Bagi kebanyakan orang, mel-mel yang diterima hanyalah bil elektrik, bil air dan surat-surat biasa. Tak ramai orang yang berani menghantar wang tunai melalui sistem perkhidmatan pos disebabkan risiko ia dipintas.
Namun, sesetengah manusia mempunyai pemikiran yang agak pelik dan cita-cita yang tinggi apabila berkaitan dengan memberikan kepercayaan kepada penghantar surat.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 6 barang paling pelik, berharga dan tak masuk akal yang pernah dihantar melalui pos.
6. Henry "Box" Brown
Henry Brown dilahirkan pada zaman perhambaan pada tahun 1815 di Virginia. Dia mendapat nama tengahnya "Box" ketika dia berjaya melepaskan diri dari kesulitannya pada usia 33 tahun.
Henry berkahwin dengan seorang wanita yang juga merupakan seorang hamba.
Ketika mereka mempunyai tiga orang anak, tuan kepada isterinya telah menjual isteri dan anak-anaknya kepada seorang tuan yang kejam dan membawa mereka jauh daripada Henry.
Henry terpaksa melihat dari jauh ketika isteri dan anak-anaknya dibawa dengan tali diikat pada leher mereka. Berpisah daripada keluarganya, Henry memutuskan untuk melarikan diri.
Dia berhubung dengan aktivis anti perhambaan di Utara. Bersama-sama, mereka memutuskan satu jalan keluar baru. Caranya adalah dengan Henry dibungkus dalam sebuah kotak dan dihantar ke negeri-negeri bebas.
Untuk mendapatkan cuti bagi melaksanakan rancangannya, Henry mencederakan tangannya sendiri.
Dia kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah kotak berukuran 0.9 meter panjang, 0.8 meter tinggi dan 0.6 meter lebar dengan hanya berbekalkan beberapa keping biskut dan sedikit air.
Kotak itu kemudiannya dilabelkan sebagai "Barangan kering". Selama 27 jam, Henry dihantar oleh keretapi, gerabak dan kapal stim sehingga tiba ke destinasinya.
Ketika ahli-ahli jawatankuasa anti perhambaan membuka kotak tersebut, dia menyapa mereka dengan berkata "Apa khabar, tuan-tuan?. Ia menjadi satu sejarah di mana Henry "Box" Brown berjaya melarikan diri dari perhambaan melalui pos.
5. Kanak-kanak
(May Pierstorff kanak-kanak yang dihantar melalui pos)
Kita telah melihat orang-orang yang dihantar melalui pos untuk alasan politik dan untuk melarikan diri kehidupan yang mengerikan, tetapi ada sebab-sebab yang lebih aneh untuk menghantar manusia dengan cara ini.
Perkhidmatan Post Parcel merevolusi penghantaran pakej apabila ia bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1913. Sebelum ini, orang harus membawa pakej mereka ke bandar-bandar besar untuk dihantar.
Ketika itu, setiap pejabat pos akan berurusan dengan bungkusan anda selagi beratnya kurang dari 5 kilogram. Pada tahun yang sama, Encik dan Puan Jesse Beauge di Ohio telah mengepos bayi mereka seberat ke rumah neneknya dengan harga 60 sen.
Mereka juga menginsuranskan kanak-kanak itu dengan nilai RM200.
Apabila had berat ini ditukar kepada 23 kilogram, dua orang ibu mempunyai idea yang licik. Ibu bapa May Pierstorff mahu menghantarnya untuk melawat neneknya namun kos tiket kereta api terlalu tinggi.
Mereka melampirkan beberapa keping setem pada kot May dan kanak-kanak berusia 5 tahun seberat 22 kilogram itu dihantar melalui mel kereta api kepada neneknya.
Pada tahun 1914, pihak pejabat pos itu telah menghentikan penggunaan perkhidmatan pos untuk menghantar orang.
4. Seekor kucing
Apabila bercakap mengenai perkhidmatan pos, kebanyakan orang membayangkan penghantar surat menghantar surat dari rumah ke rumah.
Di New York, sistem yang lebih hebat telah dibangunkan pada tahun 1890-an. Satu siri tiang yang membenarkan mel dihantar ke seluruh bandar menggunakan tekanan pneumatik.
Barang-barang terawal yang dihantar adalah pelbagai kertas dan salinan kita Injil. Tetapi pengendali mesin ini tidak puas dengan item-item ini.
Barang seterusnya yang dihantar melalui tiub ini mengandungi seekor kucing hidup. Seorang pekerja pos merekodkan kejadian itu:
"Saya tak dapat fikirkan bagaimanakah ia masih hidup selepas ditembak pada kelajuan dahsyat dari Stesen P di Bangunan Pembuatan Pertukaran, membuat beberapa belokan sebelum sampai ke Broadway dan Park Row, tetapi ia berlaku. Kucing itu seolah-olah terkesima selama 1 atau 2 minit tetapi mula berlari dan masuk ke dalam bakul yang telah disediakan untuk tujuan tersebut,".
Apabila sistem pneumatik dibuka ke cawangan-cawangan, bekas yang mengandungi mangkuk ikan emas dan ikan hidup dihantar melaluinya. Lebih menarik, ikan tersebut tidak terjejas apabila tiba di destinasi.
