Kecantikan itu sesuatu yang sangat subjektif. Apa yang cantik di mata anda tak semestinya cantik di mata orang lain. Dan persepsi terhadap kecantikan ini biasanya dipengaruhi oleh budaya di sesuatu kawasan tersebut.

Disebalik kecantikan yang dilihatkan secara rata oleh semua populasi di atas muka bumi ini, terdapat budaya-budaya tertentu di dunia ini yang melihatkan kecantikan itu dari sudut yang agak pelik dan lain daripada yang lain. iluminasi.com ingin kongsikan dengan anda 9 persepsi kecantikan yang lain daripada yang lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Membentuk kaki - China

membentuk kaki persepsi kecantikan yang pelik dari seluruh dunia

Membentukkan kaki adalah satu amalan aneh yang menyakitkan berlaku di China, sejak abad ke-10 lagi. Ia dilihatkan sebagai simbol status untuk wanita untuk memiliki kaki yang kecil dan elegan.

Jadi, ketika masih kecil, mereka akan mematahkan jari kaki dan melengkungkan ke bawah kaki supaya ia menyerupai hoof (seperti kaki kuda). Ia dilakukan dengan merendamkan kaki dalam air kencing dan cuka, sebelum melipat semua jari kaki, dimasukkan ke bawah tapak kaki dan dibungkuskan dengan pembalut dengan sangat ketat.

membentuk kaki persepsi kecantikan yang pelik dari seluruh dunia 2

Ia sangat menyakitkan dan memudaratkan kesihatan namun masih wujud sebagai amalan selama 10 abad walaupun menerima tekanan berterusan daripada reformis. Ia tidak diharamkan sehinggalah tahun 1911, namun masih dilakukan untuk 20 hingga 30 tahun di beberapa kawasan, dengan beberapa wanita tua masih hidup hari ini dengan kesan amalan pelik ini.

2. Gigi bengkok - Jepun

gigi bengkok persepsi kecantikan wanita yang sangat pelik dari seluruh dunia 2 273

Jika di Malaysia remaja berebut-rebut ingin memakai pendakap gigi bagi menyusun semula kedudukan gigi, berbeza pula di Jepun. Sub-budaya di Jepun yang agak pelik di mana mereka menjadikan gigi yang senget dan bengkok sebagai satu fenomena kecantikan, yang dikenali sebagai "Yaeba".

Secara literal, ia bermaksud "gigi bertindih". Yaeba adalah amalam menutup gigi hadapan untuk kelihatan lebih muda remaja dan memainkan peranan penting dalam budaya Jepun yang dikenali sebagai "Kawai" atau comel, kerana gigi yang menggerutu menjadikan wanita kelihatan lebih muda daripada usianya.

gigi bengkok persepsi kecantikan wanita yang sangat pelik dari seluruh dunia 2

Setiap gigi yang ingin dilakukan begini boleh menelan kos belanja RM1200, dalam prosedur yang dikenali sebagai "Tsuke Yaeba". 

3. Meregangkan telinga - Kenya dan bahagian lain di Afrika

meregangkan telinga persepsi kecantikan wanita yang sangat pelik dari seluruh dunia 2

Terkenal di beberapa bahagian di Afrika, ahli suku kaum Masai di Kenya terkenal dengan amalan di mana barang kemas yang berat diperbuat daripada batu atau gading gajah, kerap digunakan sebagai anting-anting yang secara perlahan-lahan meregangkan telinga mereka.

Semakin besar dan panjang lubang-lubang tersebut, semakin baik kerana ia menunjukkan tempoh masa anda berada dalam suku kaum ini. Selalunya, lubang teling ini dihiasi dengan manik dan permata berwarna terang bagi menarik perhatian terhadap saiz lubang yang mengagumkan.

4. Wajah berbentuk V - Korea Selatan

muka berbentuk v persepsi kecantikan yang pelik dari seluruh dunia 2

Tulang dagu dan rahang yang menonjol membawa kepada bentuk muka seperti bentuk "V" adalah sangat popular di Korea Selatan. Tersangat popular sehinggakan pelbagai jenis produk bagi menjadikan muka seseorang berbentuk begini di jual secara meluas di pasaran.

Pembedahan juga tersedia bagi mereka yang mampu di mana iklan-iklan terpapar di sistem pengangkutan awam seperti di kereta api bawah tanah dan bas-bas, yang mana mempamerkan selebriti popular yang mempunyai wajah berbentuk V.

