Di seluruh dunia, agensi penguatkuasaan undang-undang umumnya mempunyai tugas yang sama iaitu untuk menguatkuasakan undang-undang, melindungi harta benda dan mengehadkan gangguan awam.

Walau bagaimanapun, bagaimana mereka memilih untuk melakukan perkara ini adalah berbeza-beza. Ada yang mengenakan denda dan saman yang tinggi, namun ini sudah terbukti tidak berkesan dalam memerangi jenayah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terdapat sesetengah negara yang agak kreatif dalam memerangi jenayah. iluminasi.com kongsikan 6 cara paling pelik digunakan untuk memerangi jenayah yang mana sangat berkesan.

6. Pihak berkuasa Filipina gunakan patung keagamaan untuk mencegah penangkapan ikan secara haram

 

Amalan penangkapan ikan yang merosakkan telah berlaku secara meluas di Asia Tenggara pada abad ke-20 dan ke-21.

Secara khususnya, penangkapan ikan dan letupan sianida telah menyebabkan populasi ikan berkurangan dan terumbu karang menjadi rosak tanpa pemulihan.

Satu kawasan yang terjejas oleh amalan ini adalah wilayah Bien Unido, yang terletak di pulau Bohol di Filipina.

Pada tahun 2010, Datuk Bandar Bien Unido, Nino Rey Boniel, merancang untuk mengelakkan penangkapan ikan haram di kawasan itu.

Menggunakan latar belakang Katolik yang kuat di Filipina sebagai kelebihan, Datuk Bandar melancarkan skema untuk menurunkan patung-patung 4 meter Perawan Maria (Virgin Mary) dan Jesus Christ ke dasar laut.

Nino Rey berkata bahawa patung-patung itu berfungsi sebagai peringatan kepada nelayan haram tentang "alam sekitar adalah kurniaan Tuhan paling besar dan tiada siapa boleh hancurkannya demi generasi masa depan".

Dan cara ini bukan sahaja menghasilkan 1 kebaikan, tetapi 2.

Pertama, nelayan haram semakin kurang beroperasi di kawasan itu dengan mengetahui bahawa patung suci berada di bawah permukaan air.

Kedua, pelancongan ke kawasan terumbu meningkat apabila para penyelam pergi memberi penghormatan kepada gua bawah air yang suci.

Ini bukanlah kali pertama bahawa ikon keagamaan telah digunakan untuk menghalang tingkah laku yang sukar dikawal.

Di seluruh India, gambar-gambar tuhan Hindu telah diletakkan di atas dinding untuk mengelakkan orang kencing di tempat awam. kencing awam. 

5. Polis Thailand denda pegawai guna Hello Kitty 

polis thailand dipakaikan gelang hello kitty

Quis custodiet ipsos custodes? adalah ungkapan Latin yang secara kasar diterjemahkan sebagai, "Siapa yang akan menjaga pengawal keselamatan itu sendiri?"

Ini adalah persoalan yang banyak pasukan polis terpaksa menjawab sepanjang sejarah. Polis wujud untuk menguatkuasakan undang-undang dan berkhidmat kepada orang awam, dan dalam melakukan itu, mereka harus bertanggungjawab atas tindakan mereka sebagai pegawai.

Kod etika ini mungkin adalah apa yang ada dalam kepala Pongpat Chayaphan, ketua Bahagian Penindasan Jenayah Bangkok, apabila dia memutuskan untuk melaksanakan hukuman yang luar biasa terhadap pegawai polis Bangkok yang melanggar undang-undang pada tahun 2007.

Pegawai yang ditangkap atas salah laku akan dipaksa memakai armband merah jambu yang terang, bersulam dengan wajah kartun kucing popular, Hello Kitty.

Pelanggaran peraturan yang membuatkan mereka dikenakan memakai armband termasuklah lewat ke tempat kerja, letak kereta di tempat yang salah atau membuang sampah di tempat awam.

Menurut Pongpat , "Kaedah baru ini dijangka membuatkan mereka merasa bersalah dan memalukan lalu menghalang mereka daripada mengulangi kesalahan itu, tidak kira betapa kecilnya kesalahan."

Pada tahun 2012, Pongpat sendiri mengakui beberapa dakwaan jenayah ke atasnya termasuk rasuah dan membenarkan penyeludupan minyak, perbuatan yang bukan sahaja melayakkannya memakai armband tetapi mungkin satu kostum Hello Kitty.

4. Polis Kesatuan Soviet haramkan Beatlemania 

the beatle

Semasa tahun 1960-an, gelombang Beatlemania yang dicetuskan oleh band terkenal The Beatles melanda di seluruh dunia Barat.

Walaubagaimanapun, akses kepada band ini diharamkan kepada mereka yang tinggal di Kesatuan Soviet, kerana pihak berkuasa menyatakan bahawa band itu mewakili nilai kapitalis yang korup.

Nasib baik, budaya mempunyai cara untuk mengatasi motivasi politik, dan orang muda di seluruh Kesatuan Soviet mendapat akses kepada muzik Beatles melalui pita haram atau rakaman radio.

Dan perkara ini membawa kepada banyak anak muda memberontak terhadap pengharaman di seluruh negara terhadap semua perkara yang berkaitan dengan Beatles, termasuk potongan rambut "Mop Top" yang ikonik.

Mereka yang memiliki potongan rambut itu diberkas oleh pihak berkuasa Soviet dan dibawa ke balai polis untuk diberikan potongan rambut yang baru.

Soviet bukanlah satu-satunya negara yang melarang fesyen tertentu untuk mengekalkan kestabilan politik.

