Pernah tak anda shopping online dan terbeli benda yang anda tak perlu langsung pun? Lepas dah beli, anda peram barang tersebut beberapa tahun, kemudian baru rasa menyesal.

Pernah?

penolong profesor ying zhu tabiat membeli belah online membazir punca touch screen

Kajian terbaru oleh University of British Columbia di Kanada membongkarkan rahsia mengapa ramai orang lebih cenderung membazirkan wang semasa membeli-belah secara atas talian.

Penolong Profesor Ying Zhu dari Fakulti Pengurusan UBC berpendapat teknologi touch screen bergerak dengan amat pantas menembusi pasaran pengguna. Tanpa kita sedari, penggunaannya dalam kehidupan sehari-hari membuatkan kita tidak sempat untuk menilai baik dan buruk kesannya terhadap manusia.

Dengan lebih daripada dua bilion pengguna telefon pintar, dijangkakan kegiatan e-dagang pada tahun hadapan akan dimonopoli oleh pembelian atas talian menggunakan teknologi skrin sentuh.

Ying Zhu dan pasukan penyelidiknya menjalankan beberapa eksperimen ke atas pelajar universiti untuk mengukur corak pemikiran dan tabiat pembelian menggunakan peranti seperti skrin sentuh dan komputer meja.

Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada tabiat membeli-belah atas talian seseorang boleh berubah apabila melibatkan dua jenis produk iaitu hedonik (berkaitan dengan rasa seronok seperti coklat atau perkhidmatan urut) dan utilitarian (barangan yang memberikan manfaat kepada ramai orang seperti roti dan mesin pencetak).

Keputusan kajian mendapati peranti skrin sentuh meningkatkan keinginan seorang pengguna untuk memiliki produk hedonik manakala komputer meja pula lebih berpengaruh dalam pembelian barangan utilitarian.

Selain itu, kajian itu mendapati pengguna yang membeli-belah menggunakan komputer meja adalah lebih berfikiran rasional berbanding mereka yang menggunakan skrin sentuh.

Jadi, kalau anda mahu jimatkan duit, kurangkanlah membeli-belah atas talian menggunakan smartphone.

Rujukan: Association of Consumer Research


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)