Tahukah anda terdapat dunia di Internet di mana enjin carian anda tidak dapat menemuinya? Ia dikenali sebagai deep web dan pencarian Google tak akan dapat membantu anda mencarinya.

Internet yang digunakan oleh kebanyakan daripada kita dikenali sebagai surface web. Dan ia hanya "secubit" sahaja daripada apa yang terdapat dalam dunia internet sebenar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

deep dark web

Para pakar percaya bahawa deep web sebenarnya merangkumi 96% daripada keseluruhan internet. Laman-laman Deep Web disekat daripada muncul dalam hasil carian oleh bentuk HTML.

Antara kegunaan paling biasa Deep Web adalah perbankan dalam talian dan laman mel. Namun, anda jangan keliru Deep Web dengan Dark Web, yang merupakan sebahagian daripadanya. Seperti namanya yang agak "gelap", Dark Web sememangnya berbahaya. 

beza surface web deep web dan dark web

Beberapa tahun lalu, "The Silk Road" menjadi berita utama apabila FBI mendedahkannya sebagai lokasi dalam talian di mana pengguna boleh membeli dan menjual dadah, dan ia telah "dimusnahkan" oleh FBI.

Ini mendorong kesedaran awam terhadap Dark Web yang selama ini tidak menyedari betapa dalam dan gelap sebenarnya dunia internet.

Hanya terdapat beberapa rangkaian tertentu yang membolehkan anda mengakses Dark Web, antara yang paling popular adalah Tor dan Invisible Internet Project.

Tor secara khusus membolehkan pengguna menggunakan Dark Web secara tanpa nama (anonymous) dan Invisible Internet Project pula membolehkan pengguna meng-hos laman sesawang sendiri di Dark Web secara anonymous.

Sebahagian besar daripada Dark Web pada dasarnya adalah pasaran gelap dalam talian dan ini sebabnya kerahsian identiti adalah tersangat penting kepada pengguna.

Dengan itu, iluminasi.com kongsikan antara 10 barang dahsyat dan menyeramkan yang anda boleh beli melalui Dark Web.

10. Roh bayi

roh bayi dijual di dark web

Ya, anda tak salah baca. Dalam kebanyakan budaya timur terutamanya di Thailand, terdapat kepercayaan bahawa "voodoo master" mampu menangkap roh-roh bayi yang telah digugurkan atau mati dalam kandungan kemudian dijual.

Mereka yang ingin membeli roh-roh bayi ini menggunakannya untuk melakukan pelbagai perkara untuk mereka kerana dipercayai bahawa voodoo master boleh membuatkan anda menjadi tuan kepada roh tersebut.

Juga dipercayai bahawa roh-roh ini boleh digunakan untuk membuatkan kehidupan seseorang menjadi lebih baik dan menunaikan kehendak mereka.

Jadi, anda dapat lihat mengapa pembelian ini sangat menarik kepada orang yang terdesak dan percayakan perkara karut. Namun harganya tidak diketahui.

9. Penjana EMG Poket

pocket emg generators

Peranti denyutan elektro magnetik (EMG) mampu "membakar" alat-alat elektronik dalam jarak tertentu, merosakkannya selama-lamanya. Ini bermakna radio, telefon pintar dan komputer riba mampu dihancurkan oleh peranti ini.

Dan jika EMG ini cukup besar, ia mampu melumpuhkan sistem grid tenaga elektrik keseluruhan bandar. EMG poket bersaiz kecil masih boleh menimbulkan pelbagai kekacauan.

Malah, ia juga boleh digunakan untuk menambah kredit ke pelbagai mesin slot elektronik. Dengan ini, anda mungkin tak perlu lagi membayar sesen pun untuk setiap yang anda makan atau beli belah.

Ada di antara kita yang terfikir mereka yang membeli penjana EMG akan menggunakannya ke arah yang merosakkan, berbanding untuk mendapatkan makanan percuma.

Namun, jika peranti ini jatuh ke tangan orang jahat tak dapat dibayangkan apa yang akan berlaku.

8. Minyak mentah

minyak mentah boleh dibeli di dark web

Anda mungkin pernah terdengar tentang ISIS mengambil alih telaga minyak dan menjual hasil daripadanya. Dan mungkin anda tertanya-tanya siapa yang membeli minyak dari ISIS, kan?

Sebenarnya, selain daripada kerajaan yang korup, terdapat pasaran yang luas di Dark Web untuk minyak mentah dan penjenayah serta organisasi pengganas seperti ISIS mendapat manfaat daripadanya.

