warga china kena ban dari melancong

Pejabat Pelancongan Kebangsaan China baru-baru ini mengeluarkan peraturan perjalanan baru yang menyatakan bahawa apabila pelancong China berkelakuan 'tidak bertamadun' semasa dalam tempoh ini, mereka akan dihadkan atau diharamkan daripada keluar negara pada masa depan.

Topik "20 pelancong disenarai hitamkan" menjadi trend di platform Sina Weibo pada Ogos 2018. Namun kes-kes ini dikira terpencil bagi negara lain kerana liputan tidak tersebar luas.

pelancong china panjat pokok 90

Sebuah blog Weibo yang popular oleh penyiar CCTV negara menjawab soalan-soalan yang ramai pengguna ingin tahu, iaitu siapakah gerangan 20 orang yang telah disenarai dan apakah yang telah mereka lakukan?

Apa yang dilakukan oleh 20 pelancong China ini?

pelancong warga china

CCTV bukan sahaja memberikan butiran lanjut mengenai insiden yang mencetuskan penyeneraian hitam ini, tetapi juga menyediakan nama penuh dan bandar kediaman mereka.

50% daripada keseluruhan kes yang disenarai hitam adalah berkaitan dengan pertengkaran berkaitan tempat duduk.

60% daripada pelancong yang  disenaraihitamkan adalah disebabkan oleh tingkah laku mereka di atas kapal terbang atau di lapangan terbang.

Dari semua kes, 40% berlaku semasa perjalanan di tanah besar China sendiri. Daripada semua pelancong, 9 daripadanya adalah wanita dan 11 orang lagi adalah lelaki. 

iluminasi.com kongsikan 20 individu yang diharamkan daripada melancong oleh kerajaan China.

Nombor 1 dan 2:

pelancong china disenarai hitam akibat berkelakuan buruk

Dua penumpang China menyerang kru pesawat Air Asia dalam perjalanan dari Bangkok ke Nanjing dalam perselisihan mengenai tempat duduk mereka pada hujung tahun 2014.

Penumpang yang berang ini telah mencetuskan begitu banyak kekacauan di atas pesawat, malah mencurahkan mi panas kepada pramugari. Disebabkan ini, pesawat terpaksa kembali ke Bangkok untuk mengusir penumpang biadab ini daripada pesawat.

Kedua-dua penumpang dalam senarai hitam itu adalah seorang lelaki dari wilayah Jiangsu bernama Mr W. dan seorang wanita dari Anhui bernama Puan Z.

Nombor 3:

pelancong china buka pintu pesawat

Seorang lelaki dari Beijing, Z, cuba membuka pintu kecemasan dalam sebuah kapal terbang yang menunggu penerbangan ke Beijing di lapangan terbang Kunming Yunnan pada tahun 2015.

Ini bukan satu-satunya kes seperti ini, terdapat banyak kes pelancong China membuka pintu keluar kecemasan pesawat selama beberapa tahun yang lalu.

Nombor 4:

pelancong china duduk di atas monumen askar 834

Encik L. dari Shaanxi tidak lagi dibenarkan untuk melancong selepas dia memanjat patung seorang askar Tentera Merah di taman peringatan wilayah Shaanxi untuk mengambil gambar pada April 2015.

Gambar kemudiannya menjadi tular di laman media sosial "Chinse".

Nombor 5 dan 6:

pelancong china cetuskan kekecohan

Dua wanita Cina disenaraihitamkan daripada melancong selepas menyebabkan kekacauan dalam kapal terbang dari Dalian ke Shenzhen, sehinggakan pesawat Shenzhen Airlines terbabit harus membuat pendaratan kecemasan.

Kedua-dua wanita itu dikatakan tidak berpuas hati tentang tempat duduk mereka.

Nombor 7:

pelancong china panjat monumen

Seorang lelaki dari Sichuan memutuskan untuk memanjat salah satu patung utama di taman Qinghai untuk mengambil gambar.

Dia kemudiannya memuat naik gambar tersebut ke media sosial, yang mana menurut CCTV, "memberikan pengaruh buruk terhadap masyarakat".