5. Plat bibir - Afrika dan Amerika Selatan 

meregangkan bibir persepsi kecantikan yang pelik dari seluruh dunia 2

Seperti amalan meregangkan telinga, plat bibir adalah princip yang sama, tetapi dilakukan pada bibir bawah. Ia merupakan amalan yang digunakan oleh puak-puak tertentu di Afrika serta Amazon di Amerika Selatan.

Dengan mencabut dua gigi depan, tebukan dibuat pada bibir di mana tanah liat yang berat atau cakera kayu dipasangkan. Ia kemudiannya digantikan dengan cakera yang lebih besar dari masa ke masa untuk meningkatkan regangan.

Semakin besar cakera pada bibir seseorang, semakin cantik dia kelihatan kerana ia melambangkan kematangan dan meningkatkan nilai seorang wanita.

6. Punggung besar - Amerika Utara dan Eropah

punggung besar persepsi kecantikan wanita yang sangat pelik dari seluruh dunia

Wanita yang mempunyai saiz punggung yang besar telah lama menjadi tanda kesuburan, dan dalam budaya-budaya tertentu, ia sangat lah berharga.

Di Eropah dan Amerika Utara, punggung besar sering dihargai sehinggakan ramai yang mendapatkan pembedahan implan atau mengambil lemak daripada bahagian badan lain untuk "dipasangkan" pada bahagian punggung.

Keindahan erotik punggung amat penting kepada orang-orang Yunani Kuno dan sebahagian besarnya meresap ke Eropah.

punggung besar persepsi kecantikan wanita yang sangat pelik dari seluruh dunia 2

Kini, ramai selebriti popular seperti Kim Kardashian, Beyonce dan Nicki Minaj telah menyemarakkan dan meraikan amalan ini namun bahagian lain di dunia tidak melihat ia sebagai satu kecantikan, seperti di Asia yang lebih menggemari bentuk badan yang langsing dan kecil serta keding.

7. Kecantikan semulajadi - Perancis

rupa semulajadi persepsi kecantikan wanita yang sangat pelik dari seluruh dunia 2

Ketika banyak budaya kecantikan dunia yang mengharapkan alat solek atau perubahan bentuk badan yang dramatik untuk kelihatan cantik, namun kebanyakan wanita di Perancis lebih memilih rupa "Au Naturel", yang mana mengenakan solekan nipis atau tiada solekan langsung dan memberikan tumpuan untuk menonjolkan kecantikan semula jadi.

Lebih banyak wang dibelanjakan untuk krim dan pelembap bagi mengekalkan penampilan muda dan semulajadi, bertentangan dengan solekan yang menutupi kecacatan pada wajah.

Ramai orang Perancis dan Eropah lebih menghargai bulu-bulu badan semulajadi mereka, dan kurang mencukur atau "waxing", tidak seperti yang dilakukan budaya Barat dan juga sering mengelakkan daripada memakai minyak wangi.

8. Leher panjang - Afrika dan Asia

leher panjang persepsi kecantikan wanita yang sangat pelik dari seluruh dunia 2

Dalam budaya tertentu di Afrika dan Asia, cincin leher dikaitkan dengan kecantikan leher panjang yang elegan, yang sering mempamerkan status perkahwinan atau status hierarki berbanding yang lain.

Gegelung ketat ini mengubah bentuk tulang selangka dan menolak bahagian tulang belakang yang membawa kepada leher yang lebih panjang. Dan cincin leher ini harus dipakai secara berterusan bagi menyokong leher selepas ia meregang.

9. Kulit cerah dan pucat - Asia Tenggara

kulit cerah dan pucat persepsi kecantikan wanita yang sangat pelik dari seluruh dunia

Di saat kebanyakan budaya Barat lebih menghargai warna kulit yang lebih sawa matang sebagai tanda kesihatan dan kekayaan, kerana berupaya untuk berjemur di bawah matahari, namun kebanyakan budaya Timur berasakan sebaliknya dan lebih memilih warna kulit yang lebih cerah dan pucat.

Perkara ini berlaku secara meluas terutamanya di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Sebahagian daripada persepsi ini berpunca daripada bahawa anda tidak perlu keluar di bawah cahaya matahari melakukan tugas atau kerja seperti buruh. Ini secara tak langsung menjadikan mereka yang berkulit cerah dan pucat  sebagai simbol kecantikan kemewahan.

Oleh itu, banyak produk kecantikan mengandungi unsur peluntur kulit dikeluarkan, untuk membuatkan mereka kelihatan lebih pucat. Dan semakin cerah kulit anda, semakin cantik anda kelihatan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)