Dan sudah tentu mereka tidak hanya menjualnya di Dark Web. Satu tong minyak mentah di Dark Web berharga kira-kira separuh daripada minyak yang dijual di saluran yang sah.

Ramai orang yang tidak mahu berurusan dengan peraturan kerajaan yang rumit, apabila ia berkenaan dengan membeli dan menjual minyak.

Harga yang lebih murah tanpa perlu berurusan dengan kerajaan adalah pilihan yang lebih baik bagi kebanyakan mereka yang membelinya di Dark Web.

7. Ubatan dan dadah

methamphetamine 532

"Silk Road" adalah pasaran dadah paling terkenal di Dark Web. Terdapat banyak lagi saluran yang lain, malah dilaporkan bahawa 60% daripada Dark Web didedikasikan untuk mejual dan membeli dadah.

Anda boleh membeli ubat preskripsi seperti Ritalin atau Xanax, dan dadah haram seperti methamphetamine dan heroin. Mereka yang menggunakan Dark Web untuk membeli ubat dan dadah lebih gemar berbuat demikian kerana berasa lebih selamat.

Menurut beberapa cerita dari pengguna, mereka cenderung untuk membina hubungan dengan penjual tertentu. Tetapi sama seperti membeli dadah di jalanan, anda tidak akan pernah benar-benar tahu apa yang anda dapat.

silk road dark web

ubatan dan dadah dijual di dark web

Dan walaupun Dark Web ini tanpa nama dan agak mustahil untuk menjejaki alamat ISP, penguatkuasa undang-undang masih mampu menjejaki dan menyerbu rumah anda. Jadi, ia masih bukan salah satu cara paling selamat untuk membeli dadah.

Dengan cara yang sama di mana pegawai penguatkuasa menangkap orang dengan menyamar sebagai pengedar dadah, penguatkuasa undang-undang juga berada dalam lingkungan Dark Web dan mengumpan orang ramai dengan menyamar sebagai pengedar dadah.

6. Senjata api

ak 47 di dark web

Senjata api dan bom merupakan antara pasaran terbesar di Dark Web. Ia di mana gangster, organisasi pengganas dan "orang gila" boleh membeli segala jenis senjata api daripada pelancar roket, bom tangan, C4 dan AK-47.

Satu laman sesawang Dark Werb yang terkenal dengan menjual segala jenis senjata api dan bom dikenali sebagai "The Armory". Sangat mudah untuk menggunakannya, seperti eBay atau Amazon.

Namun, anda perlu mempunyai wang yang sangat banyak kerana anda perlu membeli sekurang-kurangnya barang bernilai RM4,000 untuk mereka membuat penghantaran.

Dan seperti Amazon dan peruncit dalam talian lain, The Armory juga mempunyai jualan penghabisan kepada pelanggannya.

Sebab sesetengah orang memilih untuk membeli senjata api di Dark Web adalah kerana mereka tidak perlu mendaftarkannya, yang menjadikannya senjata tersebut tidak boleh dikesan.

Tetapi malang bagi pembeli senjata di Dark Web, harganya biasanya lebih mahal berbanding yang dijual di kedai senjata api sah.

5. Organ dan bahagian badan manusia

organ manusia dijual di dark web

Organ adalah sangat penting dan sesetengah orang yang tidak mahu menunggu lama dalam senarai hospital atau melalui saluran undang-undang akan beralih ke Dark Web.

Cara organ-organ ini diperoleh sudah tentunya tak sama dengan apa yang dilakukan oleh hospital di mana hospital mendapatkannya daripada penderma sukarela.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan terdapat kira-kira 10,000 pembedahan pemindahan organ secara haram setiap tahun dan antara negara yang menjadi pembekal terbesar organ-organ di pasaran gelap termasuklah India, Pakistan dan China.

Malah, anda boleh beli mana-mana bahagian tubuh yang anda mahukan. Nak sepasang bebola mata, siapkan wang sebanyak RM6,300.

Tangan dan lengan pula dijual dengan lebih murah iaitu RM1,600. Kami biarkan anda berimaginasi apa yang dilakukan para pembeli terhadap bahagian-bahagian badan manusia ini.

