Baru-baru ini heboh mengenai rakyat Malaysia yang membuat masalah di hostel yang mereka sewa. Video mengenai kejadian tersebut juga tular di media sosial dan ramai yang mengambil kesempatan untuk mengecam mereka. Tidak kira siapapun anda, sekiranya anda ke luar negara, sila jaga kelakuan dan perangai kerana anda secara tidak langsung membawa imej negara kita Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jepun merupakan antara lokasi pilihan ramai rakyat Malaysia. Antara tempat yang menjadi pilihan termasuklah Tokyo dan Kyoto. Tidak kiralah ke mana sekalipun anda pergi melancong, seeloknya kita perlu tahu budaya dan pantang larang setempat agar kita tidak dipandang rendah.

Negara Jepun sememangnya terkenal dengan budaya lemah lembut dan sopan santun. Sekiranya anda merancang untuk ke Jepun dalam masa terdekat, pastikan anda tidak membuat pantang larang berikut.

1. Membuang Sampah Merata-rata

kitar semula di jepun

Di negara mana sekalipun, buang sampah merata-rata adalah satu kesalahan. Di Malaysia pun membuang sampah merata-rata adalah satu kesalahan tapi malangnya tiada penguatkuasaan untuk mendenda mereka yang membuang sampah merata-rata. Negara Jepun terkenal sebagai negara yang bersih dan mereka akan mengasingkan sampah mengikut kategori sampah seperti plastik, kertas dan sebagainya.

Oleh itu, sila buang sampah anda mengikut kategori yang sepatutnya. 

2. Tidak Bercakap Atau Menggunakan Telefon Bimbit Dengan Suara Yang Kuat

guna telefon di tempat awam

Di mana-mana tempat awam sekalipun, menggunakan telefon bimbit atau bercakap melalui telefon bimbit secara kuat sehingga mengganggu ketenteraman awam adalah sesuatu yang perlu dielakkan sama sekali. Begitu juga di Jepun. Sekiranya di tempat awam seperti kereta api, anda akan mendengara pengumuman meminta agar pengguna telefon mematikan telefon atau menetapkan telefon dalam mod senyap.

Selain itu, jika anda perhatikan sekiranya terdapat telefon yang berbunyi di dalam kereta api, pemiliknya akan segera mematikannya dan menghantar mesej kepada si pemanggil untuk menelefonnya semula kelak. Perkara ini sepatutnya diamalkan di Malaysia. Kadang-kadang orang berbual di telefon sehingga boleh didengari satu gerabak kereta api.

3. Berdiri di Bahagian Tengah Elevator

tips eskalator

Di negara-negara maju seperti Jepun, mereka amat menghormati mereka yang perlu bergerak dan berjalan laju menuju ke sesuatu tempat. Oleh itu, jika diperhatikan mereka akan berdiri di sebelah kiri elevator.

Bahagian kanan biasanya dibiarkan kosong untuk membolehkan mereka yang perlu bergegas naik atau turun untuk menggunakannya. Malangnya di Malaysia kita jarang sekali dapat melihat perkara ini kerana kebanyakan orang kita lebih suka berbual di eskelator tanpa menghiraukan orang lain yang perlu bergegas naik atau turun daripada eskalator tersebut.

4. Membawa Makanan Dari Luar Ke Dalam Kedai Makan

restoran di jepun

Apabila anda ke sesuatu gerai makan, elakkan membawa makanan daripada luar untuk dimakan bersama. Melainkan jika pemilik restoran tersebut mmembenarkannya. Rakyat Jepun sangat mementingkan kebersihan makanan dan kualiti makanan yang dihidangkan di premis mereka.

Selain itu, sekiranya terdapat kejadian tidak diingini seperti keracunan makanan, anda hanya akan mendatangkan fitnah terhadap pemilik restoran tersebut sekiranya anda membawa makanan daripada luar.

5. Meletakkan Chopstick di Atas Mangkuk Nasi

etika guna chopstick

Sekiranya anda sudah selesai makan, elakkan daripada meletakkan kedua-dua chopstick pada atas mangkuk nasi anda. Mengikut amalan orang Buddhist Jepun, ianya adalah amalan pengkebumian mereka iaitu menawarkan nasi kepada orang yang sudah mati.

Sekiranya anda sudah selesai makan dan perlu meletakkan chopstick, letak sahaja di atas meja beralaskan tisu.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)