Nombor 8, 9, 10 dan 11:

pelancong china cetuskan kekecohan di lapangan terbang di thailand 998

Tiga wanita dan seorang lelaki dari Sichuan dan Chongqing dimasukkan ke dalam senarai hitam pelancong China apabila enggan menaiki kapal terbang mereka dan menyanyikan lagu kebangsaan di lapangan terbang Bangkok.

Insiden ini berlaku selepas penerbangan mereka mengalami kelewatan selama 10 jam akibat cuaca buruk. Bersama-sama dengan pelancong China yang lain, keempat-empat mereka mencetuskan kekecohan yang agak besar di lapangan terbang tersebut.

Nombor 12:

Seorang pengembara lelaki dari Hunan yang menyertai lawatan sehari ke Gunung Qingcheng berasa sangat kecewa kerana dia terpaksa membayar tiket kanak-kanak untuk anaknya yang mempunyai ketinggian melebihi 1.2 meter. 

Berang dengan kakitangan tempatan, dia kemudiannya mencederakan seorang pemandu pelancong.  

Nombor 13:

Encik R. dari Shanghai mendapati dirinya sebagai salah seorang yang disenaraihitamkan selepas bertengkar dengan seorang pekerja di sebuah kedai serbaneka di Sapporo, Jepun.

Kejadian berlaku apabila dia membuka bungkusan makanan di kedai tersebut sebelum membayar. Pekerja kedai tersebut kemudiannya memberitahu dia dan isterinya bahawa adalah tidak dibenarkan untuk makan di dalam kedai.

Encik R didakwa menyerang lelaki itu, yang kemudiannya mengalami kecederaan di bahagian wajah.

Nombor 14, 15 dan 16:

pelancong china dihalau daripada pesawat kerana berkelakuan buruk

Dua wanita dan seorang lelaki dari Sichuan diharamkan daripada melancong selepas diusir daripada sebuah kapal terbang di Kemboja kerana mencetuskan kekecohan disebabkan tempat duduk mereka.

Nombor 17:

Encik Y. dari Hubei menghina dan menyalahkan pemandu pelancong ketika lawatan pelancongan ke Taiwan apabila dia tidak berpuas dengan pengaturan tempat duduk makan malam.

Nombor 18:

pelancong china ambil terumbu karang di taiwan

Pengembara lelaki dari Yunnan yang mengambil bahagian dalam perjalanan berkumpulan di Taiwan telah mengambil 0.5 kilogram terumbu karang secara haram.

Tindakan ini telah melanggar undang-undang alam sekitar tempatan di wilayah Taidong, menyebabkan dia disenaraihitamkan.

Nombor 19 dan 20:

pelancong china ugut bunuh pemandu pelancong

Seorang lelaki dan wanita dari Heilongjiang mengancam untuk membunuh pemandu pelancong mereka ketika bertengkar mengenai pengaturan tempat duduk bas mereka di bandar Sanya di wilayah Hainan China.

Kejadian itu dirakamkan yang kemudiannya tular di media sosial di China. 

Larangan dan sekatan yang dikenakan kepada senarai hitam

pelancong china yang biadab

Sehingga kini, 169 orang warga China telah disenaraihitamkan kerajaan China.

Mereka yang tersenarai ini dilarang daripada melakukan sebarang perjalanan atau melancong selama tempoh minimum tiga tahun, di mana pelbagai organisasi dan institusi, seperti kastam, pemeriksaan dan kuarantin serta pejabat kawalan sempadan akan dimaklumkan mengenai tindakan mereka.

Institusi-institusi ini kemudiannya diberikan kuasa untuk menghalang individu-individu ini daripada ke luar negara, menaiki kapal terbang atau menyertai kumpulan pelancongan.

pelancong china disenaraihitamkan 38

Tempat-tempat lain seperti taman-taman negara juga mempunyai hak untuk tidak membenarkan individu-individu ini untuk masuk ke premis mereka.

Ramai netizens di Weibo yang memuji tindakan penyenaraian hitam itu dan berasakan bahawa ia harus diubah kepada larangan perjalanan tetap bagi mereka yang menunjukkan kelakuan melampau ketika melancong.

"Kita sepatutnya melaksanakan peraturan ini lebih awal. Mereka ini benar-benar memalukan," kata seorang netizen

Rujukan:

1. SCMP

2. Jing Travel

3. Indian Express



Hakcipta iluminasi.com (2017)