Oleh pada 25 Mar 2017 kategori

Tidak dinafikan lagi Sir Alex Ferguson terkenal dengan kebijaksanaan beliau menguruskan Manchester United dan juga bakatnya mengesan dan merekrut pemain bertaraf dunia. Namun sepanjang 27 tahun kariernya di Manchester United, beliau tidak terkecuali daripada membuat beberapa pembelian yang dianggap tidak membuahkan hasil. Ketika beliau bersama Manchester United, beliau telah membuat pembelian sejumlah 99 pemain kesemuanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

"Kadang-kadang anda tidak berapa pasti tentang kebolehan seseorang pemain," katanya. "Kadang-kadang anda meragui. Kadang-kadang anda perlu meneka, dan kadang-kadang...anda boleh boleh tahu," tambahnya lagi.

Ini antara 10 pembelian pemain yang terburuk yang dilakukan beliau ketika bersama Manchester United :

1. Eric Djemba-Djemba

Pada tahun 2003, Ferguson membawa masuk pemain yang kurang terkenal, Djemba-Djemba dari Nantes dengan bayaran £3.5 juta, dengan komen beliau ketika itu "Dia kelihatan seperti seorang pemain Manchester United dari setiap sudut,". Namun, beliau salah. Pemain yang berasal dari Cameroon ini membuat debut pertamanya dengan terjahan agresif ke atas pemain Arsenal, Sol Campbell, yang mana dilabelkan sebagai kejam oleh Arsene Wenger yang menyebabkan pemain pertahanan muda Arsenal itu terpaksa dibuang.

djemba djemba

Djemba-Djemba hanya bertahan selama 2 musim sebelum dijual kepada Aston Villa dengan nilai jualan hanya £1.5 juta. Beliau selepas itu berpindah ke kelab Eropah, dan juga ke kelab Qatar, Israel dan Indonesia.

2. Bebe

Walaupun sudah berada di penghujung kariernya ketika beliau menandatangani pemain Tiago Manuel Dias Correia pada tahun 2010, ia masih mampu memberikan pengajaran yang bernilai kepada Ferguson. Beliau tidak pernah melihat Bebe bermain dari jarak dekat, dan hanya bergantung kepada rakaman video dan juga cadangan pemerhati bola sepak.

bebe

Bebe hanya berumur 20 tahun ketika Red Devils membayar £7 juta untuk seorang penyerang, namun beliau hanya banyak diturunkan betul-betul sebelum beliau dipinjamkan kepada beberapa kelab, yang mana tiada satu pon berhasil. Akhirnya Bebe menyertai Benfica pada tahun 2014 dan selepas itu diberli oleh kelab Eibar.

3. Gabriel Obertan

Ferguson menghadapi masalah besar untuk mencari pengganti di bahagian penyerang selepas Cristiano Ronaldo keluar menyertai Real Madrid pada tahun 2009. Beliau cuba mendapatkan khidmat pemain sayap Perancis ini, daripada Bordeaux tahun yang sama dengan bayaran sekitar £3 juta.

gabriel obertan

Laju dan dengan kebolehan untuk menggelecek melepasi pertahanan lawan, namun cara Obertan membuat keputusan membuktikan beliau tidak cukup hebat, dan juga dibelenggu dengan kecederaan mengejut. Beliau hanya bertahan 2 musim sebelum dijual kepada Newcastle Unted. Sekarang beliau bermain untuk kelab West Bromwich Albion.

4. Juan Sebastian Veron

Ketika United membayar £28 juta untuk membawa Veron dari Lazio pada tahun 2001, ia telah memecahkan rekod pembelian di Britain. Veron telah mempunya reputasi besar dan juga telah memenangi liga Itali dan Coppa Italia, namun beliau tidak dapat memberikan impak yang diharapkan kerana cara permainan di England yang terlalu laju untuk pemain Argentina ini. Ferguson mempertahankan Veron di depan journalis pada tahun 2002 dengan berkata "Beliau adalah pemain yang sangat berbakat, dan anda semua adalah bodoh," 

juan sebastian veron

Namun, Veron dijual kepada Chelsea pada tahun 2003 melebihi separuh harga ketika dibeli United iaitu £15 juta, betul-betul selepas United menjuarai Liga Inggeris. The Times menyenaraikan Veron sebagai pemain yang paling teruk pernah ditandatangani oleh Manchester United dan Chelsea.

5. Dong Fangzhuo

Sebelum kehadiran Park Ji Sung yang memberi khidmat kepada kelab ini, United mempunyai seorang pemain dari Asia, Dong Fangzhuo, yang dibeli dari kelab China, Dalian Shide, dengan bayaran permulaan sebanyak £500,000 pada tahun 2004. Ia boleh mencecah hingga £3.5 juta, bergantung kepada penampilan dalam perlawanan, namun beliau tidak diturunkan sekerap yang disangka. Harapan United ketika itu adalah dengan pembelian Fangzhuo, ia dapat membantu penjualan jersi di Asia dan juga dapat membantu prestasi mereka di atas padang.

dong fangzuo

Malangnya, tak seperti Park Ji Sung, penyerang dari China ini tidak menjadi di Old Trafford, dan menghabiskan kebanyakkan masanya dipinjamkan kepada Royal Antwerp atau menjadi pemain simpanan sebelum pulang ke China pada tahun 2008.

6. Kleberson

2 pemain dibeli sekaligus pada tahun 2003, iaitu Kleberson dan Cristiano. Namun apa yang menyedihkan kerjaya mereka di Old Trafford berakhir dengan cara yang sangat berbeza. Bintang Portugal Cristiano telah memenangi banyak trofi termasuk 3 kali juara Liga Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah dan juga Piala FA.

kleberson

Kleberson bermula dengan memenangi Piala Dunia 2002, tetapi kerjayanya di United tidak dapat menyamai pencapaian lamanya. Dibeli dengan harga £6.5 juta, beliau pernah memenangi Piala FA 2004, namun beliau tidak disenaraikan dalam barisan pemain bermula dari suku akhir hingga United memenanginya. Selepas 2 musim, Ferguson menjualnya kepada kelab Brazil, Besiktas.




Hakcipta iluminasi.com (2017)