "orkestra kosong" dalam bahasa Jepun. Jadi apabila beliau tidak dapat menghadiri kerja menghasilkan muzik sandaran untuk salah seorang pelanggannya, beliau akan merakam muzik dan menghantar pita kepada mereka untuk dimainkan itu.

3. Tim Berners-Lee - World Wide Web

pencipta internet 398

Tim Berners-Lee mengendalikan jabatan teknikal di John Poole's Image Computer Systems, Ltd, Bournemouth, Dorset, selama tiga tahun. Di sana beliau memperoleh pengalaman dalam rangkaian komputer semasa mengerjakan projek "“real-time remote procedure call”.

Pada tahun yang sama pada bulan Mac, beliau melihat peluang untuk menghubungkan idea hiperteks dengan internet, Protokol Kawalan Penghantaran (Transmission Control Protoco  - TCP) dan sistem nama domain dengan tepat, seterusnya membawa kepada kelahiran World Wide Web.

Pada tahun 1994, beliau mengasaskan W3C (World Wide Web Consortium) dan membuat ideanya tersedia secara bebas tanpa paten dan tanpa royalti supaya piawaian itu mudah diterima pakai oleh sesiapa sahaja. Atas jasanya kepada pembangunan internet global, beliau telah diberikan pingat dan dinaikkan pangkat daripada Officer of the Order of the British Empire  (OBE) kepada Order of the British Empire (KBE).

4. Catherine Hettinger - Fidget spinner

pencipta fidget spinner

Catherine Hettinger, seorang jurutera kimia, mencipta fidget spinner pada 1980-an sebagai cara untuk mengalih perhatian kanak-kanak. Sejak itu, mainan ini telah diterima dengan baik dan didakwa mempunyai kesan terapeutik terhadap kanak-kanak yang mempunyai ADD, ADHD, kebimbangan, dan autisme.

Ia juga menjadi kegemaran di kalangan kanak-kanak tanpa sebarang masalah ini menyebabkan ramai guru percaya ia tidak produktif dan merampasnya untuk mengelakkan gangguan semasa waktu kelas. Pada tahun 2005, patennya telah tamat tempoh tetapi malangnya tidak mampu membayar untuk pembaharuan lesennya.

5. Nils Bohlin - Tali pinggang keledar

sejarah tali pinggang keledar

Tali pinggang keledar 3-point yang digunakan di kesemua kenderaan kini pertama kali diperkenalkan oleh Volvo pada 1959 dan dibangunkan oleh Nils Bohlin. Tali pinggang keledar ciptaannya yang berbentuk Y ini mempunyai mekanisma menarik. Semasa perlanggaran, tali pinggang keledar berfungsi dengan menyebarkan tenaga badan yang bergerak ke atas dada, pelvis dan bahu, sekali gus mengurangkan kecederaan.

Kereta pertama yang dilengkapi dengan tali pinggang keledar ini ialah Volvo PV 544 dan kereta pertama yang menampilkannya sebagai item standard ialah Volvo 122. Selepas pembangunannya, Volvo tidak mendaftarkan paten untuknya untuk kepentingan keselamatan supaya ia boleh dmanfaatkan semua pengeluar kereta lain secara percuma.

6. Wes Cherry - Permainan Microsoft Solitaire

sejarah permainan microsoft solitaire

Microsoft Solitaire telah dibangunkan pada tahun 1989 oleh seorang intern bernama Wes Cherry. Permainan ini berdasarkan permainan kad dengan nama yang sama yang dikenali sebagai "Klondike".

Dari 1990, Microsoft memasukkan permainan ini sebagai sebahagian daripada barisan produk Windowsnya sejak Windows 3.0. Permainan ini bertujuan untuk menenangkan pengguna yang takut dengan antara muka pengguna grafik yang baru diperkenalkan dan untuk membantu mereka membiasakan diri dengan kawalan tetikus seperti teknik drag-and-drop yang diperlukan untuk mengalihkan kad.

7. Jonas Salk - Vaksin Polio

vaksin polio 239

iklan

Semasa mengusahakan projek untuk Yayasan Kebangsaan untuk Kelumpuhan Infantil untuk mengkaji jenis virus polio pada tahun 1948, Jonas Salk melihat peluang untuk melanjutkannya ke arah pembangunan vaksin Polio. Dalam tempoh 7 tahun berikutnya, beliau berusaha membangunkan vaksin itu dan menjelang 1955, beliau menjalankan ujian lapangan yang berjaya di mana lebih 1.8 juta murid sekolah mengambil bahagian.

Apabila penemuan itu diumumkan pada 12 April 1955, beberapa negara mula merancang kempen imunisasi polio. Beliau tidak pernah mempatenkan penemuannya dan apabila ditanya siapa pemilik paten itu, beliau hanya menjawab vaksin itu adalah hak milik setiap manusia. 

Kredit:

  1. Web Foundation
  2. The Guardian
  3. FORBES
  4. The Verge
  5. Wikipedia


Hakcipta iluminasi.com (2017)