Pengharaman sesuatu tempat daripada dikunjungi atau dilawati merupakan salah satu usaha bagi menjaga kawasan tersebut daripada kerosakan dan pencerobohan yang mungkin berlaku. Ia biasanya berada di bawah kuasa kerajaan bagi menetapkan peraturan ini, dan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan undang-undang pengharaman ini dikenakan.

iluminasi.com ingin berkongsi antara 6 tempat di muka bumi ini yang diharamkan daripada dilawati oleh orang awam.

1. Pangkalan Dulce - New Mexico, Amerika Syarikat

dulce base 3

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dulce Base didakwa sebagai sebuah fasiliti bawah tanah antara manusia dan makhluk asing, yang berada di bawah Archuleta Messa dan berdekatan dengan sempadan Colorado dan New Mexico. Di sekitar fasiliti ini, terdapat perkampungan kecil yang didiami oleh orang asli seramai lebih kurang 2,600 orang. Fasiliti bawah tanah yang sangat luas ini adalah tempat dimana eksperimen-eksperimen pelik dilakukan dan teknologi rahsia dihasilkan. 

dulce base

dulce base 2

Juga dikatakan merupakan rumah kepada manusia hibrid, walaupun kesahihannya tidak dapat dipastikan, namun kawasan ini adalah diharamkan kepada orang awam oleh kerajaan Amerika Syarikat.

2. Kota Bhangarh, India

bhangarh 2

Kota yang dibina pada abad ke-17 ini terletak di negeri Rajasthan, India dan kerajaan India telah mengisytiharkan Kota Bhangarh sebagai tempat paling berhantu di seluruh India. Peraturan-peraturan yang sangat ketat dikenakan terhadap Kota Bhangarh dan pelawat tidak dibenarkan mengunjungi kota berhantu ini bermula daripada terbenam matahari sehingga terbit fajar. Menurut orang tempatan, mereka yang melanggar peraturan tersebut hilang secara misteri dan tidak pernah ditemui.

3. Makam Qin Shi Huang - Lintong, China

tomb qin shi 23

Kemungkinan antara tempat paling menyeramkan yang diharamkan di dunia. Kubur pengasas Dinasti Qin dan juga Maharaja China pertama ditanam disebuah komplek bawah tanah di bawah sebuah bukit di China Tengah. Kompleks perkuburan itu dikatakan mengandungi rangkaian gua bawah tanah yang sangat kompleks, dan tersimpan segala peralatan dan perkakas yang diperlukan oleh maharaja untuk kehidupan selepas mati.

Antara peralatan-peralatan tersebut termasuklah tanah liat untuk menghasilkan tentera-tenteranya iaitu Tentera Terracotta. Dikatakan kerajaan China tidak membenarkan penggalian kubur tersebut kerana ingin menghormati tanah perkuburan itu. 

4. Gunung Weather - Virginia, Amerika Syarikat

mount weather

Gunung Weather yang terletak 74 kilometer dari Washington DC, merupakan sebuah pangkalan tentera bawah tanah rahsia Amerika Syarikat yang diharamkan untuk dilawati, atau didekati. Pangkalan tentera yang terletak di dalam gunung ini merupakan tapak pemindahan atau penempatan semula bagi pegawai tentera serta orang awam yang bertaraf dan berpangkat tinggi, jika berlaku sesuatu seperti bencana alam.

Walaupun jauh dari segala kemodenan, namun ia lengkap dengan segala keperluan asas termasuklah kafeteria, hospital, pusat jana kuasa yang dikelilingi oleh papan tanda larangan masuk serta pagar tinggi, kawat duri dan pengawal bersenjata. Misteri!

5. Bank of England Vaults - London, England

simpan emas

Bank of England Vaults yang terletak di bandar London ini antara bank yang mempunyai kawalan paling ketat di dunia dan diharamkan bagi orang awam. Bank ini merupakan tempat penyimpanan emas seberat 5.134 juta kilogram atau 5,134 tan emas, yang merupakan 1 per 5 daripada emas yang ada di atas muka bumi ini. 

Dengan nilai emas RM1.063 trilion ini, peti besi dalam bank ini dikunci menggunakan kunci logam tradisional namun dipagari dengan perlindungan sekuriti elektronik bagi menghalang mereka yang tidak patut berada di situ melepasi peti besi ini.

6. Muzium Pendidikan Keselamatan Kebangsaan Jiangsu - Jiangsu, China

muzium spy

Muzium pengintip ini bukanlah sepenuhnya diharamkan kepada orang ramai tetapi kepada orang asing sahaja. Terletak di Nanjing, Timur China, Muzium Pendidikan Keselamatan Kebangsaan Jiangsu ini mempunyai barangan pameran termasuklah pistol kecil, kamera mini dan pelbagai lagi peralatan yang digunakan oleh pengintip China, yang menurut direktor muzium ini, terlalu sensitif untuk dilihat oleh orang asing.

Hanya pengunjung yang terdiri daripada rakyat China sahaja boleh memasuki muzium ini dan tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil gambar.

Rujukan :

1. Hello Travel

2. Huffington Post

3. Ancient Origin

4. Wonderslist




Hakcipta iluminasi.com (2017)