david beckham dan keluarga

David dan Victoria Beckham mungkin tidak dahagakan publisiti seperti keluarga Kardashian, tetapi mereka tidak keberatan dalam membiarkan orang ramai tahu apa yang mereka lakukan dengan kekayaan mereka yang tidak terhingga.

Tak ada apa yang salah tentang membelanjakan wang yang anda perolehi dengan kerja keras terhadap apa saja yang anda ingini. Namun apabila anda membelanjakan sejumlah wang yang besar, sudah tentu anda akan menjadi tumpuan. 

Menurut sumber, bekas kapten pasukan Manchester United dan England ini memiliki kekayaan mencecah RM1.4 bilion. Dan dengan wang sebanyak ini, anda pasti boleh membayangkan bagaimana perbelanjaan beliau.

iluminasi.com kongsikan 7 harta paling mahal dan mewah yang dimiliki  oleh David Beckham.

7. Potongan rambut - RM24,500

potongan rambut david beckham mahal

Selepas David Beckham bersara dari dunia bola sepak, beliau memanfaatkan namanya dan terus berusaha menjana pendapatan melalui penajaan yang mana menjadi pilihan ramai atlet untuk mengekalkan pendapatan yang tinggi.

Atas sebab ini, Brylcreem memerlukan Beckham untuk memotong rambutnya, agar dapat mempromosikan krim rambut sebagai produk untuk lelaki moden yang anggun, sporty, dan pintar, dengan berkesan.

Untuk mencapai apa sahaja yang mereka kehendaki, Beckham membelanjakan RM24,5000 untuk satu potongan rambut.

Jumlah ini tersangat tinggi sehinggakan membolehkan anda membeli sebuah kereta terpakai dan masih memiliki wang baki untuk mengisi minyak selama beberapa bulan.

Walaupun bayaran daripada Brylcreem membuatkan harga potongan rambut ini kelihatan seperti kecil, namun ia tetap tersangat mahal bagi satu sesi potongan rambut.

6. Jam tangan Patek Philippe Celestial - RM1 juta

jam david beckham rm1 juta

Dengan semua peranti yang wujud pada hari ini membolehkan anda mengetahui waktu, anda mungkin tidak tergoda untuk menghabiskan wang yang banyak untuk membeli jam tangan.

Walau bagaimanapun, orang seperti David Beckham adalah istimewa kerana perbelanjaan beliau tidak dapat diramal seperti kebanyakan daripada kita.

Beckham sangat menggemari jam tangan berjenama yang mahal dan telah menjadi pengumpul selama bertahun-tahun, namun seutas jam tangan yang menarik perhatian semua orang adalah Patek Philippe Celestial dengan badannya yang diperbuat daripada platinum dan paparan yang megah.

Jam tangan ini, bergantung kepada peruncit, menelan kos sekitar RM1.02 juta, harga yang tak masuk akal untuk hanya memberitahu waktu kepada anda.

Penghasilan jam ini mengambil masa beberapa bulan, membuatkannya menjadi antara salah satu jam paling jarang dan mahal yang pernah dihasilkan.

5. Mahligai mewah Dubai - RM28.6 juta

rumah beckham di dubai

Salah satu Dubai menjadi begitu hebat adalah betapa menariknya bandar ini kepada pelancong dan pelabur asing.

David dan Victoria adalah jenis orang yang tertarik dengan Dubai disebabkan mereka mempunyai kuasa untuk membeli apa sahaja yang mereka mahu. 

Pada tahun 2009, mereka membeli apartment mewah di Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia dengan harga RM28.6 juta.

Apartment ini mempunyai tujuh bilik tidur, dua bilik mandi besar, sebuah dapur yang mewah dan mempunyai akses ke gim serta dek tontonan.

Mereka juga memiliki sebuah vila mewah di Palm Jumeirah Island yang berbentuk pohon, sebuah pulau buatan manusia di pantai Dubai, yang dibeli dengan harga RM6.5 juta.

4. Koleksi kereta mewah - RM21.3 juta 

koleksi kereta mewah david beckham

Adalah menjadi perkara biasa bagi bintang bola sepak terhebat di dunia memiliki koleksi kereta mewah kegemaran mereka. Dan David Beckham tidak terkecuali.

Dengan kekayaannya yang melimpah ruah, garaj kereta Beckham dipenuhi kereta-kereta seperti Rolls-Royce Phantom, Bentley Continental SuperSport, Bentley Mulsanne, Rolls-Royce Ghost, Audi R8,Range Rover Evoque, Hummer H2 dan banyak lagi.

Koleksi kereta mewah ini mencecah RM21.3 juta.

3. Mahligai di Los Angeles - RM135 juta

mahligai los angeles david beckham

David Beckham mungkin telah bersara beberapa tahun lalu, tetapi tiada siapa yang boleh sangkal bahawa beliau adalah salah seorang pemain bola sepak terbaik England sepanjang zaman, apatah lagi untuk kelab yang diwakilinya.

Walaupun beliau bermain untuk 6 pasukan yang berbeza sepanjang kerjaya seniornya, Beckham memperolehi kejayaannya yang besar melalui Manchester United dan digambarkan sebagai bintang bola sepak hebat ketika beliau sedang bersiap sedia bagi bermain untuk L.A. Galaxy.

Sebaik sahaja David Beckham berpindah ke Amerika Syarikat, beliau dan isteri membeli rumah dengan harga RM135 juta di Beverly Hills.

Pasangan ini tinggal di Los Angeles selama bertahun-tahun dengan anak-anak mereka. Pada satu ketika pada tahun 2016, mereka mencari pembeli rumah ini.

David dan Victoria Beckham mahu menjualnya kerana mereka menganggap rumah mewah 13,000 kaki persegi dengan kolam renang dan pemandangan yang menakjubkan ini terlalu kecil disebabkan tidak ada ruang untuk bermain bola sepak di sana.

2 . Koleksi seni moden - RM177 juta

koleksi seni moden david beckham

Ramai orang kaya sangat menghargai seni, dan oleh kerana David Beckham termasuk dalam kategori ini, beliau jelas sekali sangat menggemari koleksi seni.

Selama bertahun-tahun, David dan Victoria mereka telah mengumpul karya seni, yang kini bernilai lebih daripada RM177 juta.

Pasangan ini boleh digelarkan sebagai penggerak dunia seni London kerana mereka penyokong besar seni British yang proaktif. Mereka telah membeli seni dari nama-nama yang sangat terkenal dalam dunia seni, serta pendatang baru yang relatif.

Dengan ini, David dan Victoria mempunyai koleksi yang digelarkan sebagai "tidak ternilai". Antara koleksi yang dimiliki oleh pasangan ini adalah karya seni Damien Hirst, Sam Taylor Wood, Banksy, Dinos Chapman, dan Tracey Emin.

Kebanyakan daripada karya seni ini dibeli daripada galeri The White Cube di London.

1. Mahligai di London - RM180 juta

mahligai london david beckham 854

Apabila David dan Victoria Beckham sedang mencari rumah yang akan memenuhi keperluan mereka, pasangan ini membeli sebuah rumah di London, yang boleh dirujuk sebagai Istana Beckingham.

Segala-galanya mengenai rumah ini adalah luar biasa dan  menelan kos sebanyak RM180 juta.

Beberapa perkara yang menakjubkan yang boleh ditemui di rumah ini termasuklah dapur moden yang indah, beberapa bilik mandi, sofa mewah, karya seni yang sangat mahal dan pelbagai kemudahan lain.

Rumah ini adalah salah satu barangan yang paling mahal yang pernah dibeli oleh pasangan ini.



Hakcipta iluminasi.com (2017)