Syukur Alhamdulillah trip penulis ke Melbourne, Australia pada bulan lepas dipermudahkan dengan jayanya. Rancangan trip ini mengambil masa selama setahun. Bak kata orang, penantian itu memang menyiksakan tetapi berkat kesabaran sanggup menunggu dan masih mempunyai banyak masa lagi untuk mengumpul duit belanja ke sana. Saya ke sana bersama seorang sepupu dan kami tidak menggunakan perkhidmatan travel agent.

Semuanya kami aturkan sendiri sahaja dan kami pergi selama seminggu. Tujuan utama ke sana untuk melawat kawan-kawan dan merehatkan minda setelah habis final exam. Kebetulan pula, dua hari sebelum fly ke sana saya baru sahaja mendapat result tamat pengajian. Alhamdulillah rezeki. Jadi, alang-alang tu dah jadi self-reward sekali lah.

Ok, let's start the journey. Untuk bahagian 1 ini, saya akan kongsikan segala persiapan dan perbelanjaan kami ke sana.

#1 Musim

4 musim dalam satu hari di melbourne

Untuk pengetahuan anda, Melbourne dikenali sebagai bandar "4 musim dalam satu hari di melbourne" kerana keadaan cuacanya yang sering berubah-ubah dan ia juga merupakan bandar yang unik disebabkan waktu iklim di sana berbeza dengan negara yang lain. Jadi, sebelum anda menempah tiket flight, anda perlu tahu keadaan musim negara tersebut terlebih dahulu supaya anda boleh menyediakan pakaian yang sesuai. Kami pergi waktu musim sejuk dan di Melbourne memang sangat sejuk berangin. Kalau nak pergi masa musim panas, Australia lagi panas dari Malaysia tetapi kelebihannya siang di sana lebih panjang.

  • Panas: Disember-Februari
  • Luruh: Mac-Mei
  • Sejuk: Jun- Ogos
  • Bunga: September-November

#2 Tiket flight

kl ke melbourne boarding pass travel tips

Kami menempah tiket flight pada bulan Oktober tahun lepas melalui promo Air Asia Free Seats. Harga yang paling murah untuk return tiket yang kami dapat adalah RM796 seorang tidak termasuk baggage. Baggage untuk pergi dan balik, kami hanya mengambil 20kg sahaja untuk menyimpan segala stok makanan dan winter coats

  • 2xGuests = RM1,592
  • 2xBaggage(20kg) = RM178

[JUMLAH= RM1,770]

#3 Penginapan

Kami memilih untuk menyewa apartment dari hotel kerana harga lebih kurang sahaja. Tambahan pula, kalau tinggal di apartment boleh mendobi, memasak dan lebih selesa. Ada juga homestay orang Malaysia di sana yang anda boleh survey. Kami plan untuk tinggal di Melbourne City selama 3 hari dan lagi 3 hari di St.Kilda.

Memang setiap malam kami akan survey harga apartment yang murah di setiap website yang ada dan akhirnya memilih AirAsiaGo.com dan Booking.com kerana di sini lebih murah berbanding yang lain pada waktu itu. Lebih-lebih lagi terdapat semua kemudahan seperti wi-fi, tv, dan lain-lain. Perfect package! Kami menempah penginapan tersebut pada bulan Mac lepas iaitu 4 bulan sebelum fly ke sana. Apartment paling selesa dan cantik adalah Mantra. 5 bintang ok! 

city edge apartment hotels

mantra melbourne

  • City Edge Apartment,East Melbourne = RM317x3nights = RM951
  • Self-service Apartment,Mantra St Kilda Road = RM290x3nights = RM870

[JUMLAH = RM1,821]

#4 Visa

Jika ingin ke Australia pastikan anda memohon visa terlebih dahulu. Visa valid setahun dari tempoh permohonan. Anda boleh memohon secara online directly dengan Electronic Travel Authority (ETA) dan dikenakan bayaran AUD20=RM61 seorang. Tetapi, kalau nak lebih murah boleh juga melalui travel agent dengan hanya email kepada [email protected] dan harga visa hanya RM20 seorang. Maklumat yang diperlukan untuk menghantar email kepada mereka adalah flight itinerary, alamat, scan passport dan nombor telefon. Dalam 2 hari dah boleh dapat visa yang dihantar melalui email.

