Jika satu ketika dahulu, membeli-belah mungkin merupakan sesuatu yang tidak begitu menyenangkan di mana anda perlu meninggalkan rumah dan menghabiskan masa berjam-jam di pusat membeli belah untuk mendapatkan apa yang anda mahukan.

Namun kini, segalanya hanya di hujung jari. Cakap sahaja apa yang anda mahu, segalanya ada. eBay, Amazon, mudah.my, lelong.com, lazada, zalora, 11th street, shopee dan banyak lagi pusat membeli belah atas talian atau online di mana anda boleh dapatkan apa sahaja yang anda inginkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Lebih menarik, laman-laman ini menawarkan harga yang lebih murah. Namun, terdapat segelintir manusia yang menggunakan kelebihan ini untuk menjual barangan pelik yang mana anda tak pernah jangka akan dijual secara online.

iluminasi.com kongsikan 5 barangan paling pelik dan dahsyat yang anda boleh beli secara online.

5. Replika sut angkasawan

sut angkasawan dijual secara online

Pasti ada di antara kita yang pernah memasang impian ketika zaman kanak-kanak untuk menjadi seorang angkasawan. Antara salah satu sebabnya adalah pakaian sut angkasawan yang kelihatan sangat cool!.

Namun apabila mengetahui bahawa bukan satu perkara mudah untuk menjadi seorang angkasawan apatah lagi hanya segelintir manusia sahaja yang layak, membuatkan anda putus asa.

Mungkin anda boleh berputus asa untuk menjadi seorang angkasawan, tetapi tidak dalam memiliki sut yang sangat menakjubkan itu. Kini anda boleh dapatkan pakaian seperti yang digunakan oleh angkasawan secara online.

Menurut sumber, sut angkasawan ini boleh dibeli dengan harga bermula RM8,400 sehingga RM41,800. Bagi anda yang teringin untuk mendapatkan feel bagaimana berada dalam sut ini, jangan segan silu untuk melakukan pencarian.

4. Perhiasan dari tulang zakar

penis bone

Mungkin sudah menjadi satu perkara yang biasa untuk menjual bangkai haiwan yang telah mati di mana bahagian-bahagian pada haiwan tersebut dijadikan sebagai barangan perhiasan rumah.

Namun, agak pelik jika anda menjual tulang zakar haiwan. Dan ya, anda boleh dapatkannya melalui atas talian jika anda mahukan.

Bagi golongan yang boleh digelar sebagai aneh atau kreatif ini, tulang zakar haiwan menjadi barangan koleksi. Selepas dikumpulkan dalam jumlah yang banyak, ia akan ditukarkan menjadi barang perhiasan lalu dijual.

tulang zakar haiwan dijual secara online

Anda boleh dapatkan tulang zakar haiwan ini dalam bentuk anting-anting, rantai malah tulang yang masih belum dibentuk atau dengan kata lain, masih original.

Harganya adalah sangat berpatutan sekitar RM17 hingga RM125 sahaja.

3. Peranti pengesan makhluk asing

peranti pengesan makhluk asing dijual secara online

Alam disebalik kehidupan di Bumi ini sangat misteri dan masih belum dapat dirungkai manusia. Antara salah satu perkara yang masih belum dapat dipastikan sama ada benar-benar wujud sudah tentunya makhluk asing dan UFO.

Walaubagaimanapun, ramai di antara kita yang yakin tentang kewujuduan makhluk ini walaupun ia tidak pernah ditemui, atau sekurang-kurangnya diisytiharkan secara rasmi.

Percaya atau tidak, terdapat peranti yang dikatakan dibina menggunakan teknologi canggih masa kini ini didakwa mampu mengesan kewujudan dan keberadaan makhluk asing dan UFO. Ia dijual secara online dengan harga mampu milik sekitar RM314.

2. Cacing pita terawet

cacing pita yang diawet

Biasanya cacing pita yang merupakan haiwan parasit ini ditemui di dalam makanan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Ia akan masuk melalui makanan ini ke dalam sistem badan manusia lalu membesar dengan memakan segala apa yang boleh dinikmati di dalam badan kita.

Masalah pencernaan yang serius boleh berlaku jika situasi ini dibiarkan tanpa dirawat. Ia menjadikan haiwan parasit ini sebagai antara salah satu musuh manusia yang sangat tidak dikehendaki.

Namun begitu, haiwan parasit ini boleh dibeli secara online. Terdapat golongan yang aneh menjadikan cacing pita yang diawet sebagai satu koleksi.

1. Air kencing serigala

serigala sedang kencing

Pemangsa liar ini merupakan antara salah satu haiwan yang sangat menakutkan dan menyeramkan. Biasanya, serigala akan bergerak dan memburu secara berkumpulan.

Namun, apabila berhadapan dengan para pemburu, haiwan ini biasanya menjadi mangsa. Bangkai-bangkai haiwan ini biasanya dijual oleh para pemburu kepada mereka yang menginginkannya.

Apa yang pelik adalah kini anda boleh membeli hasil daripada serigala ini iaitu air kencingnya. Di eBay, air kencing serigala ini dijual oleh penjualnya bagi pihak Deer Busters.

air kencing serigala 624

Walaupun agak aneh, namun air kencing serigala ini sebenarnya mempunyai fungsi tersendiri iaitu digunakan untuk menakuti haiwan lain termasuk pemburu.

Dengan menaburkan di sesuatu kawasan di hutan, haiwan-haiwan lain dan pemburu akan beranggapan bahawa wilayah tersebut dikuasai oleh serigala. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)