Bagi sesetengah haiwan, gigi adalah ciri yang paling utama dalam hidup. Ini biasanya berlaku dalam kalangan pemangsa di mana gigi merupakan senjata utama dalam memastikan kelangsungan hidup.

Gigi pemangsa biasanya digunakan untuk memburu dan membunuh mangsa. Namun, dalam banyak-banyak haiwan di dunia, sesetengah daripadanya mempunya gigi yang sangat luar biasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 6 spesis haiwan yang memiliki gigi paling tajam dan menakutkan.

6. Harimau Bengal

gigi harimau bengal sangat tajam

Harimau sememangnya terkenal sebagai antara salah seekor haiwan yang paling kuat di hutan rimba. Tapi jika anda bercakap tentang harimau, maka harimau Bengal adalah spesis yang mempunyai gigi paling kuat di antara spesis ini.

Di samping itu, harimau Bengal dianggap sebagai salah satu daripada kucing liar yang paling berbahaya dan terbesar di dunia.

Giginya adalah sangat besar dan bulat yang mampu menembusi sebarang jenis daging. Juga diiktiraf sebagai "Harimau Bengal Diraja", harimau Bengal banyak ditemui di kawasan-kawasan di India, Bangladesh dan Nepal.

5. Piranha

gigi piranha tajam

Ikan piranha sangat dikenali sebagai haiwan yang tersangat berbahaya hanya selepas kita melihat haiwan ini dalam filem seram.

Piranha dianggap dalam antara salah satu ikan paling berbahaya di dunia, kerana memiliki rahang yang menyeramkan.

Gigi dan rahang piranha yang sangat kuat adalah sebanding dengan mesin pemotong. Selain itu, gigi piranha biasanya berbentuk segi tiga dan seperti pisau cukur, yang memudahkan haiwan ini memotong apa sahaja.

Gigi seperti pisau cukur ini terbentuk di sepanjang rahang yang membantu piranha "menebuk" mangsanya dengan begitu pantas.

4. Goliath Tigerfish

gigi goliath tigerfish

Sekali pandang, mulut ikan goliath tigerfish ini kelihatan seperti perangkap kaki. Juga diakui sebagai "harimau raksasa" atau "Mbenga", ikan harimau ini biasanya ditemui di kawasan air tawar Afrika.

Ia pada dasarnya adalah pemangsa dan boleh membahayakan manusia. Kes serangan ikan ini yang paling banyak direkodkan berlaku di Republik Demokratik Kongo di mana penduduk tempatan menceritakan bahawa ikan ini tersangat kuat.

Selain itu, bahagian mulut ikan goliath terdiri daripada gigi yang terletak ke dalam alur tersendiri yang setanding dengan bilah besi.

Penduduk tempatan menamakan ikan ini sebagai "Mbenga", yang bermaksud semangat jahat.

3. Payara

gigi ikan payara

Ikan payara biasanya boleh ditemui di kawasan tropika di Amerika Selatan di Amazon Basin. Ikan dewasa bertambah membesar sehingga saiz 30 sentimeter panjang.  

Ikan ini pada umumnya sangat agresif dan tidak sesuai untuk dicampurkan dengan ikan lain dalam akuarium. Oleh itu, ikan ini perlu ditempatkan bersama dengan haiwan bersaiz lebih besar untuk mengelakkan yang lain daripada menjadi mangsa.

Gigi adalah sesuatu yang sangat menonjol pada ikan ini kerana mempunyai struktur yang sangat panjang dan tajam di sepanjang rahangnya.

2. Badak air

gigi badak air

Juga dikenali sebagai "hippo", haiwan itu ini adalah separa akuatik kerana kebanyakan masanya dihabiskan dengan berendam di dalam air.

Walaupun kelihatan sangat comel dan disukai oleh kanak-kanak, namun badak air dianggap sebagai salah satu haiwan yang paling berbahaya di dunia dan terkenal kerana sifat panas baran.

Lebih bahaya, ia memiliki gigi yang tersangat tajam yang mana terkenal kerana menyebabkan kecederaan terhadap orang awam di pelbagai kawasan di seluruh dunia.

Malah, badak air biasanya akan mengejar sesiapa sahaja yang dianggap membahayakan dalam kawasannya. Perkara paling menarik tentang gigi badak air ini adalah giginya akan menjadi semakin tajam apabila bergegel di antara satu sama lain.

Gigi haiwan ini juga diperbuat daripada taring gading, yang mana dianggap sebagai salah satu yang paling berharga di seluruh dunia.

1. Jerung putih

gigi jerung putih

Jerung putih dianggap sebagai haiwan laut paling dahsyat dalam sejarah disebabkan giginya yang tersangat dahsyat.

Juga dianggap sebagai "paus pembunuh", haiwan laut ini dianggap sebagai haiwan pemakan daging terbesar di dunia.

Apa yang menarik adalah gigi jerung putih akan tumbuh baru setiap 8 bulan, membuatkan giginya sentiasa kuat dan dalam keadaan baik.

Malah, ia dikenali kerana memburu di hampir kesemua kawasan lautan yang ada. Gigi milik ikan ini adalah seperti pisau di mana ia digunakan untuk menikam dan bukannya mengunyah.

Lebih menakutkan bagi haiwan laut lain, jerung putih terkenal sebagai pemangsa yang sangat cekap dan tepat dalam menangkap sasaran.

Rujukan:

1. Animals

2. TWOE

3. Telegraph




Hakcipta iluminasi.com (2017)