Oleh pada 03 Jul 2017 kategori

Jika anda seorang yang meminati aktiviti memancing, anda mungkin lebih mengetahui mengenai pelbagai jenis spesis ikan yang terdapat di dalam laut dan sungai. Biasanya, kebanyakan daripada kita hanya mengetahui spesis ikan yang kita makan dalam kehidupan seharian sahaja, tidak lebih daripada itu. Para saintis menjelaskan bahawa sehingga tahun 2010, terdapat lebih daripada 2 juta spesis hidupan laut, yang mana 15,304 daripadanya adalah ikan.

Dan di antara spesis ikan ini, terdapat ikan yang sangat merbahaya dan berpotensi membunuh, antaranya adalah ikan jerung. Masih terdapat banyak lagi jenis ikan yang sangat merbahaya di dalam laut yang tidak kita ketahui. iluminasi.com ingin berkongsi 7 spesis ikan yang paling merbahaya di dalam lautan dan sungai.

7. Blowfish (Ikan buntal)

blowfish

Kebanyakan daripada kita mengenali ikan ini. Ikan yang bukan sahaja dijumpai di perairan tropika dan subtropika tetapi juga air tawar dan paya, merupakan karnivor. Ciri pertahanan diri yang ada pada ikan buntal daripada pemangsa adalah keupayaan untuk mengembangkan badan, dan ini dapat menakutkan ikan lain. Dipercayai merupakan vertebrata kedua paling beracun di dunia selepas katak racun emas. Walaupun kelihatan comel, kulit dan juga duri-duri ikan ini mengandungi racun 1200 kali ganda daripada cyanide ketika mengembang yang boleh membunuh sehingga 30 manusia, membuatkan ia antara ikan paling berbahaya di dunia.

6. Viperfish

viperfish

Sekali pandang pun memang dah nampak keganasan dan bahaya pada ikan ini, namun memang sukar untuk ditemui kerana ia biasanya tinggal di kawasan yang sangat dalam sedalam 2800 meter. Walaupun bersaiz kecil, maksima 30 sentimeter namun ia amat berbahaya dan agresif kerana rahangnya mempunyai taring yang sangat tajam. Menurut saintis, ia merupakan satu daripada empat populasi hidupan laut. Jika anda berpeluang untuk berhadapan dengan ikan ini, risiko untuk anda diserang adalah sangat tinggi.

5. Stonefish 

stonefish

Merupakan sejenis ikan yang agak pemalu, namun antara yang paling beracun di dunia. Biasanya hidup di laut Pasifik dan laut India, ia mendapat namanya disebabkan rupa bentuknya yang menyerupai batu. Sirip-siripnya yang berduri mempunyai racun yang sangat kuat dan boleh membunuh manusia yang menyentuhnya. Apa yang lebih bahaya adalah rupanya yang sukar untuk dilihat itu membuatkan anda boleh terpijak haiwan ini dan menyebabkan anda disengat.

4. Anglerfish

anglerfish

Spesis yang biasanya dijumpai di laut dalam Atlantik dan Antartik ini bukan sahaja antara ikan yang paling berbahaya di dunia tetapi juga paling hodoh di dunia. Namanya "angler fish" digelar oleh kerana cara ikan ini yang amat bijak untuk mengumpan mangsanya dengan menarik perhatian mereka oleh cahaya yang dipancarkan daripada bahagian atas kepalanya. Ia mempunyai kebolehan untuk membuka mulutnya dengan besar untuk memakan haiwan lain yang lebih besar daripadanya. Walaupun merbahaya di lautan, ia amat digemari oleh orang Korea dan Jepun dalam hidangan makanan mereka.

3. Barracuda

barracuda

Ikan yang bertaring sangat tajam dan boleh membesar sepanjang 45 sentimeter ini biasanya dijumpai di laut tropika terutamanya Laut Carribean. Tergolong dalam karnivor laut dalam, apa yang membuatkan ikan ini bahaya adalah kebolehannya untuk memecut dengan kelajuan 90 kilometer sejam dengan hanya menggerakkan ekornya dan memangsa haiwan laut lain dengan pantas. Ia masih berbahaya kepada manusia dan akan menyerang manusia walaupun tidak masuk dalam pemakanan haiwan berbahaya ini.

2. The Goliath tigerfish

the goliath tigerfish

Ikan ini mempunyai rahang menyerupai buaya dan sangat kuat serta boleh mencapai satu setengah merta dengan berat 54 kilogram. Jika dilihat pada rupanya sahaja anda sudah boleh tahu akan bahayanya ikan ini, dan namanya diberi gelaran "tiger" kerana ikan ini merupakan spesis yang sangat ganas dan menakutkan. Merupakan jenis terbesar dalam keluarga tigerfish. Walaupun sangat berbahaya tetapi ia amat jarang dijumpai membuatkan ia tidak berada di nombor satu senarai ini.

1. Piranha

piranha

Ikan yang sememangnya diketahui seluruk pelusuk dunia mengenai keganasannya iaitu ikan Piranha. Tiada siapa yang boleh menyangkal kedudukan ikan ini untuk berada di tangga pertama ikan paling berbahaya di dunia. Mempunyai di antara 40 hingga 60 spesis. Walaupun bertubuh kecil sebesar tapak tangan, dengan gigi yang sangat tajam, rahang yang sangat kuat serta pergerakan yang terlalu pantas, 300 ekor Piranha boleh melenyapkan segala isi pada tubuh manusia seberat 80 kilogram hanya dalam masa 5 minit. Boleh dijumpai dalam sungai air tawar di sekitar sungai Amerika Selatan seperti Amazon, Bolivia, Colombia dan banyak lagi. Kami sertakan video di mana seorang remaja di Amerika Selatan yang dipercayai telah dimakan oleh ikan pemangsa ini, bagi yang tidak kuat semangat diharap jangan menonton.

Rujukan :

1. Seasky

2. Hubpages

3. Strange list


tags : , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)