Oleh pada 26 Nov 2018 kategori

Siapa tak suka melancong kan? Selain daripada dapat menambah pengetahuan dengan mengembara ke negara orang, melancong juga mampu menenangkan fikiran yang kusut setelah sekian lama menjalani kehidupan yang sama.

Namun, bagi yang jarang melancong, mereka akan mencari tip-tip pelancongan yang ada bagi memudahkan urusan perjalanan.

Walaupun tip-tip ini banyak membantu, namun tak semua daripadanya boleh diharapkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

melancong ke turki 2

Ini disebabkan terdapat banyak salah faham serta ia mungkin tidak relevan disebabkan oleh peredaran masa dan zaman.

iluminasi.com kongsikan 6 tip pelancongan popular yang tidak lagi relevan.

1. "Tempah tiket penerbangan lebih awal untuk jimatkan wang"

tempah tiket awal untuk jimatkan wang

Mitos ini mungkin ada betulnya ketika zaman 1960-an, ketika mana penerbangan merupakan sesuatu yang agak jarang berbanding hari ini.

Satu ketika dahulu, permintaan terhadap penerbangan biasanya akan meningkat apabila semakin menghampiri tarikh.

Namun hari ini terdapat pelbagai alternatif untuk laluan yang popular bermakna permintaan tidaklah begitu menonjol mengikut destinasi tertentu.

Malah, anda mungkin mendapati bahawa harga di saat-saat akhir dijual pada harga yang lebih murah kerana syarikat penerbangan ingin memenuhkan tempat duduk.

Menurut kajian yang dilakukan baru-baru ini, masa terbaik untuk menempah tiket adalah di antara 7 dan 8 minggu sebelum tarikh tiket.

2. "Udara dalam kapal terbang buatkan anda jatuh sakit"

udara dalam kapal terbang boleh buatkan anda jauh sakit

Udara dalam kapal terbang boleh menyerap setiap kelembapan dari kulit anda seperti gel silika, tetapi ia tidak membuatkan anda jatuh sakit.

Sebenarnya, kapal terbang menghabiskan sejumlah besar tenaga mengepam, menapis, memanaskan, dan menekan udara segar dari luar kabin.

Sesetengah udara sememangnya dikitar semula, tetapi ia melalui pelbagai penapis udara HEPA (udara zarah kecekapan tinggi) yang mengeluarkan bakteria sebelum dipam kembali ke dalam kabin.

Jadi apa yang membuat anda sakit di kapal terbang? Meja dulang, pemegang dalam tandas dan tempat letak kepala yang telah disentuh oleh berpuluh-puluh penumpang sehari, yang mana bukan semua daripada mereka menjaga kebersihan peribadi.

3. "Harga hotel terbaik hanya boleh didapati dalam laman web pelancongan"

expedia

Pelbagai cara pemasaran oleh laman web seperti Trivago, Expedia dan banyak lagi telah menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai bahawa satu-satunya cara untuk mendapatkan tawaran bilik yang hebat adalah menggunakan penempah pihak ketiga.

Malah, kebanyakan hotel-hotel besar seperti InterContinental dan Wyndham menawarkan kadar jaminan dan menggalakkan para pelanggan untuk menempah secara langsung dengan pihak hotel.

Bukan itu sahaja, banyak hotel juga sering menawarkan diskaun atau tawaran yang mana laman web pihak ketiga tidak tahu dan secara umumnya lebih mudah untuk berurusan secara langsung dengan hotel daripada dengan ejen tempahan.

Di samping itu, pihak hotel yang memberikan upgrade kepada pelanggan (jika layak), bukannya ejen tempahan.

4. "Sentiasa percaya atau tanya kepada penduduk tempatan"

percayakan orang tempatan jika melancong

Cuba fikir. Berapa banyak hotel yang anda pernah tinggal di kawasan tempat tinggal anda?

Sama seperti anda tidak tahu selok belok industri pelancongan di bandar anda, para penduduk setempat di mana anda melancong juga tidak tahu akan setiap soalan yang ditanyakan oleh pelancong.

Untuk hotel dan bersiar-siar, adalah lebih baik untuk anda bertanyakan kepada rakan pengembara atau mereka yang "kaki jalan" secara peribadi atau melalui internet.

Untuk mencari arah atau jalan, bertanyakan kepada penduduk tempatan juga mungkin bukan satu idea yang baik kerana mereka mungkin tahu ke mana anda mahu pergi namun halangan bahasa boleh menjadi satu masalah.

Walaubagaimanapun, penduduk tempatan cenderung untuk memberikan cadangan tempat makan yang baik, jadi mungkin anda boleh harapkan mereka dalam hal ini.

5. "Makanan di tepi jalan tak selamat"

makanan tepi jalan

Ramai pelancong dan pengembara lebih memilih untuk makan di restoran berbanding untuk berdiri atau makan di tepi jalan.

Tak ada masalah untuk menikmati suasana yang selesa ketika makan namun beranggapan bahawa makanan di restoran lebih sihat dan selamat hanya kerana ia disediakan di dalam dapur yang "betul" adalah tidak tepat sama sekali.

Pertamanya, anda tak tahu pun apa yang berlaku di dalam dapur tersebut kerana anda tak boleh melihat. Jika anda makan di gerai tepi jalan, anda boleh melihat bahan-bahan yang disediakan di hadapan anda.

Dan oleh kerana makanan tepi jalan biasanya digoreng atau dibakar, ia berkemungkinan walaupun ada sesuatu yang tidak elok di dalam bahan-bahan, ia akan sudah lama lenyap daripada makanan anda.

6. "Jet lag berpunca daripada kekurangan tidur"

jet lag

Sebenarnya, jet lag bukanlah berpunca daripada keletihan tetapi merupakan hasil daripada perubahan besar pada longitud. Irama sirkadian dalam badan anda yang mana mengatur bila anda makan dan tidur, ditabdir oleh siang dan malam.

Dan apabila anda mengembara jauh, seperti dari timur ke barat, "jam badan" anda akan berterabur. Percubaan untuk menetapkan semula kitaran siang dan malam di destinasi anda menghasilkan perasaan jet lag.

Tidur di dalam kapal terbang adalah idea yang bijak jika waktu destinasi anda adalah waktu malam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)