Dalam dunia haiwan, membiak tanpa mengawan merupakan perkara yang biasa. Terdapat istilah popular yang digunakan untuk merujuk kepada fenomena ini, iaitu parthenogenesis.

haiwan yang tidak melakukan seks untuk membiak

BESARKAN TEKS     A-  A+

Haiwan yang tergolong dalam golongan parthenogenesis mampu membiak tanpa bantuan haiwan jantan. iluminasi.com kongsikan antara 7 haiwan yang mampu membiak secara aseksual atau parthenogenesis.

1. Ular Boa Constrictor

ular boa constrictor

Parthenogenesis atau pembiakan dari ovum tanpa persenyawaan bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia ular. Sangat diketahui bahawa banyak spesis ular terutama betina mampu bertelur tanpa mengawan dengan ular jantan.

Namun, ketika parthenogenesis pertama berlaku, ia telah mengejutkan ramai orang. Persenyawaan seperti ini pertama kali berlaku pada ular pada tahun 2010 di mana ular boa constrictor menjadi yang pertama berjaya membiak dengan cara ini.

Ular boa ini ditempatkan dalam kandang yang penuh dengan ular jantan. Ajaibnya, ular ini bukan melahirkan seekor anak tetapi 2 ekor.

2. Lebah madu Cape

lebah madu cape

Menurut sumber, terdapat kira-kira 20,000 spesis lebah madu yang boleh ditemui di beberapa buah negara di dunia. Kebanyakan daripada spesis lebah madu ini membiak secara normal di mana lebah jantan mengawan dengan lebah betina.

Lebah madu Cape adalah satu-satunya spesis lebah madu yang diketahui mampu membiak tanpa bantuan lebah jantan. Lebah ini biasanya ditemui di Afrika Selatan dan ia membiak dengan teknik yang dikenali sebagai theltyoki. 

Dan apabila telur-telur tersebut menetas, kesemua lebah-lebah yang lahir adalah lebah betina.

3. Cicak New Mexico Whiptail

cicak new mexico whiptail

Banyak haiwan invertebrata atau tak bertulang belakang sememangnya diketahui mampu membiak dengan cara parthenogenesis. Namun adalah jarang bagi haiwan bertulang belakang untuk membiak dengan cara ini, seperti yang berlaku kepada Cicak New Mexico Whiptail.

Fakta menarik mengenai haiwan ini adalah kesemua cicak ini adalah betina, bermakna tiada langsung cicak jantan. Ia pernah dikacuk dengan cicak Striped Whiptail dan Western Whiptail.

Malangnya, cicak jantan yang dilahirkan tidak berada dalam kesihatan yang baik. Namun, ketiadaan cicak jantan tidak membuatkan populasi cicak New Mexico Whiptail pupus.

Cicak betina mampu bertelur dengan jumlah maksimum sebanyak 4 telur dan sudah tentu ia menetaskan telurnya sendiri.

4. Ayam belanda

ayam belanda

Bagi mereka yang pernah memakan daging ayam belanda pasti tahu keenakannya. Ayam belanda tersangat popular di Barat ketika Hari Kesyukuran atau Thanksgiving di mana ia menjadi hidangan utama.

Akan tetapi, ramai orang yang tak tahu bahawa ayam belanda tergolong dalam golongan haiwan yang boleh membiak tanpa mengawan.

Ya, bukan rupa spesis ini sahaja yang unik tetapi juga cara membiak. Walaupun ayam belanda ditempatkan di dalam kandang yang mempunyai ayam jantan, namun ayam betina sebenarnya bertelur lebih kerap jika dipisahkan daripada ayam jantan.

Di hutan, ini jarang berlaku namun terdapat populasi yang membiak secara parthenogenesis.

5. Jerung zebra

jerung zebra

Ikan jerung merupakan antara ikan yang paling banyak dibualkan. Seluruh dunia kini menunjukkan keprihatinan terhadap populasi jerung yang semakin terancam disebabkan pemburuan yang terlalu kerap.

Sirip ikan ini merupakan bahagian yang paling menjadi sasaran manusia kerana dipercayai mempunyai rasa yang sangat enak dan manfaat kesihatan.

Terdapat pelbagai spesis jerung di laut namun terdapat satu spesis yang lebih menonjol daripada yang lain, iaitu jerung Zebra. Spesis ini tersangat unik kerana ia boleh membiak secara aseksual.

Para penyelidik sudah lama mempunyai rasa ingin tahu terhadap jerung ini, yang mana kebanyakan daripadanya adalah betina. 

6. Kalajengking Walnut Gulch

kalajengking walnut gulch

Haiwan seterusnya yang mampu membiak tanpa mengawan adalah kalajengking. Tak semua kalajengking mampu melakukannya, namun sesetengah spesis seperti kalajengking Walnut Gulch merupakan salah satu daripadanya.

Spesis ini mampu meneruskan keturunannya tanpa melakukan sentuhan dengan jantina bertentangan.

Kalajengking Walnut Gulch adalah spesis yang banyak ditemui di Selatan Arizona. Ia mempunyai tubuh coklat kemerahan daripada bahagian kepala sehingga ke perut.

Menurut jurnal Euscorpuis, terdapat 187 spesismen kalajengking dalam keluarga Vaejovidae yang mana kebanyakannya adalah betina. 

Setelah dikaji, kalajengkin ini mempunyai bakteria yang dikenali sebagai Wolbachia yang boleh mencetuskan feminisasi dalam keluarga artropod.

7. Komodo

komodo

Komodo adalah spesis cicak yang paling besar di dunia. Ia boleh ditemui di pulau di Komodo, di Nusa Tenggara Timur. Menurut penyelidik, komodo dianggap sebagai reptilia purba yang sepatutnya sudah pupus dari muka Bumi.

Haiwan ini mampu membesar sehingga 3 meter panjang dan 70 kilogram. Komodo memiliki kekuatan yang menakjubkan dan mampu menjadikan haiwan bersaiz besar seperti khinzir dan rusa dengan mudah.

Malah, komodo juga boleh menjadikan manusia sebagai mangsa. Dikurniakan dengan gigitan berbisa, komodo telah mengejutkan seluruh dunia pada tahun 2005.

komodo 2

Pada tahun tersebut, komodo pertama kalinya diketahui sebagai salah satu spesis yang tergolong sebagai haiwan partenogenesis. 

Ini bermakna, ia mampu membiak tanpa perlu mengawan. Hal ini berlaku apabila sekumpulan komodo yang terdapat di zoo di London mampu bertelur tanpa berlaku apa-apa sentuhan dengan komodo jantan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)