Oleh pada 15 Oct 2021 kategori

Biasanya, berita mengenai sesuatu kejadian penting akan mendapat liputan yang meluas media. Namun, media pada hari ini lebih mementingkan berita panas seperti kematian atau perkahwinan selebriti yang menjadi kegemaran penonton.

Ada kalanya, berita-berita penting ini kurang mendapat liputan kerana berlakunya kejadian penting lain pada waktu yang tidak jauh berbeza. Berikut adalah beberapa kejadian penting yang kurang mendapat liputan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Bencana Galveston Bay 1947

bencana galveston bay 111

Pada 16 April 1947, berlakunya bencana industri terburuk di pelabuhan Galveston Bay di Pantai Teluk Texas. Sebuah kapal bernama SS Grandcamp yang membawa muatan kacang, tembakau, peluru dan ammonium nitrat telah meletup. 

Kejadian itu bermula daripada kebakaran kecil akibat rokok yang dihisap oleh seorang pekerja di pelabuhan itu. Pada jam 9 pagi, berlaku sebuah letupan kuat sehingga memusnahkan kilang kimia Monsanto berhampiran. Secara keseluruhannya, 581 orang terkorban dan kira-kira 3,500 yang lain cedera. 

Malangnya, bencana besar itu tidak begitu mendapat liputan kerana berita besar yang berlaku sehari sebelumnya. Pada 15 April 1947, Jackie Robinson mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama Major League Baseball yang berjaya memecah dominasi kulit putih setelah menyertai kumpulan Brooklyn Dodgers.

2. Kematian pengasas "C programming language"

dennis ritchie steve jobs

Dennis Ritchie adalah seorang saintis komputer yang mencipta C programming language pada tahun 1970-an. Dia juga membangunkan sistem operasi UNIX dan B programming language bersama rakannya Ken Thompson. Sistem operasi UNIX adalah asas dan penyumbang besar kepada iOS Apple yang kita gunakan pada hari ini.

Kebanyakan generasi pada hari ini mungkin tidak mengenali siapakah Dennis Ritchie atau sistem operasi UNIX. Ritchie meninggal dunia pada 12 Oktober 2011 tetapi kematiannya tidak mendapat liputan meluas.

Ini kerana seminggu sebelum itu, Pengerusi, CEO dan pengasas Apple iaitu Steve Jobs meninggal dunia. Tidak dinafikan bahawa Steve Jobs merupakan nama besar dalam industri teknologi tetapi Ritchie juga membuat sumbangan yang besar dalam kejayaan Apple.

3. Peristiwa berdarah di Rwanda

rwanda nelson mandela

Pembunuhan Beramai-ramai Rwanda atau Rwandan Genocide bermula pada 7 April 1994 dan berterusan sehingga 15 Julai 1994. Dalam peristiwa itu, seramai 800,000 orang telah terkorban. Extremis kaum Hutu telah membunuh etnik minoriti kaum Tutsi, Twa dan sebahagian kaum Hutu mereka sendiri.

Perbalahan antara kaum Hutu dan Tutsi sebenarnya sudah lama berlarutan. Namun, kedua-dua kaum itu telah menandatangani perjanjian damai pada 1993 bagi menamatkan Perang Saudara Rwanda yang bermula sejak 1990.

Pada 6 April 1994, presiden Juvenal Habyarimana yang berbangsa Hutu telah terkorban apabila pesawatnya ditembak jatuh. Kaum Hutu mula menyalahkan kaum Tutsi dan bermulalah Rwandan Genocide.

Malangnya, kejadian ini tidak mendapat liputan meluas kerana Nelson Mandela telah memenangi pilihanraya umum di Afrika Selatan dan dilantik menjadi presiden kulit hitam pertama pada 10 Mei 1994.

4. Perang 100 Tahun

perang 100 tahun

Pada tahun 1337, Perancis dan England terlibat dalam perang yang dikenali sebagai "Perang 100 Tahun". Peperangan ini berlaku apabila kedua-dua pihak berebut takhta diraja Perancis.

Perang itu berakhir pada 17 Julai 1453 setelah berlarutan selama 116 tahun apabila pihak Perancis memenangi Pertempuran Castillon dan England gagal mengekalkan kuasa di Gascony. Namun, perang bersejarah ini dibayangi oleh satu lagi kejadian penting.

Dua bulan sebelum berakhirnya Perang 100 Tahun, Constantinople telah jatuh ke tangan Empayar Uthmaniyyah. Serangan Constantinople itu bermula pada 6 April 1453 dan berakhir pada 29 Mei 1453. Kejatuhan Constantinople ke tangan Empayar Uthmaniyyah juga menjadi pengakhiran kepada Empayar Byzantine.

Empayar Byzantine menandakan berakhirnya Empayar Rom selama 1500 tahun. Ramai sejarawan yang lebih berminat mengenai kejatuhan Constantinople berbanding pengakhiran Perang 100 Tahun.

5. Pengeboman Tokyo 1945

pengeboman tokyo

Semasa Perang Dunia Kedua, Amerika telah melancarkan satu siri pengeboman di Tokyo pada 9 Mac 1945. Ia merupakan serangan bom paling memusnahkan dalam sejarah. Pesawat-pesawat AS menjatuhkan sejumlah 2,000 tan bom dalam tempoh 48 jam.

Kawasan seluas 16 batu persegi di Tokyo musnah teruk dan mengorbankan seramai 80,000 hingga 130,000 nyawa penduduk. Mereka yang terselamat pula hilang tempat tinggal.

Malangnya, Pengeboman Tokyo jarang diceritakan kerana kejadian yang berlaku dua bulan selepas itu. Pada 6 dan 9 Ogos 1945, Amerika telah menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.

Walaupun bom atom Hiroshima dan Nagasaki jauh lebih kuat tetapi ia tidak mengorbankan nyawa sebanyak kejadian Pengeboman Tokyo.

6. Amerika dan Soviet hampir berperang

buddy holly

Pada 3 Februari 1959, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet berada di ambang peperangan apabila empat trak tentera Amerika ditahan ketika satu sekatan di Berlin Barat.

Tentera Amerika ketika itu enggan diperiksa atau bekerjasama. Pihak Soviet kemudian merampas trak dan menahan lima tentera Amerika. Kejadian itu menyebabkan ketegangan antara kedua-dua pihak memuncak.

Provokasi antara kedua-dua pihak itu dilihat sebagai berita besar tetapi ditenggelami dengan satu lagi berita lain. Pada hari yang sama, sebuah pesawat membawa tiga pemuzik besar iaitu Buddy Holly, Ritchie Valens dan J.P Richardson telah terhempas.

Kejadian itu mendapat liputan yang meluas daripada media. Malah, tanggal 3 Februari 1959 diingati sebagai "Hari di Mana Muzik Mati", bukannya hari di mana Amerika dan Soviet hampir berperang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)