Oleh pada 21 Dec 2018 kategori

terusan suez

Lebih 2.5 juta tan kargo melalui Terusan Suez setiap hari, merangkumi 8%  daripada semua kargo di dunia.

Sukar untuk kita bayangkan sebuah dunia tanpa laluan air sepanjang 192 kilometer ini, namun di antara tahun 1967 dan 1975, itulah yang perlu kita hadapi.

Penutupan terusan ini selama 8 tahun menyebabkan terhasilnya salah satu negara mikro yang paling aneh dalam sejarah manusia. 

15 belas kapal terperangkap dalam kesesakan lalu lintas terburuk dalam sejarah

perang enam hari

Pada Jun 1967, Israel dan Mesir terlibat dalam peperangan yang dikenal sebagai Perang Enam Hari.

Perang itu berakhir dengan Israel menguasai Semenanjung Sinai sepanjang Terusan Suez. Akibatnya, Mesir telah menghalang kedua-dua hujung terusan, menghalau kapal-kapal dan merobohkan semua jambatan. 

Ini menjadi satu masalah besar bagi semua kapal di dunia, tetapi apa yang bakal dihadapi oleh 15 buah kapal yang ketika itu sedang berlayar ke arah utara melalui Terusan Suez adalah lebih buruk.

Penutupan terusan tersebut membuatkan kapal-kapal ini terperangkap dan disebabkan tidak dapat keluar, mereka terpaksa berpangkalan di Tasik Great Bitter yang terletak di tengah-tengah Terusan Suez.

peta terusan suez

Mereka menunggu "angin politik" untuk reda agar dapat pulang, namun apa yang tidak diketahui adalah mereka akan berada di situ selama 8 tahun yang tersangat panjang.

Gurun Sinai perlahan-lahan menutupi kapal yang terkandas

kapal yang terkandas di terusan suez

Kapal-kapal tersebut berlayar dari 8 buah negara berbeza. 4 daripadanya adalah kapal British, 2 kapal Jerman Barat, 2 kapal Amerika Syarikat, 2 kapal Sweden, 2 kapal Poland dan 1 kapal bagi Perancis, Bulgaria dan Czechoslovakia.

Berikut adalah butiran lanjut 15 buah kapal tersebut:

  1. MS Nordwind - Jerman Barat (Kargo kemeja-T)
  2. MS Münsterland - Jerman Barat (Kargo telur dan buah-buahan)
  3. MS Killara - Sweden (Kargo kapal, kulit, buah-buahan, plumbum dan khinzir dari Australia)
  4. MS Nippon - Sweden (Kargo perabot dari Timur Jauh)
  5. MS Essayons - Perancis 
  6. MS Agapenor - United Kingdom (Kargo mainan plastik untuk pasaraya Woolsworth)
  7. MS Melampus - United Kingdom
  8. MS Scottish Star United Kingdom
  9. MS Port Invercargill United Kingdom
  10. SS African Glen - Amerika Syarikat
  11. SS Observer - Amerika Syarikat (Kargo gandum)
  12. MS Djakarta Poland 
  13. MS Boleslaw Bierut Poland 
  14. MS Vasil Levsky Bulgaria 
  15. MS Lednice - Czechoslovakia (Kargo kulit lembu Ethiopia)

15 kapal-kapal ini diikat bersama-sama membentuk sebuah "pulau" dan mereka menamakannya sebagai "Persatuan Tasik Great Bitter".

Namun selepas bertahun-tahun angin meniup pasir gurun menutupi kapal-kapal tersebut, ramai yang mula menggunakan nama lain, iaitu Armada Kuning (Yellow Fleet).

Negara mikro ini menyediakan hidup selesa seperti di negara asal

pelaut bermain bola sepak di kapal

Pengasas-pengasas negara baru ini melakukan yang terbaik terus hidup dengan sibuk.

Mereka mengadakan mesyuarat mingguan perkhidmatan gereja di atas kapal Jerman Barat, menganjurkan malam menonton filem di atas kapal Bulgaria dan pesta kolam renang di salah satu kapal Sweden.

Semasa dunia luar sedang asyik menyaksikan Sukan Olimpik 1968 yang diadakan di Mexico, para pelaut malang ini tidak terlepas menikmatinya juga dengan menganjurkan sukan mereka sendiri yang diberi nama "Sukan Olimpik Tasik Bitter".

Beberapa jenis sukan terlibat termasuklah perlumbaan bot dan pertandingan bola sepak yang diadakan di atas kapal MS Port Invercargill milik British.

sukan olimpik 1968

pelaut bermain bola sepak di kapal 2

Walaupun berbeza kewarganegaraan, kesemua pelaut yang terkandas ini hidup dalam masyarakat yang aman dan makmur.

Pada hari Ahad pula, mereka akan berkumpul di atas kapal MS Nordwind milik Jerman Barat dan menghasilkan setem pos mereka sendiri, yang mana mendapat permintaan oleh pengumpul di seluruh dunia.

Banyak surat dari negara Persatuan Tasik Great Bitter dihantar ke seluruh dunia walaupun ia berasal dari label yang ditulis tangan daripada sebuah negara yang dibuat-buat.

setem yellow fleet

Pihak berkuasa pos Mesir mengiktiraf setem tersebut, membenarkan penggunaannya di seluruh dunia. Dari segi sistem pos, ia menghasilkan penciptaan setem kumpulan seperti:

Nama kumpulan: "Müwinikies"

  • Mü = MS Münsterland
  • Wi = MS Nordwind
  • Ni = MS Nippon
  • Ki = MS Killara
  • Es = MS Essayons

Nama kumpulan:  "Ledmelaga"

  • Led = MS Lednice
  • Mel = MS Melampus
  • Aga = MS Agapenor

Nama kumpulan: "Djabiporst"

  • Dja = MS Djakarta 
  • Bi = MS Boleslaw Bierut
  • Por = MS Port Invercargill
  • St = MS Scottish Star

Mula dibawa pulang secara beransur-ansur

pelaut yang terkandas

Selepas beberapa tahun berlalu, syarikat-syarikat perkapalan secara beransur-ansur membawa pulang pelaut secara bergilir-gilir, sehingga hanya kru kerangka kekal untuk penyelenggaraan.

Selepas 8 tahun iaitu pada tahun 1975, dengan Mesir dan Israel yang mendekati perjanjian diplomatik, terusan itu dibuka semula.

Namun, hanya dua kapal dar Persatuan Tasik Great Bitter yang mampu meninggalkan tasik itu di bawah kuasa mereka sendiri.

ms m nsterland

Kedua-dua kapal Jerman Barat, Münsterland dan Nordwind tiba di Hamburg pada bulan Mei 1975, dengan 30,000 penonton bersorak menyambut kepulangan mereka.

Pelayaran mereka ke Australia telah mengambil masa lapan tahun, tiga bulan, dan lima hari.

Rujukan:

1. CN Traveler

2. Visual


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)