Pandemik COVID-19 telah menyebabkan penghasilan, penjualan serta penggunaan pelitup muka mendadak naik di seluruh dunia. Hampir kebanyakan negara di seluruh dunia kini mewajibkan penggunaan pelitup muka di kawasan awam bagi mengelak berlakunya penularan wabak ini.

Kini, pelitup muka mudah didapati pada harga yang berpatutan berbanding ketika pandemik COVID-19 mula-mula tersebar. Selain mencegah penyebaran virus, pelitup muka kini berevolusi daripada keperluan kepada aksesori fesyen harian.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terdapat pelitup muka yang dihasilkan oleh beberapa jenama fesyen besar yang menjadi simbol kekayaan dan status. Berikut adalah beberapa pelitup muka paling mahal di pasaran.

6. Pelitup Muka Sutera Tulen Edisi Terhad

Jenama: Bijan - RM 1,953

face mask bijan

Pelitup Muka Sutera Tulen Edisi Terhad yang dihasilkan oleh pereka mewah Bijan Pakzad yang pakar dalam fesyen pakaian lelaki dan wangian mewah. Pelitup muka ini mempunyai dua lapisan pelapik kapas yang berfungsi sebagai pelindung wabak COVID-19. 

Pelitup muka ini dihasilkan 100% buatan tangan di Itali. Pelitup muka yang turut disertakan dengan Rantai Kunci Wangian ini dijual pada harga RM 1953 dan memerlukan kos tambahan untuk penghantaran pesanan antarabangsa.

5. Pelitup Muka Kristal Hitam

Jenama: Christian Siriano - RM 2,499

christian soriano

Pelitup Muka Kristial Hitam oleh Christian Siriano ini ialah pelitup muka mewah edisi terhad yang dihasilkan melalui "Projek Topeng" jenama itu.

Walaupun pelitup muka ini nampak bergaya tetapi ia tidak melalui ujian makmal atau kebolehan untuk mencegah virus COVID-19. Dalam erti kata lain, ia hanyalah semata-mata untuk fesyen.

Selain itu, pelitup muka ini juga boleh ditempah secara customize mengikut kesesuaian pengguna. Walaupun berbelanja sebanyak RM 2,499 untuk pelitup muka bergaya ini, jangan lupa untuk memakai pelitup muka yang lebih berkesan di bahagian dalam sebagai langkah keselamatan.

4. Pelitup Muka Bersulam Cat Air Monogram

Jenama: Louis Vuitton - RM 3,192

pelitup muka louis vuitton

Kemunculan jenama butik fesyen mewah dalam senarai ini sememangnya sudah dijangkakan. Selain menghasilkan bagasi, jam tangan serta pakaian mewah, Louis Vuitton tidak ketinggalan dalam menghasilkan pelitup muka mereka sendiri.

Sama seperti kebanyakan pelitup muka berjenama mewah yang lain, pelitup muka ini juga tidak menjamin perlindungan terhadap virus COVID-19. Ia biasanya dipakai di bahagian luar pelitup muka biasa. Hanya untuk menggayakan pelitup muka Louis Vuitton, anda perlu berbelanja lebih daripada RM 3,000.

3. LV Shield

Jenama: Louis Vuitton - RM RM 4,040

lv shield 96

Jenama terkenal ini menambahkan lagi koleksi mereka dalam dunia topeng muka COVID-19 dengan menghasilkan pelindung muka mahal yang dinamakan sebagai "LV Shield".

Apabila topeng ini terdedah kepada cahaya matahari, ia akan menjadi lebih gelap untuk memberikan perlindungan UV kepada penggunanya. Topeng ini dibingkaikan dengan pengikat kulit dan dilekatkan dengan tali monogram elastik.

2. Pelitup Muka Berlian

Jenama: Jacob & Co. - RM 1.05 juta

face mask jacob co

Dihasilkan menggunakan 3,040 berlian, pelitup muka ini adalah antara beberapa pelitup muka berlian yang dikenali dan antara yang termahal di dunia. Ia direka oleh syarikat barangan kemas mewah terkenal iaitu Jacob & Co. 

Walaupun kelihatan seperti pelitup muka perubatan tulen, ia sebenarnya tidak memberikan sebarang perlindungan terhadap virus COVID-19. Ia direka lebih kepada hiasan dan hanya dipakai di luar pelitup muka sebenar.

1. Pelitup Muka Berlian Hitam

Jenama: Yvel - RM 6.3 juta

face mask yvel

Pelitup muka termahal dalam senarai ini dihasilkan oleh syarikat barangan kemas mewah Yvel. Ia dihiasi dengan hampir 4,000 batu bernilai termasuk 3,608 berlian putih dan hitam. Malah, ia turut disaluti dengan 250 gram emas 18 karat.

Seorang ahli perniagaan dan peminat seni yang tidak dikenali dari Los Angeles telah menempah pelitup muka ini daripada Yvel. Dia membayar sejumlah RM 6.3 juta untuk memiliki topeng unik ini yang hanya dihasilkan khas untuknya. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)