4. Hamba 

hamba boleh dibeli di dark web

Pemerdagangan manusia adalah antara masalah global yang sangat nyata dan serius. Ia berlaku melalui banyak saluran yang berbeza. Dan Dark Web jelas merupakan tempat yang hangat untuk membeli dan menjual hamba manusia.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa pemerdagangan manusia adalah industri yang bernilai lebih daripada RM600 bilion yang mana tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berkurang.

Pemerdagangan manusia telah wujud sejak kewujudan manusia dan Dark Web membantu ia menjadi lebih tersembunyi dan lebih sukar untuk dikesan serta dihentikan oleh pihak berkuasa.

Dark Web juga mempunyai banyak forum di mana para pengguna boleh membincangkan pemerdagangan manusia dan cara melakukannya dengan berkesan.

Terdapat program perisian yang kini bertujuan untuk mengenal pasti dan memerangi penyeludupan manusia yang berlaku dalam talian, seperti program MEMEX tetapi ia masih jauh untuk memberikan apa-apa hasil.

3. Darah

beli darah di dark web

Adakah anda rasa penjenayah-penjenayah yang melakukan pemindahan organ secara haram hanya akan membiarkan kesemua darah yang masih elok terbazir begitu sahaja ketika mereka boleh menjana pendapatan daripadanya?

Ya, anda memang boleh beli dan jual darah di Dark Web. Namun ia hadir dengan pelbagai bahaya sama dengan membeli organ dan sperma di Dark Web.

Darah ini tidak melakukan proses pemeriksaan dan anda tak tahu penyakit apa yang mungkin dibawa oleh darah ini.

Dan pasti anda tertanya-tanya siapa yang mahu menggunakan darah yang dibeli dari Dark Web ini, padahal boleh diperoleh di hospital. Sebenarnya, organisasi jenayah juga memerlukan perkhidmatan kesihatan terutama yang tidak berdaftar dengan hospital sebenar.

Hospital-hospital harus melaporkan kepada penguatkuasa undang-undang jika terdapat sesiapa yang datang ke hospital dengan luka akibat ditembak dan ini akan menimbulkan masalah kepada para penjenayah.

Jadi, mereka akan menggunakan Dark Web di mana satu pint (473 ml) darah biasanya dijual dengan harga RM1,400. 

2. Pembunuh upahan

vitaly pembunuh upahan

Anda biasanya melihat watak-watak pembunuh upahan atau hitmen ini di dalam filem sahaja. Dan jika anda pernah terfikir bagaimana orang mencari pembunuh upahan di dunia sebenar, Dark Web adalah sebuah sumber yang sangat popular bagi tujuan ini.

Terdapat banyak laman sesawang yang mendakwa mereka adalah pembunuh profesional yang mampu menjamin melaksanakan "tugas" tersebut dengan cepat dan senyap dalam masa yang sama melindungi identiti pelanggan mereka. 

Seperti laman sesawang menjual dadah, kebanyakan daripada web-web ini adalah palsu dan sesetengah daripada mereka merupakan pihak berkuasa seperti polis, jadi agak sukar untuk mengetahui dengan tepat.

Terdapat khabar angin bahawa kumpulan-kumpulan dan pelbagai mafia juga beroperasi di Dark Web, mengiklankan perkhidmatan mereka untuk "menyelesaikan" seseorang bagi pihak anda dengan upah yang berpatutan.

Dan jika mungkin anda tak berniat pun untuk membunuh seseorang tetapi hanya mahu menyampaikan mesej keras, mereka boleh lakukan untuk anda. Anda boleh menyuruh mereka ini untuk memukul sasaran tanpa perlu membunuh.

1. Ricin 

risin

Bagi yang tak tahu, ricin adalah antara salah satu racun yang paling membunuh dan berkesan di dunia. Ia dihasilkan secara semulajadi dalam benih tumbuhan yang dikenali pokok jarak.

Ia sangat kuat sehinggakan hanya beberapa butir yang menyamai saiz butiran garam mampu membunuh seorang manusia dewasa. Banyak pasukan tentera di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat telah mencuba bereksperimentasi dengan racun ini dalam peperangan bio-kimia.

Tentera AS mampu menghasilkan penawar bagi racun ini yang mampu menyembuhkan tikus yang terkena racun ini, namun masih jauh perjalanan untuk penawar ini berkesan terhadap manusia.

Jadi kini anda tahu mengapa risin tersangat berbahaya terutamanya jika ia berada di tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Para penyelidik yang mahu menggunakan racun ini untuk tujuan kajian perlu mendaftar dengan kerajaan terlebih dahulu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)