Dalam dunia moden masa kini, jenis pembesar suara yang paling biasa digunakan ialah pembesar suara dinamik. Peranti ini mungkin biasa pada hari ini, tetapi ciptaan pembesar suara ini merupakan satu ciptaan hebat apabila Edward W. Kellogg dan Chester W. Rice mencipta yang pertama pada tahun 1925.

Walaupun begitu banyak variasi, pembesar suara dinamik hanya menjadi satu kebiasaan pada tahun 1930-an. Evolusi dunia pembesar suara telah memberi ruang kepada lebih banyak inovasi, termasuk penambahbaikan dalam kualiti bunyi pada pertengahan 1950-an.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Inovasi moden memberikan pembesar suara bunyi yang berkualiti tinggi dan ciri berguna seperti Bluetooth. Malah, beberapa ciri tambahan lain turut melonjakkan harga sesebuah pembesar suara. Kali ini, mari lihat senarai 7 pembesar suara paling mahal di dunia dan ciri-ciri menarik yang ada padanya.

7. Magico Ultimate - $600,000

magico ultimate

Mesin bunyi ini menawarkan reka bentuk yang kelihatan luar biasa yang sangat menarik perhatian dan syarikat Magico meletakkan harga yang tinggi untuk rekabentuknya yang cukup uunik ini. Laporan mengatakan pembesar suara yang sangat mahal ini mempunyai tanda harga sebelum cukai sebanyak $600,000!

Pembesar suara ini juga menampilkan spesifikasi yang mengagumkan. Sistem lima hala menawarkan woofer 15-inci, amplifier 4,000 watt dan tapak berukuran hampir lapan kaki tinggi. Turut meningkatkan lagi harganya adalah kerana pembesar suara ini dihasilkan dalam kuantiti yang cukup terhad. 

6. Infinite Grande - $700,000

infinite grande speakers 697

Infinite Grande bukan sahaja mempunyai nama yang cukup gah, harganya juga cukup tinggi. Untuk $700,000, anda boleh memiliki pembesar suara yang sangat besar ini. Seberapa besarkah mesin ini? Keseluruhannya seberat 3,800 paun dan tingginya 13 kaki. 

Menurut laporan, Wisdom Audio (jenama di sebalik pembesar suara mahal ini) mendakwa Infinite Grande boleh menghasilkan "tahap tekanan bunyi melebihi 120 dB". Ya, ia mampu menghasilkan bunyi yang ckup kuat umpama anda sedang menikmati persembahan konsert siaran langsung. 

5. WAMM Master Chronosonic - $850,000

wamm master chronosonic

Mesin ini kelihatan seperti sesuatu yang datang daripada filem sci-fi. Sistem WAMM Master Chronosonic Speaker yang sangat mahal ini menawarkan reka bentuk berteknologi tinggi dengan tag harga $850,000 untuk sistem bunyi yang unik.

Pereka Wilson Audio mencipta mesin setinggi tujuh kaki ini yang mampu menghasilkan semula bunyi yang sangat tepat. Ini bermakna peranti besar ini benar-benar boleh memainkan muzik dengan tahap ketepatan dan kualiti bunyi yang tinggi jadi sekiranya anda seorang audiophile anda pasti akan menyukai pembesar suara ini.

4. Grand Enigma - $1,000,000

grand enigma 195

Pembesar suara Grand Enigma dari Kharma cukup mengagumkan. Grand Enigma benar-benar kelihatan seperti menara besar daripada sistem pembesar suara! Ianya dilengkapi pelbagai teknologi mengagumkan yang menjadikan pengalaman mendengar muzik berbunyi seperti konsert langsung. 

Namun, anda tidak boleh membeli mesin pembesar suara ini. Kharma hanya membuat satu set pembesar suara mahal ini namun untuk orang ramai anda boleh membeli beberapa pembesar suara yang dipanggil Enigma Veyron 1D.

3. The Transmission Audio Ultimate

transmission audio ultimate 248

Sistem pembesar suara ini cukup besar dengan kelebarannya hampir 40 kaki. Dengan saiz yang begitu besar, pembesar suara ini juga mempunyai tanda harga yang besar. Hanya satu saluran berharga $1 juta, jadi untuk dua saluran bermakna harganya sekitar $2 juta belum dicampur dengan cukai.

Apakah yang menjadikan harganya begitu mahal? Setiap pembesar suara Ultimate dilengkapi dengan amplifier sendiri dengan output 31,000 watt dan syarikat pengeluarnya mendakkwa sistem ini boleh menjana sehingga 146dB SPL, itu jauh lebih kuat daripada bunyi pesawat jet yang berlepas.

2. Set pembesar suara edisi terhad Titan keluaran Moon Audio

moon audio titan

Pembesar suara terhad ini dibuat oleh Moon Audio. Menurut jenama itu, reka bentuk mahal ini dibuat untuk mengatasi "mana-mana" pembesar suara di planet ini - yang merupakan matlamat yang cukup berani. Moon Audio nampaknya menganggap mereka telah menghasilkan sesuatu yang istimewa, jadi mereka menetapkan harga satu set mesin bunyi ini pada $2 juta.

Terdapat beberapa Laporan mengatakan harganya ditetapkan bagitu kerana pelbagai sebab, antaranya kepakaran pereka mereka sendiri. Menurut Moon Audio, pembesar suara ini telah dihasilkan oleh pakar audio dengan pengalaman industri selama 25 tahun. Selain itu, syarikat ini menggunakan banyak bahan mewah dalam penghasilan alat pembesar suara ini. 

1.  Hart’s Audio versi emas - $4.7 juta

hart s audio speakers in gold

Jika bunyi berkualiti tinggi tidak mencukupi untuk membuatkan anda teruja, pembesar suara diperbuat dengan emas yang berkilauan. Reka bentuk yang luar biasa itu dicipta oleh Hart's Audio, jenama pembesar suara dalam perniagaan sejak 2003.

Menurut laporan, Hart's Audio hanya menghasilkan satu set pembesar suara mewah ini. Hart's Audio turut mencipta set terhad 99 pembesar suara diperbuat daripada gangsa bersama lima set dalam perak sterling. Set yang diperbuat daripada gangsa berharga lebih $60,000, jauh lebih murah brbanding emas. 

Kredit:

  1. CNet
  2. Nerdable



Hakcipta iluminasi.com (2017)