  • ETA visa = RM61/seorang

[JUMLAH = RM122]

Perlu juga diingatkan bahawa:

  1. Pemegang passport yang tempoh sah lakunya kurang dari 6 bulan dilarang dari memasuki Australia. Oleh itu, sebaiknya renew passport dahulu kalau perlu sebelum memohon ETA. 
  2. ETA tak boleh dipindah milik. Walaupun passport sudah expired tetapi ETA still valid (masih dalam tempoh 12 bulan sah laku), kena re-apply ETA juga untuk passport baru.

#5 Makanan yang dilarang bawa

Australia merupakan negara yang paling strict dalam urusan imigresen dan kastam terutamanya. Hal ini kerana, Australia dan New Zealand merupakan negara yang tiada apa-apa wabak penyakit. Jadi, sesiapa yang ingin membawa makanan dan minuman sila pastikan anda declare segalanya dan listkan setiap satu dalam satu kertas supaya mudah jika ditanya nanti. Kami ada juga google semua blog berkaitan bagi memastikan barang makanan yang kami ingin bawa adalah selamat untuk dibawa. Selanjutnya, anda boleh lihat di Travelling to Australia.

Hasil tenusu, barang mentah dan seadanya adalah DILARANG sama sekali ok. Ikut nasib juga, kadang-kadang boleh saja lepas tetapi lebih baik anda tidak bawa. Macam kami hari itu, kami membawa Maggi Hot Cup, sardin tin, perencah nasi goreng, pasta, beras, biskut dan Milo paket. Kami simpan dalam satu plastik yang tersusun rapi di dalam baggage 20kg itu.

incoming pax card tips melancong

Ramai juga yang merungut tentang pengawalan imigresen yang ketat di sana. Jadi, berhati-hatilah ketika tiba di sana dan pastikan anda declare di dalam kad tersebut. Tiba sahaja di airport nanti, ada anjing polis yang akan setia menunggu untuk detect bau jika anda membawa sesuatu yang mencurigakan di dalam beg anda.

Memang rasa cuak apabila melihat anjing dekat dengan kita. Kalau tak sure, tick juga YES untuk mengelakkan anda disaman nanti jika ternyata anda membawanya. Jangan risau, sebab nanti akan ditanya lagi oleh pegawai yang bertugas sewaktu ingin memberi kad tersebut untuk disemak. Waktu kami tiba di sana, hanya ditanya tentang ubat yang saya bawa sahaja. Kemudian, bebas! 

#6 Bawa wet tissue, botol kosong & Universal Plug Adapter

jenis plug adapter melbourne australia

Kenapa kena bawa?  Tandas-tandas di sana tidak menyediakan paip air ok. Jadi, memang kena sediakan satu botol kosong dan wet tissue dalam beg anda. Plug di Australia pula memang berlainan dengan plug negara kita. Kalau anda ingin membeli di sana, harganya dalam AUD15 di supermarket.

Sebaiknya anda membeli sebelum tiba di tempat penginapan kerana telefon, kamera mahupun GoPro anda mungkin sudah kehabisan bateri. Kalau nak tunggu selepas meletak segala barang anda di dalam bilik, sudah tentu anda akan terbaring sahaja atas katil kerana keletihan dan malas keluar dengan keadaan cuaca yang sejuk di luar sana. Percayalah.

#7 Tukar duit

gambar duit australian dollar

Sebelum fly ke sana, pastikan anda menukar duit Malaysia ke AUD terlebih dahulu. Untuk duit belanja di sana, kami hanya menukar RM1000=AUD300 seorang dan memang cukup sahaja untuk seminggu di sana. Kami tidak merancang untuk shopping di sana. Jadi, kalau anda berniat untuk shopping sila bawa duit secukupnya. Di samping itu, anda boleh aktifkan kad debit anda sebelum ke luar negara. In case, kalau anda tidak mahu bawa cash yang banyak dan ingin keluarkan duit di sana. Anda juga boleh menggunakan kad kredit di sana jika ada. Selalunya, kad kredit akan digunakan untuk hal emergency. Sekarang rate AUD1=RM3.38.

[JUMLAH = AUD600]

#8 Pengangkutan & Kad Myki 

Oleh disebabkan kami tidak mahu menyewa kereta di sana, maka kami hanya berjalan kaki dan menggunakan segala public transport yang ada sahaja seperti City Circle (tram lama), tram, train, skybus dan teksi. Perkhidmatan Uber juga ada tetapi perlu menggunakan kad kredit. Jadi, teksi lebih mudah kerana hanya menggunakan cash dan harga lebih kurang dengan Uber juga. Untuk menggunakan tram dan train, anda perlu membeli kad MyKi terlebih dahulu seperti 'Touch N Go' kita. Ia berharga AUD6 satu kad dan boleh ditambah nilai.

