wanita berjambang janggut misai

Kecantikan bagi wanita didefinasikan sebagai wajah yang bebas daripada masalah kulit, rambut yang cantik dan penampilan yang menawang. Kaum hawa akan berasa gundah gulana jika hanya sebutir jerawat tumbuh di wajah mereka, begitu bimbang mereka akan kecantikan mereka terjejas.

Namun, bagi wanita-wanita ini, definisi cantik itu sangat berbeza. Dengan ketidaksempurnaan yang dialami, mereka masih mampu yakin akan penampilan mereka. iluminasi.com ingin kongsikan 5 wanita berjanggut yang mempunya persepsi berbeza terhadap kecantikan.

5. Jane Barnell

jane barnell wanita berjanggut memberikan persepsi lain kepada kecantikan 2

Jane Barnell mula menjadi popular disebabkan oleh peranannya sebagai wanita berjanggut dalam filem Freaks pada tahun 1932. Ketika berusia 4 tahun, Jane dijual kepada sarkas oleh ibunya ketika ketiadaan bapanya.

Sarkas tersebut kemudiannya berpindah ke Eropah dan kemudiannya Jane ditinggalkan di rumah anak yatim di Jerman di mana dia diserang penyakit. Walaubagaimanapun bapanya telah berjaya menyelamatkannya ketika berusia 5 tahun.

jane barnell wanita berjanggut memberikan persepsi lain kepada kecantikan

Jane kembali ke dunia hiburan ketika dewasa dan diiktiragf sebagai wanita yang mempunyai janggut terpanjang ketika itu dengan panjang 33 sentimeter. Jane kemudiannya menjadi jurugambar fotografi dan berkahwin beberapa kali.

Jane mempunyai dua cahaya mata yang meninggal dunia sebelumnya.

4. Vivian Wheeler

vivian wheeler wanita berjanggut memberikan persepsi lain kepada kecantikan 2

Dilahirkan pada tahun 1948, Vivian Wheeler sedikit berbeza daripada wanita-wanita dalam senarai ini kerana dilahirkan sebagai khunsa. Vivian menjalani pembedahan untuk menukar alat kelamitnya supaya berfungsi lebih kepada wanita.

Ibunya sangat menyayanginya namun bapanya hanya mahu menggunakan Vivian bagi mendapatkan wang. Dia mula bekerja seawal usia 5 tahun dalam pertunjukkan dan menghantar wang pulang ke rumah setiap tahun.

vivian wheeler wanita berjanggut memberikan persepsi lain kepada kecantikan

Ketika bekerja, beliau dijaga oleh wanita berjanggut yang lebih tua namun di rumah Jane dipaksa untuk bercukur. Jane sangat benci dipaksa bercukur dan mengubah dirinya. Vivian menukar namanya kepada Malinda Maxey ketika membesar dan menjadi seorang yang alim. 

Vivian berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai seorang anak lelaki yang diberikan kepada orang lain ketika masih kecil. Kini, Vivian sudah bersara.

3. Jennifer Miller

jennifer miller wanita berjanggut memberikan persepsi lain kepada kecantikan

Jennifer adalah seorang wanita berjanggut yang luar biasa dan menjadikan "pertunjukan aneh" sebahagian daripada hidupnya dan mengawal pertunjukan ini dalam sarkasnya sendiri.

jennifer miller wanita berjanggut memberikan persepsi lain kepada kecantikan 2

Jennifer yang tidak selesa dengan idea mencukur wajahnya telah meninggalkan masyarakat dan menghabiskan hidupnya bersendirian sebagai wanita berjanggut, mencari semula definisi kecantikan bagi seorang wanita.

Jennifer merupakan pemilik Sarkas Amok yang terletak di New York City. Dia juga merupakan seorang yang berbakat sebagai penulis, pengarang drama, pelakon dan aktivis.

2. Kore Bobisuthi

kore bobisuthi wanita berjanggut memberikan persepsi lain kepada kecantikan 2 776

Walaupun Kore Bobisuthi menjalani hidup seolah-olah seperti ibu-ibu biasa, namun dia tak dapat lari daripada realiti mempunyai janggut. Janggut yang dimiliki Kore sangat lebat dan beliau mempamerkan janggut ini dalam pertandingan bersaing dengan lelaki.

Janggut Kore sangat sempurna seperti seorang lelaki kerana dia menghidap penyakit yang dikenali sebagai sindrom ovarium polikistik atau PCOS.

kore bobisuthi wanita berjanggut memberikan persepsi lain kepada kecantikan 874

Walaupun Kore bangga dengan janggutnya, namun dia sering dibuli secara berterusan oleh orang awam hanya kerana menjalani hidup seperti orang biasa dan enggan mencukur janggut.

Bagi Kore, pasangan dan anaknya, janggutnya bukanlah satu masalah, tetapi masyarakat yang bermasalah. 

1. Harnaam Kaur

harnaam kaur dengan anugerah guiness world record

Harnaam Kaur adalah seorang wanita berjanggut yang juga merupakan seorang instafamous. Seperti Korea, janggut Harnaam tumbuh kesan daripada PCOS. Namun begitu, dia kini menjadi selebriti dan model instagram yang popular.

Anda pasti tak dapat mengalihkan pandangan daripada Harnaam yang bersolek dengan sangat cantik, memakai serban dan berpakaian menarik, dan dalam masa yang sama berjanggut.

harnaam kaur

Daripada menyembunyikan dirinya, Harnaam memilih untuk menunjukkan dirinya yang sebenar. Dia merupakan satu contoh positif dan variasi kecantikan di dunia yang sering diharapkan oleh mana-mana wanita.

Harnaam berjaya menepis bulian rakan sebaya dan membesar menjadi orang dewasa yang bangga dengan diri sendiri walaupun mempunyai rupa yang sedikit berbeza daripada wanita lain.

Rujukan:

1. Guardian

2. Liverse

3. Oregon Live

4. NY Times


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)