3. Berlian Cullinan
Berlian Cullinan adalah berlian berkualiti permata yang paling besar pernah dijumpai. Ia merupakan berlian 3,100 karat, sekitar 0.6 kilogram.
Ditemui di Afrika Selatan, berlian itu dibeli dengan harga RM781,000 sebagai hadiah untuk Raja Edward VII.
Jarak antara Afrika Selatan dan England tersangatlah jauh dan tiada siapa yang pasti bagaimana untuk mengangkut barang berharga itu.
Perlindungan yang diberikan kepada berlian itu diumumkan secara umum bagi menghalang ia daripada dicuri. Detektif dan pengawal peribadi diberi tugas untuk membawa berlian tersebut dari lombong ke bot yang akan membawanya ke London.
Dan walaupun telah dikunci di dalam peti simpanan, permata itu berada di bawah perlindungan khas. Namun, semua ini hanyalah satu helah semata-mata.
Peti simpanan yang dikawal dengan begitu ketat itu hanyalah satu penipuan. Berlian Cullinan yang sebenar diletakkan di dalam sebuah kotak kadbod dengan tiga syiling pos dan dihantar ke England.
(Mahkota permata Great Britain)
Perjalanan pelik Berlian Cullinan tidak berakhir setakat itu sahaja.
Apabila ia dihantar ke Amsterdam untuk dipotong dan digilap, satu lagi berlian palsu dihantar ke kapal Tentera Laut Diraja ketika pemotong permata mengembara dengan berlian sebenar yang dimasukkan ke dalam poket kotnya.
Batu-batu yang dipotong dari berlian Cullinan ini kini boleh didapati pada mahkota permata Great Britain.
2. Sebuah bank
(Bank yang "dipos" kelihatan masih kukuh pada hari ini)
Vernal, Utah, pada tahun 1910-an adalah sebuah bandar kecil yang didiami oleh beberapa ratus orang, tetapi ia bakal berkembang.
Jurubank tempatan William H. Coltharp memutuskan bahawa bandar itu memerlukan sebuah bank yang diperbuat daripada batu bata untuk menunjukkan kemakmurannya yang bakal tiba.
Masalahnya adalah kedai batu bata yang terdekat terletak lebih daripada 274 kilometer jauhnya dan kos mengangkut batu bata ke Vernal akan menjadi empat kali ganda kos bata itu sendiri.
William mendapati bahawa menghantar batu bata tersebut melalui Perkhidmatan Parcel baru akan menelan kos yang lebih rendah. Oleh itu, 15,000 unit bata telah dibungkus dan diposkan.
Untuk kekal dalam had berat 23 kilogram dalam satu pakej, batu bata dibahagikan ke dalam peti. Sebanyak 40 peti sehari, satu tan secara keseluruhan, dihantar dari kilang batu bata.
Para pekerja pos yang bertanggungjawab terhadap bahan binaan ini hanya mahu penghantaran berat mereka ini sampai terus ke tapak pembinaan bank. Tetapi ketua pejabat pos Vernal menegaskan bahawa ia terpaksa dihantar melalui pejabat pos terlebih dahulu.
Dan apabila kesemua batu bata bank bertimbun di pejabat posnya, ketua pejabat pos Vernal menyesal dengan desakannya mengikuti peraturan.
Bank yang dibina oleh Coltharp kekal sehingga ke hari ini. Peraturan pos baru dibuat untuk menghentikan sesuatu yang serupa daripada berlaku di masa depan.
Sejak itu, tiada siapa yang dibenarkan untuk menghantar lebih daripada 91 kilogram kepada penerima yang sama dalam satu hari.
1. W. Reginald Bray
W. Reginald Bray adalah contoh yang baik bagi seorang yang sangat pelik dan aneh. Dia mendedikasikan hidupnya dengan melakukan apa sahaja yang diingininya.
Apabila dia mengutip autograf, dia mengumpulkan koleksi 15,000 autograf dan dikenali sebagai "Raja Autograf."
Namun, dia mungkin paling dikenali melalui eksperimennya ke atas had British Royal Mail. Pada tahun 1898, Reginald membeli satu salinan peraturan yang dikeluarkan oleh pos British dan bersedia untuk menguji mereka.
Dia dengan gembiranya menghantar objek secara rawak dan melihat sama ada ia akan dihantar. Peti surat yang diletakkan di hadapan rumahnya menerima barang yang dihantarnya, seperti cerut yang dihisap separuh, kuali dan tengkorak arnab.
Walaupun kerap kali barang-barang ini dihantar ke alamatnya sendiri, namun dia juga gemar menguji kepintaran pejabat pos dengan memberikan alamat penyataan seperti "The Resident, London," atau "Pemilik hotel yang paling luar biasa di dunia di jalan antara Santa Cruz dan Santa Jose, California."
Nasib baik, anjingnya, yang jelas dihantar ke rumah keluarganya melalui pos selamat sampai. Pada satu malam yang berkabus, Reginald sesat jalan dan mengeposkan dirinya ke alamat yang dicarinya.