Tahap pendengaran manusia bergantung kepada tahap bunyi dan frekuensi julat pendengaran. Tahap bunyi biasanya diukur dalam unit decibel (dB) sementara frekuensi julat pendengaran pula diukur dalam unit hertz (Hz).

Percakapan manusia biasanya berada pada tahap bunyi 60 dB. Bagi manusia, tahap bunyi melebihi 85 dB adalah merbahaya kepada telinga. Pada tahap bunyi 120 dB, telinga akan mulai rasa sakit. Pada tahap bunyi 150 dB pula, gegendang telinga berkemungkinan pecah.

Secara purata, seorang manusia mampu mendengar bunyi dalam julat frekuensi 20 Hz hingga 200 Hz. Bunyi yang dihasilkan berada di luar julat frekuensi ini tidak dapat didengari oleh manusia. Sebagai contoh, manusia tidak dapat mendengar bunyi wisel yang dihasilkan oleh anjing kerana frekuensi bunyi yang dihasilkan itu berada di luar frekuensi yang dapat didengari oleh manusia. Bagi anjing lain, mereka dapat mendengarnya dan memahaminya.

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi senarai 5 haiwan darat yang menghasilkan bunyi paling bising. Diharapkan pembaca tidak terkeliru dimana senarai ini disusun berdasarkan tahap bunyi paling bising yang dihasilkan (dB) dan bukannya frekuensi bunyi yang dihasilkan (Hz).

5. Gajah Laut Utara - 126 dB

gajah laut utara

Gajah laut atau dikenali sebagai anjing laut gajah merupakan spesis terbesar anjing laut. Secara umumnya, terdapat 2 spesis gajah laut iaitu Gajah laut Utara (M. angustirostris) dan Gajah laut Selatan (M. leonina). Gajah laut utara hidup di bahagian utara Lautan Pasifik dan rupanya dapat dikenalpasti melalui hidungnya yang besar dan menonjol seolah-olah belalai gajah.

Gajah laut utara mampu menghasilkan bunyi sekuat 126 dB. Haiwan ini biasanya hidup berkumpulan dan bunyi yang dihasilkan juga unik bagi mengenalpasti setiap ahli kumpulan. Secara purata, jangka hayat anjing laut jantan adalah 20 tahun manakalan betina 23 tahun.

4. Moluccan Cockatoo - 129 dB

moluccan cockatoo

Moluccan Cockatoo merupakan burung dari spesis keluarga burung nuri. Burung ini hidup secara semulajadi di kawasan Timur Indonesia dan banyak dijadikan haiwan peliharaan oleh peminat burung. Burung ini mudah dikenalpasti dimana sebahagian besar badannya berwarna putih.

Burung ini dikategorikan sebagai burung bersaiz sederhana dan mampu mencapai ketinggian antara 46–52 sm dan berat 850 gram. Kebanyakan pemilik haiwan ini akan mengadu mempunyai masalah pendengaran memandangkan bunyi bising yang sering dihasilkan haiwan ini. Bunyi bising yang dihasilkan mampu mencapai 129 dB dan bunyi ini dapat didengari dari jarak 8 km.

3. Kakapo - 132 dB

burung kakapo

Kakapo adalah salah satu spesis dalam keluarga burung Nuri. Ianya mampu menghasilkan bunyi pada tahap 132 dB dan ini menjadikannya sebagai burung paling bising di muka bumi. Dengan tahap bunyi ini, ianya mampu didengari dari jarak kira-kira 6.4 km. 

Kakapo adalah burung yang unik. Ianya adalah burung nokturnal, iaitu burung yang aktif pada waku malam. Burung ini adalah antara beberapa jenis burung yang tidak mampu terbang dan jangka hayatnya boleh mencecah 90 tahun. Burung ini hidup di New Zealand dan diancam kepupusan dimana dianggarkan jumlah burung ini yang hidup liar adalah kurang 150 ekor.

2. Kelawar Bulldog - 137 dB

greater bulldog bat

Kelawar spesis bulldog ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Noctilio leporinus. Haiwan ini mampu menghasilkan bunyi pada tahap 137 dB. Walau bagaimanapun, bunyi yang dihasilkan ini tidak dapat didengari oleh telinga manusia memandangkan bunyi yang dihasilkan berada di luar frekuensi bunyi yang mampu didengari manusia.

Walau bagaimanapun, dengan bantuan teknologi, manusia dapat mengesan bunyi ini. Dengan tahap bunyi 137 dB, bunyi ini sangat menyakitkan telinga. Kelawar merupakan haiwan yang menggunakan bunyi untuk mengesan halangan di hadapannya dan menggunakannya untuk memburu makanan.

1. Monyet Howler - 140 dB

monyet howler

Berada dalam senarai teratas haiwan darat yang menghasilkan bunyi paling bising di dunia adalah monyet spesis Howler. Kita di Malaysia mungkin jarang mengetahui akan spesis ini kerana monyet ini hanya boleh didapati di kawasan hutan Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

Menurut rekod, bunyi yang dihasilkan oleh monyet ini boleh mencapai maksimum  140 dB. Pada tahap ini, bunyi yang dihasilkan ini dapat didengari dari jarak kira-kira 5 km. Monyet Howler tinggal secara berkumpulan antara 6 hingga 15 ekor dalam setiap kumpulan. Mereka akan melolong dengan kuat untuk memberi amaran kepada ahli kumpulannya sekiranya terdapat pemangsa yang menghampiri kumpulan mereka.

Kredit:

  1. Active Wild

tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)