Sejarah sentiasa penuh "kalau" dan perang tidak terkecuali dalam hal ini. Ia adalah sesautu yang menyeronokkan untuk kita membuat spekulasi tentang apa yang akan berlaku jika sesuatu peperangan itu berlaku.

Sebenarnya, terdapat terlalu banyak contoh di mana peperangan hampir-hampir berlaku. Namun disebabkan beberapa faktor, ia berjaya dihentikan dan ramai yang tertanya-tanya bagaimana jika ia berlaku.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 6 peperangan dahsyat yang hampir-hampir berlaku.

6. Kesatuan Soviet hampir menceroboh Israel

rusia hampir serang israel

Dengan segala kejahatan yang dilakukan oleh mereka sepanjang sejarah, Israel sangat bertuah kerana terselamat dari kemusnahan bukan sekali, tetapi 2 kali di tangan Kesatuan Soviet.

Semasa Perang Enam Hari, Kesatuan Soviet memberitahu Amerika Syarikat bahawa jika Israel tidak berhenti berperang dengan segera, maka mereka terpaksa untuk melindungi kepentingan di Timur Tengah. Ini dilihatkan sebagai satu ancaman tipis untuk menyerang Israel.

Walaupun ia dikatakan sebagai satu ancaman kosong, para sejarawan yang mengkaji perang ini dengan lebih dekat mendapati bahawa Kesatuan Soviet benar-benar serius dengan amaran mereka.

Mereka telah menyediakan kekuatan tentera untuk melakukan serangan, lengkap dengan pesawat dan kapal bersenjata nuklear.

Sesetengah ahli sejarah juga mendakwa bahawa Soviet adalah pihak yang menghasut Perang Enam Hari, dengan harapan untuk memusnahkan keupayaan nuklear Israel.

Jika ya, pelan itu digagalkan kerana kemenangan Israel yang pantas terhadap orang Arab. Satu lagi ancaman terjadi pada Perang Yom Kippur tahun 1973.

Ketika itu, tentera Israel hampir memusnahkan Tentara ke-3 Mesir dan mengebom Damsyik dengan artileri. Dengan itu, mereka diperintahkan untuk menghentikan semua pertempuran.

Perintah tersebut berlaku selepas Kesatuan Soviet membuat ancaman kepada AS bahawa mereka akan "campur tangan secara paksa" jika peperangan masih berlarutan.

5. Perancis dan Britain hampir berperang sebelum Perang Dunia Pertama 

insiden fashoda

Kita hanya boleh membayangkan sahaja apa yang akan berlaku jika Britain dan Perancis bertempur dalam perang sebelum Perang Dunia Pertama, insiden yang dikenali sebagai Insiden Fashoda.

Kedua-dua pihak Britain dan Perancis mahu memperluas koloni mereka di Afrika dan sedang mencari kawasan baru untuk mendudukinya.

Fashoda yang terletak di Sudan, adalah tempat yang sempurna bagi mereka untuk menghubungkan jajahan masing-masing dan membentuk kerajaan Afrika yang bersebelahan.

Perancis sampai ke Fashoda pada 18 Julai 1898 dan diikuti oleh Britain 2 bulan kemudian, satu pertemuan yang mengakibatkan kebencian yang sangat tegang.

Berita tentang kekacauan ini sampai ke negara asal mereka dan menghasut mereka untuk menggerakkan angkatan laut masing-masing.

Bagaimanapun, pada ketika itu Perancis menyedari angkatan laut mereka tidak mampu bertempur dengan Britain dan sebaliknya berunding untuk berdamai.

Menteri Luar Perancis, Theophile Delcasse, juga menginginkan perikatan dengan British untuk mengatasi pengaruh Jerman di benua itu.

Sebulan kemudian, Perancis dengan bijak keluar dari Fashoda, dengan itu menamatkan pertikaian dan memastikan mereka tetap bersekutu dengan Britain semasa Perang Dunia I.

4. Rusia dan Britain hampir berperang

insiden tebing dodger

Salah satu tempoh terburuk antara British dan Rusia sebelum era Soviet berlaku semasa Perang Russo-Jepun pada tahun 1900-an, khususnya dalam Insiden Bank Dogger yang terkenal.

Dalam kejadian itu, kapal perang dari Baltic Fleet milik Rusia melalui Laut Utara dan bertembung dengan apa yang mereka sangka sebagai bot-bot torpedo Jepun.

Akan tetapi, bot-bot tersebut sebenarnya adalah kapal penangkapan ikan Inggeris. Pihak Rusia langsung tidak menyedari bahawa Jepun sebenarnya bukan berada di Lautan Atlantik tetapi Lautan Pasifik.

Rusia dengan segera menenggelamkan salah satu bot dan membunuh 2 kru. Kejadian itu mendorong British untuk mengadakan perhimpunan menentang Rusia.

Kapal perang British mengekori armada Rusia sebagai persediaan untuk berperang. Akan tetapi, permohonan maaf oleh Rusia dan pampasan yang adil untuk mangsa-mangsa telah menyelamatkan Rusia daripada perang dahsyat yang mungkin berlaku.

