YouTube memulakan operasi pada awal tahun 2005 dan kini merupakan antara laman paling popular di dunia.. Platform perkongsian video yang sangat popular ini diasaskan oleh tiga bekas pekerja PayPal -Jawed Karim, Steve Chen, dan Chad Hurley.

Google kemudiannya telah membeli laman web init pada November 2006 dengan harga AS$1.65 bilion dan sejak itu ia beroperasi sebagai salah satu anak syarikat Google.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penciptaan YouTube merevolusikan cara media dilihat, dibuat, disiarkan dan dikongsi. Penciptaan video YouTube telah menimbulkan industri baharu di mana pencipta kandungan teratas kini dianggap sebagai selebriti yang memperoleh sejumlah besar wang melalui pengiklanan dengan memuat naik konten video mereka ke YouTube.

Selain itu, YouTube berfungsi sebagai pustaka digital dan kapsul masa kerana video kekal boleh dilihat selagi pengguna tidak menyembunyikan atau membuang video yang dimuat naik mereka. Kali ini, mari lihat 5 video paling awal yang telah dimuat naik di platorm Youtube.

5. carrie rides a truck

Tarikh Muat Naik: 30 April 2005

Seperti semua video awal yang disiarkan ke YouTube, "carrie rides a truck" mempunyai kualiti yang sangat buruk. Video itu sangat gelap, kabur dan tiada bunyi.

“carrie rides a truck” telah dimuat naik oleh Jones4Carrie etepat seminggu selepas YouTube dilancarkan. Terdapat beberapa lagi video lama dan rawak yang dimuat naik ke saluran Jones4Carrie.

Terdapat penerangan ringkas pada video yang hanya menyatakan, "carrie hebat, menunggang trak kecil." Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan seorang gadis muda, Carrie, menaiki trak untuk kanak-kanak.

Video kedua bertajuk "carrie chokes a chicken" juga telah dimuat naik pada 30 April 2005. Ia adalah video yang sangat ringkas yang menunjukkan Carrie mencekik ayam mainan. Secara keseluruhannya, Jones4Carrie memuat naik beberapa video tertua di YouTube.

4. Premature Baldness

Tarikh Muat Naik: 28 April 2005

Walaupun video ini secara teknikal tidak lagi disenaraikan dalam Youtube untuk tontonan umum, video "Premature Baldness" masih boleh dilihat melalui pautan terus. Video itu telah dimuat naik dalam minggu pertama YouTube membuka perkhidmatannya.

"Premature Baldness" menampilkan pengguna bernama paul, yang kali terakhir aktif dalam akaunnya empat tahun lalu. Paul mempunyai beberapa siri video yang menunjukkan perjalanannya cuba menjadi seorang Olympian (ini mungkin menjelaskan sebab "Premature Baldness" tidak lagi disenaraikan di Youtube.

"Premature Baldness" berkemungkinan besar merupakan video YouTube pertama yang menampilkan sebarang jenis suntingan video — terdapat beberapa potongan dan lap skrin berbentuk berbeza.

3. tribute

Tarikh Muat Naik: 24 April 2005

Video pendek lima saat yang diberi tajuk "tribute" telah dimuat naik pada hari kedua YouTube berada dalam perkhidmatan. Video ini telah dimuat naik oleh pengguna yang dipanggil "gp", yang tidak mempunyai video atau aktiviti lain pada akaun mereka.

Tiada huraian pada video jadi tidak pasti video penghargaan ini ditujukan pada siapa. Klip itu menunjukkan seorang lelaki muda melompat di antara dua dinding dan menjerit. Video itu berakhir dengan jurukamera ketawa dan berkata "very nice" (sangat bagus").

Salah satu komen teratas pada video itu mengatakan bahawa video "tribute" inilah yang melahirkan Vines — yang merupakan aplikasi perkkongsin video klip pendek, selalunya lucu yang dikongsi pada perkhidmatan Vine yang jangka hayatnya hanyalah sementara. 

2. My Snowboarding Skillz

Tarikh Muat Naik: 23 April 2005

"My Snowboarding Skillz" telah dimuat naik hanya beberapa jam selepas video YouTube pertama disiarkan secara langsung. Video tersebut telah dimuat naik oleh pengguna "mw" yang tidak mempunyai video lain pada saluran mereka.

Aktiviti terakhir pada akaun mw adalah dari 2012 apabila mereka menyukai video. Video ini memaparkan seseorang yang cuba menaiki papan salji melintasi tanjakan dan gagal. Memandangkan "My Snowboarding Skillz" ialah video kedua yang pernah dimuat naik ke YouTube, ia secara rasminya adalah video "gagal" yang pertama.

Video jenis ini yang menggambarkan orang gagal dalam sesuatu tindakan, biasanya sejenis sukan atau aktiviti fizikal, kini merupakan salah satu video yang paling banyak dikongsi dan ditonton di YouTube.

1. Me at the zoo

Tarikh Muat Naik: 23 April 2005

Video bertajuk "Me at the zoo" ialah video tertua di YouTube. Video ikonik yang kini adalah yang pertama dimuat naik ke YouTube pada 23 April 2005, hari YouTube mula membenarkan orang ramai memuat naik video.

"Me at the zoo" telah dimuat naik oleh Jawed Karim, salah seorang daripada tiga pengasas YouTube dan menunjukkan beliau sedang melawat beberapa ekor gajah di Zoo San Diego.

Hari ini, "Me at the zoo" mempunyai lebih 54,000,000 tontonan dan hampir 1 juta komen. Video ini telah mengukuhkan dirinya dalam sejarah moden dan membantu YouTube menjadi platform perkongsian video terbesar di dunia. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)