Kerajaan autoritari Korea Selatan yang memegang kuasa pada tahun 1960-an dan 1970-an telah melarang larangan rambut panjang untuk lelaki dan pakaian yang tidak sesuai untuk wanita.

3. Polis China melatih angsa pengawal 

polis china latih angsa sebagai pengawal

Ketika melibatkan penjagaan harta benda, anjing sering menjadi pilihan.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2013, pihak berkuasa di wilayah Xinjiang China menyenaraikan bantuan angsa untuk melaksanakan tugas pengawal di beberapa balai polis.

Walaupun keputusan itu mungkin kelihatan aneh, ia sebenarnya sangat munasabah dan berkesan. Angsa adalah haiwan yang sangat berani dan jika berhadapan dengan orang yang tidak dikenali, ia akan menyerang tanpa ragu-ragu.

Angsa juga mempunyai deria pendengaran dan penglihatan yang lebih tajam kepada manusia, termasuk keupayaan untuk melihat panjang gelombang ultra ungu.

Dalam satu kejadian, seorang penceroboh masuk ke sebuah kompaun polis lalu meracuni dua ekor anjing pengawal sebelum cuba mencuri sebuah motosikal.

Malangnya baginya, dia ditemui oleh sekumpulan angsa yang sedang "bertugas" yang menjerit dengan sangat kuat. Bunyi bising itu dengan segera menyedarkan pegawai manusia yang bertugas, yang kemudiannya menangkap pencuri itu.

2. Polis gelandangan Kanada tangkap pesalah telefon bimbit ketika memandu

polis pengemis kanada

Pada tahun 2010, laporan yang mengejutkan dari Jurnal Kesihatan Awam Amerika menganggarkan bahawa 16,000 orang meninggal di jalanan di Amerika Syarikat sejak 2001 hingga 2007 akibat daripada kemalangan di mana pemandu terganggu oleh telefon bimbit.

Ia telah menjadi trend yang membimbangkan di seluruh dunia, kerana pemandu sering berhadapan dengan risiko memandu dan menggunakan telefon bimbit walaupun ia menyalahi undang-undang di kebanyakan negara.

Pada tahun 2012, jabatan-jabatan polis merentasi Kanada memutuskan bahawa mereka akan berusaha lebih keras dalam percubaan untuk memerangkap pemandu yang menyifatkan aktiviti telefon bimbit mereka lebih penting daripada keselamatan jalan raya.

Pegawai-pegawai yang menyamar sebagai pengemis yang memegang papan tanda sambil berkeliaran di jalan-jalan yang sibuk untuk mencari pemandu yang bermain telefon.

Penyamaran mereka membolehkan mereka mendekati kereta tanpa membangkitkan kecurigaan, membolehkan mereka melihat dengan baik melalui tingkap pemandu.

Tidak mengejutkan, pihak polis berjaya mengeluarkan banyak saman menggunakan teknik ini. Dalam masa 5 setengah jam, polis Ottawa mengeluarkan 71 saman, dan di Burlington, 111 saman telah dikeluarkan dalam masa 1 hari sahaja.

1. Jepun perkenalkan bebola cat anti-jenayah 

teknik bebola cat jepun

Teknik siasatan jenayah telah berkembang dengan begitu pesat sejak beberapa tahun lalu.

Dari cap jari ke profil DNA, terdapat pelbagai cara di mana penjenayah dapat dikenalpasti.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, polis Jepun mencipta satu lagi penyelesaian menentang jenayah untuk menangkap pencuri, walaupun tidak berteknologi tinggi.

Pada tahun 1980-an, polis Jepun berhadapan dengan sejumlah pemandu yang mengelak daripada membayar tol, yang mana semakin bertambah.

bola cat teknik cegah jenayah jepun

Seringkali, petugas tol sendiri akan melemparkan telur mentah kepada mereka yang melarikan diri daripada membayar tol, satu perkara yang mana tidak dapat dihentikan oleh pihak polis.

Oleh sebab itu, polis mencari alternatif dan mendapat idea dengan bebola cat bersaiz besbol yang boleh dilancarkan pada kenderaan pesalah dan menutupi kereta mereka dengan cat neon berwarna terang.

Sejak itu, penggunaan bebola cat telah merebak ke pelbagai perusahaan seperti bank, kedai-kedai, stesen minyak, dan juga hotel. Bebola cat juga boleh dilemparkan kepada manusia.

Polis menasihatkan pekerja untuk membalingnya ke kaki pesalah, jadi jika mereka tersalah baling dan terkena lantai, percikan cat masih akan mengenai kasut penjenayah.

Masalah dengan teknik bola cat ini adalah bahawa polis terpaksa mencari pesalah sebelum mereka dapat menyembunyikan diri atau membuang pakaian atau kenderaan yang terkena cat.

bebola cat

Pada tahun 2013, polis AS memperkenalkan analog berteknologi tinggi yang lebih cekap kepada teknik bola cat ini.

Tag GPS dilancarkan dengan meriam udara berpandu laser yang dipasang di atas kereta polis.

Teknologi yang diperkenalkan ini membolehkan polis mengesan kenderaan dan bukannya mengejar pesalah dalam aksi kejar mengejar berkelajuan tinggi yang berbahaya.

Sehingga 2013, 15 agensi polis telah memperkenalkan sistem itu, yang dikenali sebagai Starchase. Walaupun menelan kos tinggi, namun ia telah terbukti berjaya dalam menangkap penjenayah.




Hakcipta iluminasi.com (2017)