lelaki sanggup buat jenayah lari dari isteri

Di kalangan ahli masyarakat kita, jenaka berkenaan suami isteri adalah perkara biasa. 

Ramai gemar berseloroh berkenaan perangai suami yang 24 jam cuba mengelakkan diri dari isteri, menggunakan 1001 macam cara hanya untuk memastikan dia tak perlu menghadap isteri di rumah.

Walaupun demikian, semua itu jenaka saja kan?

Bagi segelintir individu - rasa berat hati sebumbung dengan isteri mampu menyebabkan mereka bertindak di luar fikiran norma. Berikut adalah lima kes suami melarikan diri dari isteri dalam cara paling unik dan ekstrim.

1. Suami merayu dipenjarakan untuk elak isteri

lelaki rayu dipenjara elak isteri

Dalam kes dilapor 24 Oktober 2021, seorang penjenayah di Itali merayu kepada pihak berkuasa Itali agar membenarkan dirinya dipenjarakan, berikutan sudah tidak mampu menanggung seksa hidup bersama isterinya. 

Lelaki itu seorang rakyat Albania disabitkan kesalahan jenayah berkaitan dadah tetapi berjaya mengelakkan hukuman penjara, diperintah dikurung di rumah yang selama beberapa tahun. 

Malangnya, krisis rumahtangga yang berlaku di antara kedua pasangan itu meruncing selepas beberapa bulan dia menjalani hukuman, memaksa dia mahu ke penjara.

Bagi membolehkan dirinya dipenjarakan, lelaki itu melanggar perintah kurungan yang dikenakan mengakibatkan dipindahkan ke penjara - memenuhi impian lelaki itu.

2. Suami lakukan jenayah untuk dipenjarakan tetapi...

lawrence ripple and endayon ripple suami ke penjara lari isteri

Bagi seorang lelaki bernama Lawrence John Ripple, hidup sebumbung bersama isterinya merupakan penderitaan yang sukar untuk dia tempuh.

Jadi Ripple melakukan tindakan yang 'sepatutnya' dilakukan semua lelaki; dia bertindak merompak sebuah bank dengan cara yang lembut.

Sampai di depan petugas bank, Ripple menghulurkan sekeping nota meminta wang serta amaran bahawa dia bersenjata. Pegawai bank menghulurkan $2,924 (RM12,135) yang disambut Ripple dan dimasukkan ke dalam beg.

Dia kemudiannya menunggu polis hadir. Malang bagi Ripple - rancangannya gagal teruk.

Dalam perbicaraan yang dijalankan, pihak mahkamah mendapati Ripple adalah seorang warga contoh yang baik dan bermoral, membenarkan hukumannya diringankan selepas Ripple mengakui bersalah.

Dia dihukum perintah kurungan rumah selama 6 bulan - menerima hakikat tidak boleh lari dari isterinya seperti yang dirancang.

3. Pandu kereta majikan ke dalam tasik demi elak isteri

lelaki suami buat jenayah elak isteri

Berbanding dua nama dalam senarai di atas, jenayah dilakukan Hayden Scott Vandiver dari Tennessee, Amerika Syarikat telah mengakibatkan kerugian kepada pihak lain.

Vandiver ketika kejadian pada 3 Oktober 2015 berusia 51 tahun, bertindak nekad mencuri trak milik bekas majikannya bernilai RM248 ribu -  terus dipandu ke dalam tasik berdekatan.

Sebelum itu dia turut bertindak memecahkan pejabat milik majikannya itu dengan niat untuk membalas dendam. 

Ketika ditangkap dan ditemuramah stesen TV tempatan, Vandiver mengaku dia melakukan tindakan sebegitu selain dari membalas dendam, adalah disebabkan mahu melarikan diri dari isterinya.

Dia juga berharap agar isterinya menonton temuramah itu agar memahami isi hatinya.

4. Suami anjur pengebumian isteri, isteri muncul tengah majlis

isteri jadi mangsa suami upah

Seorang wanita bernama Noela Rukundo dari Melbourne, Australia mengalami detik cemas dalam hidupnya.

