Oleh pada 17 Nov 2017 kategori

Kelayakkan Piala Dunia 2018 bukanlah satu perkara mudah kerana banyak harus ditempuhi oleh negara-negara yang bertanding bagi mendapatkan tempat ke slot Piala Dunia di Rusia. Walaupun begitu, negara "underdog" tetap tidak berputus asa dan berjuang sehingga perlawanan terakhir untuk merealisasikan impian untuk bermain di Piala Dunia 2018.

6. Tunisia

Tunisia boleh dianggap sebagai pasukan "underdog" buat skuad bolasepak bagi benua Afrika kerana ia banyak dibandingkan dengan negara-negara hebat seperti Ivory Coast, Afrika Selatan, Ghana, Cameroon dan Nigeria. Tanpa bintang yang hebat, mereka masih lagi mampu melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perlawanan peringkat kumpulan Kelayakkan Piala Dunia 2018 untuk Tunisia boleh dianggap mudah walaupun dengan status negaranya yang tidak berapa popular kerana ia hanya perlu menentang negara yang lemah dalam sukan bolasepak seperti Congo, Libya dan Guinea. Oleh sebab itu, mereka berjaya melayakkan diri kerana pasukan lawan tidak begitu kuat.

Walaupun begitu, mereka tidak memandang rendah pasukan lawan dan mereka bermain sehabis baik setiap 90 minit untuk mendapatkan tempat di Rusia. Kejayaan mereka harus diberi penghormatan kerana tiada perasaan riak yang ditunjukkan oleh pasukan ini walaupun menentang negara-negara yang lemah.

5. Sweden

sweden piala dunia 2018

Ramai yang pasti terkejut kerana melihat Sweden berada dalam senarai ini kerana menganggap Sweden merupakan sebuah negara hebat. Namun Sweden layak berada dalam senarai ini kerana lawan yang ditempuh oleh mereka bukanlah negara-negara yang mudah. Tanpa kelibat Zlatan Ibrahimovic yang telah bersara daripada pasukan antarabangsa, ia memburukkan lagi keadaan buat negara ini.

Dalam peringkat kumpulan Kelayakkan Piala Dunia 2018 benua Eropah, juara kumpulan secara automatik akan terus layak dan di tempat kedua harus bertanding dengan negara Eropah lain yang juga berada di tempat kedua. Pada awalnya, ia kelihatan sukar bagi Sweden kerana Perancis dan Belanda berada dalam kumpulan yang sama dengannya.

Namun Sweden berjaya mengatasi Belanda di tempat kedua dengan perbezaan gol setelah kedua-dua pasukan ini mempunyai mata yang sama. Kejayaan Sweden membelasah Luxembourg 8-0 membuka peluang mereka untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 setelah Belanda tidak mampu melepasi jurang perbezaan gol itu.

Walau bagaimanapun, perjuangan mereka menjadi lebih sukar kerana mereka terpaksa bertemu dengan juara Piala Dunia 2006, Itali bagi perlawanan terakhir Kelayakkan Piala Dunia. Sweden dipandang rendah oleh pengurus Itali kerana kenyataan yang dikeluarkannya tetapi Sweden berjaya mengalahkan Itali dengan skor agregat 1-0. Walaupun dilihat sebagai pasukan "underdog" jika dibandingkan dengan Itali dan Belanda, mereka berjaya membukti kemampuan mereka.

4. Iceland

iceland piala dunia 2018
Iceland semasa melakukan "viking clap"

Iceland merupakan sebuah negara yang sangat kecil dengan jumlah penduduk seramai 334,252 berdasarkan statistik daripada tahun 2016. Pasukan ini boleh dianggap kerdil dalam benua Eropah namun ia telah membuktikan taringnya ketika Piala Eropah 2016 setelah mengalahkan England.

Pasukan kebangsaan mereka melalui jalan sukar kerana terpaksa menemui negara-negara hebat seperti Croatia, Ukraine dan Turkey. Croatia yang padat dengan pemain bintang seperti Luka Modric dan Turkey juga tidak kurang hebatnya dengan bintang Barcelona, Arda Turan.

Namun, Iceland mengejutkan ramai orang setelah menjadi juara kumpulan I bagi Kelayakkan Piala Dunia 2018 dengan mencatatkan 7 kemenangan daripada kesemua 10 perlawanan. Semangat Iceland tidak tahu erti putus asa telah memberi kekuatan kepada mereka walaupun banyak dipandang rendah oleh pihak lawan.