Anda boleh membelinya di kedai 7E. Kami hanya menambah nilai sebanyak AUD40 seorang. Selain itu, anda juga boleh menaiki City Circle Tram secara percuma di Melbourne. City Circle tram ini adalah tram lama yang masih digunakan sehingga kini. Memang vintage sangat! Jadi, tidak perlu risau kalau anda tidak mahu menyewa kereta di sana. Lebih mudah untuk anda menaiki public transport di sana dari memandu kerana jalan raya di sana berbeza sedikit disebabkan ada laluan tram juga. Untuk pengetahuan anda, lesen memandu Malaysia boleh digunakan di sana tanpa perlu memohon lesen memandu antarabangsa.

tips melancong melbourne menaiki skybus

persediaan travel ke melbourne kad myki

tram melbourne

city circle percuma tips melancong melbournce

  • SkyBus (airport transfer pergi dan balik) = AUD38/seorang
  • MyKi kad (tram&train) = AUD46/seorang
  • Teksi (dari Mantra St.Kilda ke Federation Square) =AUD14
  • Teksi (dari Mantra St.Kilda ke Southern Cross Station) = AUD17

Kami menaiki teksi disebabkan terpaksa bergerak keluar awal pagi dari apartment pada pukul 4.30 pagi. Hanya teksi yang beroperasi ketika itu.

[JUMLAH = AUD199]

Untuk menaiki tram, semestinya anda akan tersalah naik dan sesat di tempat lain. Tetapi, jangan risau. Sila install dan gunakan apps Google maps anda untuk tahu jadual tram, nombor tram, dan penukaran tram ke tempat yang anda ingin pergi. Sesungguhnya Google maps banyak membantu kami di sana selain peta di dalam buku. Jangan lupa juga untuk sentiasa membawa kad MyKi ke mana jua ya. 

#9 Simkad

optus vs vodafone tips melancong melbournce

Kalau anda tidak mahu menggunakan roaming, anda boleh membeli simkad di sana seperti Vodafone, Optus dan lain-lain ketika tiba di airport. Kami membeli simkad Optus yang berharga AUD20 kerana rasa berbaloi dengan data internet yang diberikan untuk seminggu. Seorang satu simkad sebab masing-masing tamak nak guna internet untuk social media dan Google maps semestinya. Di sana memang akan rajin berjalan kaki sehingga tak sempat pun untuk menggunakan wi-fi apartment. Alhamdulillah berat pun turun banyak ok. 

[JUMLAH = AUD40]

#10 Itinerary

Dua hari sebelum fly, kami google segala tempat yang menarik untuk dilawati di Melbourne nanti. Semestinya kami sangat tamak kerana boleh dikatakan seluruh utara, selatan, timur dan barat Melbourne kami ingin pergi. Jadi, plan kami adalah ingin merantau dari Melbourne City ke Bendigo, seterusnya ingin mengikuti tours sama ada ke Great Ocean Road, Philip Island atau Mt.Buller. Kemudian, kami akan ke St.Kilda dan Docklands.

Bahagianya hidup dapat berjalan sakan dekat sana. Hirup udara segar sahaja dekat sana. Sampai sekarang boleh bau lagi tau udara Melbourne. Rindu cuaca sejuk berangin di sana! Di sini terdapat 3 pilihan tours packages yang anda boleh ambil melalui Melbourne Australia Tours. Sebenarnya ada banyak lagi pakej luar dan anda juga boleh pergi semua tours tetapi disebabkan kami kekangan budget, maka kami memilih Mt.Buller sahaja untuk merasai pengalaman pertama bermain salji ketika musim sejuk plus ia paling murah antara semua tours yang ada.

Biasanya harga pakej untuk ke Mt.Buller adalah AUD85 ke atas. Boleh dikatakan rezeki kami sebab dapat lebih murah di sana. Susah nak dapat harga tours yang murah dan berbaloi.

  • Great Ocean Road&12 Apostles = AUD105/seorang
  • Philip Island = AUD115/seorang
  • Mt.Buller = AUD75/seorang

Artikel seterusnya saya akan ceritakan tentang pengalaman dan itinerary kami sepanjang 7 hari di Melbourne. 


tags : , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)