Purata kekuatan gigitan manusia ialah 162 paun per inci persegi (PSI). Bagaimana pula dengan kekuatan gigitan haiwan sehingga sesetengah daripadanya begitu kuat sehingga mampu membunuh mangsanya?

Daya gigitan haiwan sebahagian besarnya bergantung pada otot rahang, serta tulang rahang dan luas permukaan gigi, tetapi ia juga bergantung pada saiz haiwan/mangsa mereka. Kerana daya dalam otot bergantung pada berapa banyak ia diregangkan, daya gigitan haiwan bergantung pada saiz apa yang digigitnya, menurut kajian dari Universiti Brown.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Daya gigitan diukur dalam paun per inci persegi atau psi. Lebih tepat lagi, ia adalah daya paun bagi setiap inci persegi, kerana ia adalah tekanan daripada daya satu paun, digunakan pada kawasan seluas satu inci persegi (6.5 sentimeter persegi). Dalam erti kata lain, tekanan yang diberikan haiwan itu terhadap makanannya itu mangsanya.

Kali ini, mari lihat senarai 7 haiwan yang mempunyai daya gigittan yang paling kuat.

7. Gorilla

gigitan gorilla

Gorilla mempunyai daya gigitan purata sekitar 1,300 psi. Kekuatan gigitannya ini biasanya dimanfaatkan untuk mengunyah ranting-ranting keras dan dan mengoyak kulit pokok. 

Walaupun gigitannya kuat, gorila kebanyakannya vegetarian. Mereka menggunakan rahang kuat mereka untuk menanggalkan kulit, pertama dari pokok, kemudian untuk pokok seperti Milicia, untuk memisahkan kulit luar (yang dibuang) dari kulit dalam yang manis.

6. Bull Shark (Carcharhinus leucas)

bull shark

Ikan jerung spesis Bull Shark (Carcharhinus leucas) mempunyai daya gigitan purata sekitar 1,350 psi. Bull shark mempunyai lebih banyak gigi berbanding spesies jerung lain, sehingga 350 gigi pada satu-satu masa. Mulut jerung berfungsi seperti tali pinggang penghantar (conveyer belt).

Apabila gigi tua yang terletak dekat dengan tepi rahang gugur, gigi dari barisan di belakang bergerak ke hadapan untuk menggantikannya. Ini bermakna Bull Shark mempunyai keseluruhan sehingga 50,000 gigi dalam seumur hidup! Tidak hairanlah gigi jerun merupakan satu penemuan biasa fosil haiwan ini.

5. Jaguar

jaguar

Jaguar mempunyai daya gigitan purata sekitar 1,500 psi. Kuasa gigitan sekuat ini membolehkannya memotong kulit berperisai buaya, cengkerang kura-kura dan labi-labi dan menghancurkan tulang manngsa. 

Sbagai haiwan pemburu oportunistik, jaguar akan memburu apa sahaja haiwan yang boleh dijadikan santapannya. Dengan satu gigitan kuat di belakang tengkorak, mereka boleh mengalahkan dan membunuh haiwan sehingga empat kali ganda berat mereka sendiri.

4. Badak air

badak air 509

Badak mempunyai daya gigitan purata sekitar 1,800 psi. Haiwan yang hidup di bahagian sub-sahara Afrika ini menggunakan daya gigitannya yang kuat ini sebagai perlindungan kepada haiwan pemangsa yang lain dan perlindungan daripada serangan badak air yang lain. 

Badak air mempunyai mulut terbesar dan gigi terbesar daripada mana-mana mamalia darat dan gigi taring haiwan ini biasanya berukuran 71cm dan terus membesar. Gigi taring terbesar yang pernah direkodkan untuk seekor badak air adalah sepanjang 122cm!

3. Alligator Amerika

alligator amerika

Alligator atau buaya Amerika mempunyai purata kekuatan gigitan 2,125 psi. Cengkaman dari gigitannya ini membantunya membunuh mangsa dengan pantas melalui serangan hendap. Namun, ianya tidaklah sekuat gigitan buaya air masin.

Sebagai pemangsa oportunistik, buaya akan menunggu mangsa yang paling mudah. Daripada ular, ikan dan penyu kepada mamalia dan amfibia, malah serangga, mereka tidak cerewet. Penyelidik dari Florida State University mendapati bahawa gigitan buaya boleh mengangkat trak kecil.

2. Buaya air masin

buaya air masin

Spesis buaya air masing mempunyai purata kekuatan gigitan 3,700 psi. Haiwan yang biasa ditemui di India, Asia Tenggara dan Australia ini biasanya akan membaham mangsanya sebelum memusingkan badannya untuk membunuh mangsanya. Buaya air masin, atau 'saltie' seperti yang paling dikenali di Australia, ialah reptilia (hidup) terbesar di dunia.

Buaya hantan boleh membesar sehingga 7 meter panjang dan berat sekitar 1,000kg, dengan betina lebih kecil sedikit. Haiwan ini memburu dengan menyerang hendap mangsa mereka dengan ganas. Mereka sering dirujuk sebagai 'fosil hidup' dan sebahagian besarnya kekal tidak berubah dalam 100 juta tahun.

1. Buaya Nil

buaya nil 996

Berada di tempat pertama dalam senarai ini adalah buaya Nil yang boleh ditemui di kawasan sub-Sahara Afrika yang mempunyai kuasa gigitan sekitar 5,000 psi. Kuasa gigitan sekuat ini membantunya menggigit dan menghancurkan tulang mangsanya, sebelum mangsa ditelan bulat-bulat.

Walaupun buaya Nil lebih kecil daripada buaya air masin, mereka berada di bahagian atas carta untuk gigitan paling berkuasa. Agresif dan sangat teritorial, buaya Nil akan mengalahkan mana-mana mangsa yang berani datang berhampiran air. Diet utama haiwan ini walaubagaimanapun hanya ikan.

Kredit:

  1. Science Focus
  2. ThoughtCo



Hakcipta iluminasi.com (2017)