Walau bagaimanapun, perjalanan pelayaran Rusia sudah ditakdirkan untuk hancur di mana beberapa bulan selepas peristiwa itu, mereka telah dihapuskan sepenuhnya oleh angkatan laut Jepun dalam Pertempuran Tsushima.

3. Kebuntuan antara India dan Pakistan 

kebuntuan india pakistan

Salah satu perselisihan sejarah yang paling berlarutan adalah antara Pakistan dan India.

Sejak tahun 1940-an, kedua-dua negara telah terlibat dalam 4 peperangan konvensional dan terlibat dalam "4 pertikaian setiap lima tahun."

Namun, semua konflik itu kelihatan kurang dahsyat berbanding dengan kebuntuan yang berlaku pada tahun 2001 hingga 02 di antara kedua-dua negara.

Ia merupakan suatu kebuntuan yang sangat hampir mengakibatkan perang nuklear.

Titik permulaan kebuntuan adalah apbila serangan pengganas oleh Pakistan yang dahsyat terhadap Parlimen India pada 1 Oktober 2001, menyebabkan puluhan orang mati dan beberapa lagi cedera.

Serangan pengganas itu, digabungkan dengan perang sempadan hanya 2 tahun sebelum ini, cukup untuk membuatkan kerajaan India tersangat marah untuk menggerakkan hampir sejuta tentera di sepanjang sempadannya bersama Pakistan dan menuntut keadilan.

Sebagai tindak balas, tentera Pakistan menyediakan beberapa ratus ribu angkatan bersenjata. "Permainan" yang tegang selama 10 bulan di sepanjang sempadan kedua-dua negara itu menjadi semakin membimbangkan dengan kehadiran senjata nuklear.

Kerajaan Pakistan juga menyatakan kesanggupan mereka untuk membuat serangan awal dengan peluru berpandu nuklear terhadap tentera India yang lebih besar, jika perlu.

Mujurlah untuk kedua-dua negara dan seluruh dunia, krisis tersebut berakhir apabila kaum India memutuskan untuk menjadi yang pertama untuk berundur iaitu pada 16 Oktober 200, satu gerakan yang diikuti oleh Pakistan sejurus selepas itu.

Malangnya, ancaman perang nuklear tidak menghalang kedua-dua negara daripada meneruskan konflik berterusan mereka, seperti yang ditunjukkan oleh kebuntuan lain pada tahun 2008. 

2. Kemelut Selat Taiwan Pertama Dan Kedua hampir-hampir melibatkan nuklear

krisis selat taiwan 2

Salah satu isu yang terus menghalang hubungan Amerika Syarikat dan China adalah kewujudan Taiwan.

Sejak penubuhannya pada tahun 1949, pulau kecil dari Nationalis China sebahagian besarnya bergantung kepada Amerika Syarikat untuk terus bertahan terhadap jiran Komunis yang lebih besar.

Bagi Amerika Syarikat, perlindungan berterusannya terhadap Taiwan hampir-hampir menyebabkan mereka menyerang China sebanyak dua kali dengan senjata nuklear.

Kali pertama AS hampir-hampir melancarkan peluru berpandu nuklear ke China berlaku semasa Krisis Selat Taiwan Pertama, pada tahun 1954.

Komunis China menundukkan Nasionalis Tiwan dengan serangan artileri yang dahsyat.

AS kemudiannya mengerahkan pasukannya ke rantau tersebut dan secara serius mengancam komunis dengan perang nuklear jika mereka tidak berhenti menembak.

Krisis kedua tidak banyak berbeza, dengan AS menggunakan ancaman tentera ke atas Komunis China.

Namun, kemenangan itu agak singkat. Komunis China menyedari bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada Soviet untuk menyelamatkan mereka sekiranya berlaku konflik nuklear dengan Amerika, jadi mereka memutuskan untuk membina senjata nuklear mereka sendiri.

1. Perang Dunia Kedua hampir-hampir berlaku setahun lebih awal

nazi hitler perang dunia kedua

Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa Perang Dunia II secara rasminya bermula apabila Nazi Jerman menyerang Poland pada 1 September 1939.

Walau bagaimanapun, Perang Dunia II mungkin bermula setahun sebelumnya, dengan permulaan "Fall Grun" atau Operasi Hijau, rancangan serangan Hitler terhadap Czechoslovakia.

Walaupun orang Jerman akhirnya menduduki Czechoslovakia tanpa tentangan beberapa bulan sebelum Perang Dunia II, namun ia sangat berisiko tinggi.

Sebagai permulaan, Czechoslovakia bersekutu dengan Perancis, Britain, Poland dan Kesatuan Soviet.

Jerman mungkin akan bertempur dalam perang akan berkesudahan dengan kekalahan yang pasti ketika itu.

Dalam satu mesyuarat rahsia pada 4 Ogos 1938, mereka juga merancang untuk menangkap Hitler, jika Nazi memutuskan untuk melakukan operasi ketenteraan tersebut.

Penangkapan itu hanya akan dibuat jika Britain dan Perancis juga bersetuju untuk berjuang untuk Czechoslovakia.

Nasib baik untuk Hitler, Britain dan Perancis fikir ia lebih baik untuk melepaskannya, dan dengan itu memberi kuasa kepada Nazi untuk menduduki Czechoslovakia. 

Rujukan:

1. Jewish Book Council

2. History Channel

3. War History Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)