kawasaki ninja zx 25r malaysia

Ninja ZX-25R yang baru dilancarkan tapi belum berada di pasaran

Bagi peminat motosikal, pastinya kebanyakan daripada mereka mempunyai impian untuk memiliki motosikal berkuasa besar.

Ini kerana ia mempunyai kelajuan dan kuasa yang lebih dahsyat, yang mana kelajuan itu sendiri adalah elemen penting dalam dunia motosikal.

Bagi mereka yang baru berjinak dalam dunia permotoran berkuasa besar, motosikal 250cc sahaja sudah cukup untuk dijadikan sebagai permulaan sebelum berpindah ke enjin yang lebih besar.

Dan ketika ini, terdapat pelbagai model motosikal 250cc dikeluarkan oleh syarikat-syarikat terkemuka dunia terutamanya dari Jepun.

iluminasi.com kongsikan 6 motosikal 250cc paling laju di dunia

6. Ninja 250SL - 170 kilometer sejam

ninja 250sl

Kawasaki Ninja 250SL (nama kod BX250), yang juga dikenali sebagai Ninja RR Mono di Indonesia  adalah motosikal dalam siri motosikal Ninja oleh Kawasaki yang dijual sejak 2014.

Motosikal ini menggantikan Ninja ZX-150RR 2 lejang (juga dipanggil Ninja RR) yang dihasilkan dari tahun 1996 hingga 2015.

Ia dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 249 cc daripada KLX250 yang menghasilkan 20.6 kW dengan 27.6 kuasa kuda yang didakwa pada 9,700 rpm dan 22.6 N tork pada 8,200 rpm dengan transmisi 6 kelajuan. 

Ninja 250SL mampu mencecah kelajuan maksimum 170 kilometer sejam.

5. Kawasaki Z250 - 172 kilometer sejam

kawasaki z250 2 828

(Kredit gambar: Bikes Republic)

Berbanding versi terdahulu, Z250 2019 menampilkan enjin lebih berkuasa, baik dari segi kuasa atau tork. Dengan enjin 4-lejang bersesaran 249cc DOHC berkuasa 35hp pada 12,500rpm dengan tork 23Nm pada 10,500rpm.

Enjin baharu ini adalah 5 kuasa kuda dan 2Nm lebih tinggi berbanding versi terdahulu. Begitu juga berat badan 5kg (165kg) lebih ringan berbanding model lama, manakala bahagian frem sportbike ini diilhamkan daripada model H2.

Kapasiti tangki bagi Z250 adalah lebih kecil, iaitu 14 liter sahaja. Sebagai perbandingan, model lama memilki tangki berkapasiti 17 liter. 

Namun berita baik kepada bakal pemilik Z250, model ini hanya menggunakan minyak pelincir 2 liter berbanding 2.4 liter untuk versi terdahulu.

Kelajuan Kawasaki Z250 adalah 172 kilometer sejam, sama dengan Yamaha MT25 di senarai ke-4 artikel ini.

4. Yamaha MT25 - 172 kilometer sejam

yama mt25

Yamaha MT-25 ini berasal dari Yamaha YZF-R25. Yamaha R25 sendiri berjaya memecahkan dominasi Kawasaki Ninja 250 Series dalam segmen sukan bermotor kelas menengah.

Bersenjatakan enjin hebat dan reka bentuk gaya MotoGP, Yamaha MT25 menjadi lawan yang seimbang untuk Kawasaki Ninja 250.

MT-25 itu sendiri adalah medium varians dari Siri MT Yamaha, sebagai tambahan kepada MT-09 dan juga MT-07.

Dengan enjin pangkalan yang hampir sama dengan R25, MT-25 mempunyai prestasi yang kuat dan menarik seperti "abangnya" R25.

Yamaha melengkapkan Yamaha MT 25 dengan enjin 249cc DOHC 8-Injap, yang mampu menghasilkan kuasa 26.5 kW pada 12,000 rpm dan juga menghasilkan tork 22.6 Nm pada 10,000 rpm.

Motosikal Yamaha MT25 ini adalah yang keempat paling pantas di dunia dalam kategori 250cc, dengan kelajuan maksimum 172 kilometer sejam.

3. CBR 250RR - 179 kilometer sejam

cbr 250rr 176

Ketika penunggang motosikal suku-liter di Malaysia masih menunggu motosikal Honda CBR250RR, penantian jiran kita Thailand telah berakhir dengan pelancaran motosikal 250 cc Honda ini.

Apa yang tidak begitu baik adalah harganya yang dijual dengan harga RM32,000, menempatkan motosikal ini di antara motosikal 400cc. 

Sebab harga premium ini adalah kerana motosikal CBR250RR di Thailand diperoleh terus dari Jepun, berbanding ia diperoleh dari Indonesia.

Ini menjadikan CBR250RR lebih mahal daripada satu silinder 286cc Honda CBR300, yang juga dijual di pasaran Thailand.

CBR250RR mempunyai enjin 249.7cc 4-lejang 8-injap DOHC selari berkembar, yang mampu menjana kelajuan maksimum 179 kilometer sejam, ketiga terpantas di dunia.

2. Ninja 250Fi / 250SE - 189 kilometer sejam

ninja 250fi 2018

Dilancarkan pada pameran seni Artistik Speed 2018 di Taman Ekspo Malaysia Agro Serdang (MAEPS), Kawasaki Ninja 250 2018 berharga RM23,071.

Menggantikan generasi sebelumnya Kawasaki Ninja 250 dan Ninja 250 SL, Ninja 250Fi mengemas kini formula suku-liter Ninja dengan enjin dan gaya yang baru.

Dilengkapi enjin 249cc DOHC 8 injap, Ninja 250Fi menghasilkan 39 kuasa kuda pada 12,500 rpm dan tork 23.5 Nm pada 10,000 rpm.

Ini adalah peningkatan daripada generasi sebelumnya Ninja 250 dengan 32 kuasa kuda pada 11,000 rpm dan 21 Nm tork pada 10,000 rpm.

Kelajuan maksimum Ninja 250Fi adalah 189 kilometer sejam, yang kedua terpantas di dunia bagi kategori 250cc.

1. Yamaha R25 - 194 kilometer sejam

yamaha r25

Yamaha YZF-R25 adalah motosikal sukan yang dikeluarkan oleh Yamaha sejak 2014.

Ia adalah motosikal sukan 250cc pertama Yamaha sejak FZR250 empat silinder yang dijual antara tahun 1986 dan 1994.

Merupakan yang pertama untuk motosikal kembar Yamaha, sama seperti R3, R25 menggunakan reka bentuk silinder imbang. 

Dikuasakan oleh enjin 4 lejang 8 injap DOHC inline-twin dengan 249 cc, motosikal ini mampu mencecah kelajuan maksimum 194 kilometer sejam, menjadikannya motosikal 250cc paling laju di dunia setakat ini.

Walaupun Yamaha R25 berada di tangga pertama, mungkin selepas ini Kawasaki akan mendahului dengan model terbaru yang dilancarkan baru-baru ini (oktober 2019) iaitu Kawasaki ZX-25R.

Rujukan:

1. Pandulaju

2. Paultan

3. Yamaha



Hakcipta iluminasi.com (2017)