Oleh pada 22 Nov 2017 kategori

Ramai yang suka melancong ke pulau kerana bentuk geografinya yang indah dan cantik. Pengunjung yang datang ke pulau-pulau selalunya suka akan pasir dan air lautnya kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pulau-pulau ini. Pemandangan di pulau-pulau sangat cantik sehingga anda boleh melupakan semua masalah yang ada.

10. Kauai, Hawaii

Hawaii sangat terkenal dengan pulaunya dan Kauai merupakan sebahagian daripada pulau Hawaii. Di Kauia, anda boleh ke Taman Pantai Na Pali untuk mendaki bukit dan berkhemah sambil menikmati permandangan tropika yang cantik. Selain itu, Na Pali juga mempunyai air terjun bagi mereka yang mahu bermandi-manda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

9. Dalmatia, Croatia

pulau dalmatia pantai cantik

Pulau Dalmatia merupakan sebuah pulau yang terletak di Laut Adriatic di Eropah. Tarikan menarik di pulau ini termasuk Punta Rata iaitu pantai yang indah dengan air laut biru kristal. Tidak lengkap pantai jika anda tidak boleh bermandi-manda tapi bukan itu sahaja yang ada kerana di Punta Rata anda boleh bersiar-siar menaiki bot. Dalmatia terkenal dengan sejarahnya jadi anda boleh menyaksikan budayanya yang unik di pulau ini.

8. Bali, Indonesia

pantai bali indah dan bersejarah

Bali sangat terkenal buat negara-negara Asia kerana ini merupakan tempat utama percutian bagi pelancong di benua Asia. Antara tarikan utama di Bali ialah Tanah Lot iaitu sebuah pulau yang mempunyai permandangan laut indah ditambah lagi dengan kuil. Selain itu, pelancong juga gemar ke Gunung Batur kerana ia siap dengan pakej gunung berapi, tasik dan tapak pendakian dan perkhemahan yang menarik.

7. Cook Islands, New Zealand

pantai cook islands

Cook Islands merupakan sebuah pulau persendirian tetapi banyak berkait dengan negara New Zealand. Tarikan utama di pulau ini akan berlainan dengan pulau lain kerana di Pulau Palmerston dalam Cook Islands, anda boleh cuba untuk belayar di laut. Buat mereka yang bercadang untuk berbulan madu, boleh datang ke Pantai Aroa untuk menikmati layanan istimewa resort di pantai ini.

6. Santorini, Greece

pulau santorini permandangan indah

Pulau Santorini mempunyai kelainan berbanding pantai-pantai lain kerana ia mempunyai kampung bersejarah Akrotiri yang boleh dilawati oleh mereka yang meminati sejarah. Resort dan hotel menarik yang terletak di Imerovigli patut menjadi satu kemestian buat mereka yang gemar untuk mendaki. Jika anda berkesempatan untuk melawat pulai ini, jangan lepaskan peluang untuk ke menikmati permandangan daripada atas bukit di Santorini Caldera.

5. Seychelles, Kenya

seychelles pulau cantik

Jika anda sukakan penyu dan terumbu karang, pulau ini sesuai untuk anda. Taman Negara Marin Sainte Anne dipenuhi dengan penyu-penyu dan terumbu karang yang cantik. Buat mereka yang sukakan keindahan alam, Pulau Moyenne di Seychelles mempunyai kepelbagaian biodiversiti flora dan fauna untuk anda lawati. Tidak lengkap pulau jika anda tidak boleh bermandi manda dan Pulau Curieuse di Seychelles menawarkan peluang untuk anda melakukan aktiviti ini.

4. Palawan, Filipina

palawan pantai air jernih

Palawan mempunyai pelbagai tarikan termasuk sungai bawah tanah Puerto Princesa dipenuhi dengan pelancong-pelancong yang suka bermandi-manda, kayak dan macam-macam lagi. Selain itu, di Puerto Princesa, anda boleh melawati gua gelap dan Taman Negara Filipina. Percutian anda tidak akan lengkap tanpa melawati Taman Safari Calauit kerana anda boleh melihat dan bermain bersama haiwan-haiwan liar seperti zirafah dan zebra.

3. Bora Bora, Polynesia Perancis

bora bora pantai air laut biru kristal

Mereka yang meminati scuba diving patut datang ke pulau gunung berapi ini untuk mencuba menyelam ke dalam laut sambil menikmati keindahan hidupan akuatik. Selain itu, Bora-Bora juga terkenal dengan lagunnya kerana lagun di pulau ini mempunyai spesis kura-kura yang dilindungi oleh terumbu karang. Pantainya juga tidak kurang hebat juga dengan air laut biru kristal jika anda ingin bermandi-manda.

2. Maldives

maldives pulau keindahan

Maldives terkenal dengan pantai pasir putihnya dan laut air biru kristal oleh pelancong-pelancong di seluruh dunia. Terumbu karang di Maldives mendapat perhatian ramai pelancong ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti seperti menyelam dan snorkeling. Resort mewah di Maldives menambahkan lagi keindahan pengalaman percutian anda.

1. Pulau Mabul, Sabah

pulau mabul cantik

Mungkin ramai yang mahu ke luar negara untuk menjelajah pantai dan pulau yang menarik tapi tak ramai yang tahu negara kita juga mempunyai pantai yang cantik. Pulau Mabul yang terletak hanya 15 km dari Sipadan kaya dengan pemandangan indah dan air laut biru kristal yang cantik.

Ia juda berdekatan dengan Sipadan di mana anda boleh menikmati keindahan haiwan akuatik seperti baracuda selain dapat melihat penyu. Tidak lupa juga buat mereka yang meminati aktiviti snorkeling dan scuba diving kerana anda juga boleh mencuba aktiviti-aktiviti air di pulau ini.

sumber: Beautiful Islands




Hakcipta iluminasi.com (2017)