Lautan yang ada di muka Bumi kita sebenarnya sangat menakjubkan, menjadi rumah bagi banyak spesis yang biasa dilihat dan dipercayai masih banyak yang belum ditemui. Keindahan dan keunikan yang ada di dalam lautan menarik minat ramai orang di seluruh dunia sejak dahulu lagi.

Namun, tidak ramai yang dapat menikmati keindahan sebenar hidupan di laut dalam di hadapan mata. Menariknya, manusia telah mencipta akuarium yang membolehkan kita  menikmati dan menghargai makhluk laut dalam dari tempat yang selamat. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di Malaysia, kita mempunyai beberapa akuarium besar dan antara yang popular adalah Aquaria KLCC yang terletak di bawah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Namun, tahukah anda dimanakah terletaknya akuarium terbesar di dunia?

7. Shedd Aquarium - 5 juta gelen

shedd aquarium

Akuarium tertutup pertama dengan koleksi ikan air masin kekal, Shedd Aquarium pada awalnya dibuka dengan 32,000 haiwan dan ketika itu memegang takhta sebagai akuarium dalaman terbesar di dunia. Ketika dibuka pada 1930, ia pantas menjadi  tarikan paling popular di Chicago dan diiktiraf sebagai Landmark Bersejarah Nasional pada tahun 1987.

Shedd Aquarium masih menjadi rumah bagi 20,000 spesimen dari 1,500 spesis hidupan laut. Salah satu pameran yang menakjubkan di akuarium ini ialah pameran Terumbu Karibia, tangki 90,000 gelen yang meniru ekosistem terumbu karang dengan teliti.

6. The Seas with Nemo & Friends - 5.7 juta gelen

the seas with nemo friends

Akuarium yang luar biasa ini adalah sebahagian daripada taman tema Epcot di Walt Disney World di Orlando, Florida. The Seas with Nemo & Friends adalah Epcot Pavilion pertama yang dibina berdasarkan filem animasi Disney.

The Seas memaparkan 200 spesis hidupan laut yang berbeza termasuk penyu, jerung dan kerapu raksasa. Anda juga dapat melihat pemandangan terumbu karang yang menakjubkan dan mengetahui fakta menarik mengenai organisma bawah laut yang kompleks ini.

5. Moscow Oceanarium - 6.6 juta gelen

moscow oceanarium

Satu-satunya akuarium di Moscow dan satu-satu jenisnya di seluruh Rusia, Oceanarium membolehkan pengunjung melihat hampir 250 spesis haiwan yang berbeza. Salah satu perkara baru yang terdapat di akuarium ini adalah lantai kaca, di mana para tetamu boleh berjalan di atas air dan mendapatkan pemandangan hidupan akuatik yang berenang di bawahnya

Pereka akuarium ini telah melakukan banyak usaha untuk mereplikasi landskap dan hidupan dasar laut dengan tepat, memberikan peluang langsung kepada pengunjung untuk belajar mengenai ekosistem hidupan bawah laut.

4. Georgia Aquarium - 10 juta gelen

georgia aquarium 680

Dengan derma $250 juta dari ahli perniagaan Bernard Marcus dan yayasannya, Georgia Aquarium dibuka untuk mengembangkan ekonomi dan pendidikan tempatan. Disini terdapat lebih 60 habitat haiwan yang berbeza untuk dilihat dan Georgia Aquarium telah menarik lebih ramai orang daripada yang diharapkan.

Jumlah kedatangan pelancong terus meningkat dan pengunjung dapat melihat pelbagai pameran, termasuk habitat akuatik tertutup terbesar di dunia, Ocean Voyager. Pusat akuariaum yang mengagumkan ini dibina oleh Home Depot dan merangkumi terowong akrilik yang boleh dilalui oleh pengunjung untuk melihat kehidupan laut - termasuk 4 ikan paus!

3. L’Oceanogràfic - 11 juta gelen

l oceanogr fic

L’Oceanogràfic adalah kompleks akuatik terbesar di Eropah yang memaparkan 45,000 haiwan dari 500 spesis berbeza. Senibina unik dari banyak bangunan di kompleks ini memberikan impresi menarik yang tersendirinya. Kompleks ini terletak tepat di tepi laut dan mempunyai tingkap besar untuk melihat laut.

Taman ini menyediakan pelbagai kawasan dalaman dan luaran di mana para tetamu akan berasa selasa untuk belajar tentang kehidupan akuatik. Terdapat juga beberapa kawasan yang dalam tempat ini yang mewakili pelbagai ekosistem utama di planet ini dan memberikan banyak maklumat saintifik kepada pengunjung.

2. S.E.A. Aquarium (Marine Life Park) - 12 juta gelen

marine life park

Taman seluas 20 hektar yang menakjubkan ini mempunyai dua pameran utama: S.E.A. Aquarium dan Taman Air Adventure Cove. Satu ketika dahulu S.E.A. Aquarium  (Akuarium Asia Tenggara) pernah menjadi akuarium terbesar di dunia dan masih mempunyai jumlah air yang mencukupi untuk lebih dari 100,000 spesimen dan 800 spesis haiwan akuatik yang berbeza.

Marine Life Park juga memberi penekanan pada aspek pendidikan pameran mereka yang memberi para tetamu banyak peluang untuk mempelajari tentang semua makhluk menarik yang boleh mereka lihat di sini. 

1. Chimelong Ocean Kingdom - 12.9 juta gelen

chimelong ocean kingdom

Chimelong Ocean Kingdom adalah akuarium terbesar di dunia. Ia memegang lima Rekod Dunia Guinness yang berbeza seperti "tingkap akuarium terbesar" dan memberikan pengalaman akuarium dan taman hiburan kepada para tetamu. Pusat akuarium ini terletak di Zhuhai, China dan dibuka pada tahun 2014.  

Ia menampilkan salah satu trek roller coaster terpanjang di dunia yang mencapai ketinggian 20 tingkat dan memaparkan sekitar 20,000 makhluk ikan dan laut yang jarang dilihat. Taman besar dan indah ini terbahagi kepada lapan kawasan bertema masing-masing mewakili kawasan laut tertentu.

Kredit:

  1. Britannica Encyclopaedia
  2. Disney World
  3. World Atlas



Hakcipta iluminasi.com (2017)