3. Mesir

mesir piala world cup 2018

Sepanjang kewujudan Piala Dunia bolasepak, Mesir hanya pernah melayakkan diri ke Piala Dunia sebanyak dua kali dan tahun ini merupakan kali ketiga Mesir berjaya melakukannya. Kali terakhir Mesir melayakkan diri ialah 27 tahun lepas iaitu tahun 1990 dan juga Piala Dunia 1934.

Apabila disebut tentang pasukan-pasukan hebat daripada benua Afrika, pengulas sukan pasti akan menyebut tentang negara-negara seperti Ivory Coast, Afrika Selatan, Ghana dan Cameroon. Namun, keempat-empat pasukan ini tidak berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia sebaliknya Mesir berjaya membuat kemunculan setelah sekian lama menunggu.

Kehebatan Mesir dapat dilihat setelah ia berjaya mengatasi Ghana dalam peringkat kumpulan Kelayakkan Piala Dunia benua Afrika. Ghana yang pernah mengejutkan Jerman pada Piala Dunia 2014 tidak mampu menyekat Mesir di Kelayakkan Piala Dunia kali ini. Kejayaan Mesir hadir apabila pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah melengkapkan sepakan penalti untuk mengalahkan Congo 2-1.

2. Panama

panama world cup 2018

Panama yang berada di benua Amerika telah berjaya mengejutkan pasukan hebat Amerika Syarikat dalam Kelayakkan Piala Dunia 2018. Walaupun kalah 4-0 kepada Amerika Syarikat, mereka masih lagi tidak mengalah untuk bermain di Rusia pada tahun 2018. 

3 tempat teratas untuk kumpulan Kelayakkan Piala Dunia 2018 benua Amerika Utara akan mengesahkan slot ke Piala Dunia secara automatik. Pada awalnya, laluan Panama kelihatan sukar dengan lawan seperti Mexico, Costa Rica dan USA namun ia masih cuba untuk memenangi setiap perlawanan.

Kalau anda dengar nama Panama sendiri, anda pasti tidak tahu bahawa ia sebuah negara kerana Panama tidak popular untuk kebanyakkan perkara. Tetapi, kehebatan negara "underdog" ini telah menyebabkan negaranya dikenali ramai. Kejayaan Panama mengalahkan Costa Rica 2-1 meletakkan mereka di tempat ke-3 sekali gus layak ke Piala Dunia. Ini pencapaian yang hebat kerana mereka berjaya mengatasi Amerika Syarikat, sebuah negara yang terkenal di seluruh dunia.

1. Peru

peru world cup 2018

Satu penghormatan besar harus diberikan buat Peru kerana laluan yang mereka terpaksa lalui sangat sukar. Pasukan skuad negara Peru harus menentang negara-negara di benua Amerika Selatan semasa liga kumpulan Kelayakkan Piala Dunia 2018. Bayangkan sebuah negara "underdog" harus melawan pasukan seperti Brazil, Argentina, Uruguay, Colombia, dan Chile.

Brazil ada Neymar, Argentina ada Lionel Messi, Uruguay ada Luis Suarez, Colombia ada Falcao dan Chile ada Alexis Sanchez tetapi buat Peru, mereka tidak mengharapkan bintang-bintang besar. Peru mengakhiri peringkat kumpulan di tempat ke-5 setelah mengatasi Chile yang terpaksa berputih mata.

Tempat ke-5 bagi benua Amerika Selatan terpaksa berlawan dengan New Zealand dan perlawanan akhir ini menentukan siapa yang akan layak ke Piala Dunia 2018. Kejayaan Peru menghasilkan 2 gol menentang New Zealand mengesahkan tempat mereka ke Piala Dunia 2018 dan yang paling menggembirakan ialah kali terakhir mereka bermain di Piala Dunia ialah pada tahun 1982.

Peru juga merupakan pasukan terakhir yang melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 dengan keseluruhan 32 negara. Kejayaan ini pasti menggembirakan peminat bola sepak tanah air mereka kerana peminat mereka tidak putus-putus memberikan sokongan untuk mara skuad negara mara ke Piala Dunia.

sumber: FIFA




Hakcipta iluminasi.com (2017)