Pada awal bulan Februari tahun 2016 semasa melawat rumah saudara mereka di Burundi, terletak di benua Afrika - seorang lelaki mengacukan pistol mengugut akan membunuhnya sekiranya arahan tidak dituruti.

Jadi Rukundo akur, menaiki kereta bersama lelaki itu ke sebuah lokasi. Sampai di sana, dia diikat kepada sebuah kerusi.

Lelaki itu bertanya "kenapa suami kau nak kau mati?"

Tergamam, Rukundo menafikan kata-kata lelaki itu sebelum penculiknya menelefon suaminya, Balenga Kalala. Kedengaran suara suaminya di hujung talian mengesahkan permintaan agar Rukundo dibunuh. 

Malang bagi Kalala, penculik itu enggan membunuh wanita; bertindak mengurung wanita itu selama dua hari sebelum membebaskan beliau selepas menerima upah kerja mereka.

Penculik itu juga memberikan semua bukti perancangan suaminya kepada Rukundo yang selamat kembali ke Australia.

Kalala sibuk menguruskan majlis memperingati isterinya 5 hari selepas insiden penculikan itu, mendakwa isterinya meninggal dunia dalam insiden kemalangan di Burundi. Selesai majlis dan semua tetamu telah pulang, Rukundo muncul mengakibatkan suaminya tergamam.

Selepas laporan polis dibuat, Kalala mengaku bersalah dipenjarakan 9 tahun atas kesalahan merancang untuk membunuh isteri sendiri walaupun failed habis.

5. Suami di India guna ular tedung bunuh isteri

kes pembunuhan guna ular tedung india

Jika Balenga Kalala bertindak menggunakan pembunuh upahan membunuh isteri sendiri, seorang lelaki di India bernama Suraj Kumar menggunakan kaedah lebih kreatif - menggunakan ular tedung yang dilaporkan pada 20 Oktober 2021.

Kisahnya - isteri kepada Suraj seorang wanita bernama Uthra dikejarkan ke hospital selepas dipatuk ular di kaki.

Terlantar di hospital selama 52 hari memerlukan 3 kali pembedahan, kes patukan ular sebegini memang biasa berlaku di Kerala, selatan India. Tidak ada siapa menyangka kes itu satu perbuatan khianat.

Bagi memberikan rehat mencukupi, Uthra tinggal bersama ibu bapanya dan Suraj menjaga anak mereka.

Dalam satu lawatan Suraj ke rumah mertuanya bagi menjenguk isteri yang terlantar, keesokannya Uthra ditemui mati di atas katil dengan kesan gigitan ular tedung di tangan.

Bezanya kali ini, pihak polis merasa aneh kenapa ular tedung yang terkenal dengan sifat pasif bertindak menyerang Uthra yang terlentang tidak dapat bergerak.

Polis mula menjalankan siasatan berdasarkan maklumat tersebut, mendapati wujud pelbagai keraguan sehinggalah mereka menemui bukti yang mengaitkan Suraj dengan kes serangan itu.

Carian internet Surah didapati penuh dengan kajian tentang ular-ular berbisa, selain daripada terdapat rekod panggilan terhadap seorang penangkap ular bernama Suresh.

Suresh yang disiasat mengakui dia telah menjual dua ekor ular kepada Suraj tanpa mengetahui tujuannya - ular pertama yang mematuk isterinya, ular kedua yang membunuh isterinya.

Pelbagai bukti ditemu membuktikan berlaku perancangan jelas Suraj cuba membunuh Uthra, isterinya sendiri dua kali menggunakan dua ekor ular berbeza.

Hasil perbuatan itu, Suraj dijatuhkan hukuman penjara dua kali hayat - satu hukuman yang jarang sekali dijatuhkan melainkan jenayahnya benar-benar berat dan sukar diterima pemikiran kita.



Hakcipta iluminasi.com (2017)